Wednesday, May 12, 2010

Bermalas-Malas Kesukaan Syaitan

Bismillah,


Pagi2 lagi dapat mesej dari suami, "Apa cerita hari ni?"

Saya jawab : "Takde pape, sedang bermalas-malasan di rumah"

Dia balas : "Bermalas2 tu kesukaan syaitan. Jauhilah tabiat malas.. "

huhuhu...kene sebijik kans. Padahal ada je kerja nak dikerjakan. Saya tak sidai kain lagi pun arini. Ni boleh saya terus blogging seblom sidai kain. Kalau laki saya ada agak2 dia akan berkata "Sabo jek bini aku ni tak makan saman :P"

Tak ah, kalau suami saya ada, semua kami buat sama2. Jadi takde can ma nak malas2. Dia takleh malas, so do I. Mmm....tengok rindu lagik!!

Anyway just to share, cara untuk hindarkan malas :
  • Doa dan banyakkan berdoa
  • Lawan syaitan dan nafsu MALAS itu
  • Carilah ilmu
"Jika seseorang dari kalian tidur, maka syaitan membuat tiga ikatan pada lehernya yang dilakukan padamu sepanjang malam tidurmu. Maka tidurlah, dan jika kamu terbangun, sebutlah/ingatlah Allah, maka satu ikatan akan terlepas. Kemudian jika kamu berwuduk, maka akan terlepas satu ikatan, dan kemudian jika kamu melaksanakan solat, maka akan terlepas satu ikatan lagi hingga ia memulakan paginya dengan semangat dan jiwa yang bersih. Jika tidak, maka jiwanya akan kotor dan dalam keadaan malas."(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


**Hati resah kerana tidak diingatkan...rindu suasana tarbiah :(

3 comments:

  1. sejak dua menjak ni..sy malas semacam...adoiiiiiiii...tgh cari ilham ni nak tolak perkataan m.a.l.a.s

    ReplyDelete
  2. yelah pija...kalau dtg rasa malas semua kerja xjadi...huhu...:(

    ReplyDelete
  3. allahumma innaa nauzubika minal hammi wal hazan .... amin...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!