Hari ni kita sembang pasal anak2 kita pulak ye…bacalah manalah tau kita dapat menonjolkan potensi anakanda2 kita.
1. Spontan
2. Rasa ingin tahu
3. Tertarik pada hal-hal yang baru
Jika diperhatikan pada tiga perkara tersenarai diatas, mesti kita akan mendapati bahawa semua ciri itu ada pada anakanda kita. Ke tak perasan? He he... Dari apa yang dinyatakan tu fahamla kita bahawa semua anak adalah kreatif secara semulajadi tetapi kaedah kita mendidiklah yang boleh menjunamkan kekreatifan mereka. Maka, kena tahulah bagaimana kita boleh mempertahankan dan membina kebolehan mereka.
Soalan di bawah mungkin dapat membantu saya dan semua yang membaca memahami dah berapa jauh kemampuan kita dalam hal nih…
- Adakah kita menerima segala kelebihan dan kekurangan anak dan adakah kita menghargai kelebihannya dan membantu dia mengatasi kelemahannya?
- Adakah kita menyedari bahawa setiap individu adalah unik – tak sama dan tak akan dapat disamakan dengan anak orang lain?
- Tahukah kita bahawa kreativiti tu banyak dimensi dan mungkin dimensi kreatif anak kita tak sama dari kita?
- Sudahkah kita mengenalpasti minat dan bakat anak kita satu persatu?
- Adakah kita bagi dorongan atas apa yang diorang lakukan atau kita marah bila mereka sedang membuat sesuatu pulak?
- Adakah kita memberikan perhatian atas apa yang mereka buat contohnya melakukan aktiviti bersama mereka?
- Adakah kita sering memperkenalkan perkara-perkara baru pada mereka? Atau kita lebih rela menyembunyikannya?
- Adakah kita berinteraksi dengan anak-anak dengan cara santai atau kita cakap dengan marah-marah sebab malas nak layan gitu?
- Adakah kita memberi ruang waktu, tempat dan kemudahan dan bahan-bahan agar anak kita menjadi lebih kreatif?
- Pernahkah kita bagi projek khusus berkaitan dengan minat mereka suaya mereka dapat praktikkan kekreatifan mereka?
- Adakah selama ini kita berminat dengan hasil projek mereka atau kita hanya minat dengan proses mereka sahaja?
- Adakah kita menilai hasil tangan mereka dari sudut pandangan kita tanpa menggunakan perspektif penilaian anak-anak?
- Adakah kita membantu mereka menguatkan lagi kebolehan mereka?
Empat kunci untuk mempertahankan kreativiti anak
1. Membangunkan keperibadian anak dengan kasih sayang
Dengan kasih sayang ibu bapa akan menerima anak seadanya. Jangan memaksa dia menjadi orang lain memandangkan setiap individu adalah unik. Sebagai contohnya Saidina Umar r.a dan Abu Bakar r.a. meskipun dilatari latar belakang agama, mereka tetap berbeza. Ibaratnya bintang, semua bintang akan bergemerlapan. Terangnya satu bintang tidak akan gelapkan cahaya bintang yang lain.
Seperti yang kita perhatikan dikalangan sahabat-sahabat Baginda Rasulullah SAW. Mereka semuanya kreatif tapi dimensinya berbeza…
Salman Al-Farisi mahir dalam perang parit
Umar Bin Khattab mahir dalam tertib lalu lintas
Abu Bakar Ash-Shiddiq mahir dalam ekonomi Islam
Khalid bin Al Walid mahir dalam perang moden
..... dan lain-lain lagi.
Masalah orang sekarang adalah seolah-olahnya kita mahu fotostat kepandaian anak-anak jiran dan kawan-kawan kita pada anak kita sedangkan perkara nih mustahilkan?
2. Memberi motivasi dan semangat
Sama seperti kita berpuasa, solat berjemaah bersama-sama kenapa tidak melakukan bersama-sama untuk aktiviti yang boleh mengembangkan lagi bakat mereka?
3. Membantu anak2 membuat system atas apa yang dihasilkannya
Pertama : Ruang waktu yang mencukupi, tempat yang selesa dan bahan yang mencukupi untuk menampung bakat mereka
Kedua : Menggilirkan keterlibatan kita kerana ada masa mungkin anak mahu bersendirian membuat kerja mereka dan ada masanya mereka memerlukan kita.
Ketiga : Sediakan mereka bilik yang selesa untuk menghasilkan sesuatu
Keempat : memelihara suasana harmoni yang tidak menyekat kebolehan anak2.
4. Menilai hasil kreativiti anak-anak
Pastikan kita tidak menilai ikut perspektif kita. Tambah pulak kalau kita nih jenis cerewet, kasihankan nanti terbantut perkembangan anak-anak. Contohnya, bila anak boleh kira dari satu hingga sepuluh, kita puji dia dan kita bagi ganjaran walaupun dia mengambil masa untuk mencapai kemajuan itu.
Semoga apa yang ditulis ini membantu kita sama-sama membangunkan pemimpin yang berfikiran positif di masa hadapan ye…
Berikut adalah buku yang boleh dijadikan rujukan untuk mendidik anak. Klik pada gambar untuk maklumat lanjut :
Salam
ReplyDeleteterima kasih berkongsi ilmu.. tengah dok belek satu2 ni