Sunday, May 06, 2007

Perginya Seorang Sahabat



Bismillah...
Agak pedih juga bila mengetahui seseorang yang kita kenal rapat pergi meninggalkan kita. orang yang spesis mcm saya memang mudah terbuai2 dek perasaan. Kemalangan yang saya nampak baru ni terbawa2 dalam tidur saya dan hihi malu je nak cakap saya demam malam tu. Hanya kerana terlihat kemalangan yang tak menitiskan setitis darah pun...

Sahabat yang saya maksudkan ni bukanlah rapat dgn saya. Tapi dia sahabat kepada suami saya. Tapi saya terasa macam kawan saya jugak manakan tidak, bila dia ajak suami keluar, saya membebel2 kiki...Sebenarnya tak kisah mana kalau suami keluar sebab kami jarang putus contact.

Percaya? Insya ALLAH...Saya rasa tak ada faedahnya menaruh syak wasangka yang bukan2. Kalau saya rasa pelik sikit saya akan tanyakan dan minta dia jawab seikhlas hati. Walaupun terkadng masa betul apa yg kita bayangkan, kami akan adakan perbincangan setulusnya untuk mengatasi apa2 yang tak kena.

Ah!Melalut sokmo...Ya, tajuk saya adelah bersempena pemergian sahabat suami saya. Hampir serentak dengan pemergian seorang moderator Relexjap juga Dr Azizan pengasas Eraedar. Bukankah ini menimbulkan satu anjakan dalam diri saya. Sahabat suami saya pengidap kencing manis dan terkena demam bertih. Bila timbul luka yang besar dilewatkan ke hospital. Ah..Alasan memang ada tapi ALLAH boleh saja jemput kita dalam keadaan kita sedang main bola sekalipun kan?

Ya kematian biasa saja menjemput kita pada saat yang tidak kita duga. Sekalipun sahabat suami saya bakal menjadi jutawan, sekarng pada pandangan kami, duit yang bakal dia dapati tu laksana bekal buat anak2nya yang lapan orang. Sungguh, duit tidak akan menyebabkan kita lewat menerima kematian. Kita tidak boleh membayar sesiapa pun utk harga nyawa kita.

Kematian adelah sesuatu yang sangat menginsafkan. Sangat insaf sampai terasa dunia ni takde nilai lagi. Dengan mendengar org itu dan ini pergi, saya runsing dgn amalan yang tak seberapa. Bagaimana pula anak2 akan mengharungi kehidupan tanpa saya. Argh...Macam2 lah yang masuk dalam kotak pemikiran saya.

Ya ALLAH!! Jadikanlah kami tergolong dalam golongan orang yang mendapat kebajikan di akhirat kelak. Ya ALLAH!! Rasa tak tertanggungnya kerisauan ni...Adekah saya seorang saja yang risau????????

2 comments:

  1. sahabatku, datang dan pergi dalam hidup adalah sesuatu ketentuan yang kadangkala perit untuk dibincangkan tetapi hakikatnya hanya Allah yang Maha Tahu sejauh mana kita akan berada di dunia ini. Segalanya sudah diatur dengan baik sekali oleh Pencipta cuma adakah kita sudah menggunakan kelebihan yang ada pada diri kita sebaik mungkin?atau adakah kita menggunakan ni'mat Allah semaksima mungkin?sesungguhnya Allah takkan membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya 2:286

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan hikmahnya di pinjamkan dia sekejap di dunia menjadi sahabat. Ampunkan dosa2nya Ya Allah..ampunkan dosa2 kami ini

    Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya... Al-Fatihah

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!