Bismillah,
Sebenarnya susahnya lah nak tulis apa yang saya nak tulis ini. Ini adalah kerana saya adalah bukan cukup baik untuk tulis apa yang saya nak tulis ni. Tapi kerana orang yang baik dari saya yang lebih patut tulis tentang ni tak pulak menulis atau barangkali saya tidak nampak, maka baiklah saya tulis supaya orang yang membaca akan faham dan mengambil iktibar darinya.
Ntah dari mana ek nak mula? Mungkin saya patut tanya, antara kalian yang membaca ni, apa pendapat anda tentang orang yang bertudung labuh??
A. Adakah anda rasa orang tudung labuh itu tidak cukup rock untuk berkawan dengan anda?
B. Adakah anda waswas dengan kebaikan orang yang bertudung labuh sehingga apa yang anda nampak pada dia adalah lakonan semata2?
C. Adakah anda rasa orang yang bertudung labuh ada niat lain di sebalik tudung labuhnya tu??
Wah...skang blog saya dah ada soklan berformat :P Macam soklan masa duduk kat UKM plak..hihi.. Saya bertanya ni bukan apa, bukan baru je kita dengar
- org tudung labuh masuk mencuri dalam rumah orang masa kenduri
- orang tudung labuh kene tangkap khalwat
- org tudung labuh buat maksiat dan gambar atau video tersebar ke mana-mana
- org tudung labuh sorok jantan dalam jubah
- org tudung labuh berjubah bau busuk
Hakikatnya mereka yang bertudung labuh dan berjubah itu adalah manusia biasa seperti yang lain juga. Tidaklah berhak kita mengadili iman mereka kerana baik buruknya hati kita itu hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui. Dekati dulu orang ni dan kemudian barulah anda tahu sejauh manakah tudung labuhnya itu menjaga dirinya.
Okeh itu pot pet pot pet utk orang luar yang nak menilai pemakai tudung labuh. Skang saya mau cakap sikit dengan orang yang pakai tudung labuh ni...tp sebelum tu, saya minta maaflah banyak2 sbbnya saya tau saya tak cukup suci untuk cakap benda mcm ni.
Selalunya mereka yang bertudung labuh ni (selalunya ye puan2...bukan semestinya) adalah mereka yang keluar dari sekolah agama atau keluar dari universiti selepas terlibat dengan kumpulan usrah tertentu. Kemudiannya segolongan besar lagi adalah golongan makcik2 yang dekat2 nak pencen atau yang dah pencen. Ada jugak yang mendapat pendedahan dari keluarga masing2 dan pakaian itu dah sebati dengan mereka.
Kalau makcik2 yang dah banyak usia tu kita tau lah, mungkin dia dah dapat kesedaran pada umurnya yang banyak itu. Begitu jugak yang dah diasuh dalam keluarga bahawa menutup aurat adalah satu benda yang wajib. Biasanya yang pakai tudung labuh dalam golongan ini susah dah nak tukar imej mereka.
Sebenarnya, banyak cabaran yang bakal anda hadapi bilamana anda memilih memakai tudung labuh. Tambahan pula selepas masuk ke alam pekerjaan di mana anda telah berpecah dari kawan2 yang memakai tudung labuh semasa belajar atau yang telah terlepas dari kawalan keluarga masing2.
Satu yang saya nak sebut, tentang cabaran berfashion. Orang lain nak melawa2, kita pulak telan air liur je tengok. Orang lain boleh pakai seluar tapi kita kalau nak pakai seluar kena cari kaedah yang sesuai macam pakai jubah seluar tu ke, atau dengan t-shirt muslimah dengan seluar ke kan. Hai..takkan le korang gamak pakai tudung labuh dengan baju kemeja paras punggung kan?? Takke nampak macam cendawan takde spora??
Satu lagi cabaran yang amat hebat lagi dasat adalah cabaran sosial. Sebelum ni (semasa belajar atau masa didalam jagaan keluarga) kita tak layan sangat orang lelaki. Tapi selepas masuk ke alam pekerjaan ni, kita mula bertemu dengan orang2 lelaki dalam organisasi yang kita sertai. Kalaupun tidak, kita mula kenal melalui Myspace, FB, Friendster dan lain2.
Orang lelaki pulak, kalau dengan golongan tudung labuh ni, kebanyakannya menjadi gentleman secara magic :P Sebabnya mungkin mereka rasa golongan tudung labuh ni adalah fragile, permata berharga yang bersinar2 cahayanya sehingga lama2 urusan pekerjaan akhirnya menjadi urusan hati.
Maka, kebanyakannya bermula di situlah sedikit sebanyak gantungan hati yang asalnya diletakkan kepada ALLAH SWT telah terhakis dan lebih enak untuk mengingati si dia. Alah...ai know la yu all, ai pun masih pernah muda. Susah sangat nak mujahadah diri bilamana kita bertemu dengan cinta dunia ni.
Maka seterusnya terjadilah episod melayan SMS, berutusan email dan macam2 la kan, yang mana akhirnya membawa kepada longgar prinsip yang selama ni kita pegang. Ia akan berlaku dengan sangat perlahan dan percayalah, anda kita tidak menjaga diri, maka susahlah nak jaga peribadi asal kita yang cantik2 itu.
Saya percaya kalau tidak memakai tudung labuh pun, bila kita terlibat mencintai dan dicintai oleh pasangan masing2, maka akan timbullah apa yang saya sebutkan tadi. Kita akan kehilangan kawan2 dan selalu nya kita tak kisahpun sbb dah ada couple masing2 kan. Kemudian, diri kita yang asal makin hilang semata2 nak lengkapkan diri untuk couple kita itu.
Susah sebenarnya nak menjaga diri walaupun dalam keadaan kita ini cuba sedaya upaya nak menutup aurat. Tetapi dengan menutup auratlah banyak lagi perkara lain akan turut terjaga insya ALLAH kerana ni adalah janji ALLAH. Janganla sekali2 kita pertikaikan hukum yang ALLAH tetapkan.
Uhh...ntah apa la yang hang dok merepek ni Pijah...macam pelik aje kan?? Korang baca ajelah ayat tergantung saya ni ye...yang selebihya korang tambah dengan letak komen di bawah ni ek..
**dah kata dah..saya bukan cukup solehah utk tulis mende ni..rasa mcm hampeh je