Monday, December 27, 2010

Majalah Yang Sesuai Untuk Anak Kita

Bismillah,

Saya kalau ke kedai runcit mesti nak sambar beberapa Majalah yang sesuai untuk anak-anak. Antara yang saya belikan kepada mereka adalah AnaMuslim, Upin & Ipin, Princess, Aulad, Celik dan apentah lagi. Saja seronok tengok majalah macam tu kat rumah. Kadang2 tu dah koyak saya selotep sambil membebel semula. Sebab masa saya kecik2 dulu, selain dari suka baca, saya juga suka masuk peraduan yang bermacam2 dalamnya. Ada banyak kali jugakla dapat hadiah saguhati  cuma tak pernah dapat grand prize pun. Jadiklah kan??

So,kalau korang nak langgan dua majalah di bawah, bolehlah...tak payah susah2 ke kedai dah...sekarang kan semua pakai online saje :) Alang2 dah nak masuk tahun baru ni kan?



Majalah berkonsep Islam yang mendidik kanak-kanak ke arah pembentukan jati diri, keluhuran budi pekerti dan kecergasan minda. Dipersiapkan oleh para pendidik yang mengenali dunia kanak-kanak. Majalah AULAD sangat sesuai sebagai bahan bacaan tambahan di tadika dan di rumah.

  • ISBN: 1511-7626
  • Penerbit: Aras Mega Sdn. Bhd.
  • Harga Pasaran: RM48.00
  • Kesesuaian Usia:  4+




Contoh Kandungan Majalah
Maklumat Tambahan:
  • Sehelai T-Shirt diberikan PERCUMA dengan langganan 12 bulan ini
  • Harga jualan yang ditunjukkan adalah termasuk kos pengeposan
  • Tempahan majalah AULAD hanya diterima bagi kiriman ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak sahaja
  • Bagi tempahan yang diterima pada atau sebelum 20 haribulan, kiriman pertama majalah akan bermula pada bulan berikutnya

************************************************

  • ISBN: 1675-5545
  • Penerbit: Aras Mega Sdn. Bhd.
  • Harga Pasaran: RM60.00
  • Kesesuaian Usia:  7+


Majalah pendidikan meliputi moral, sains, sejarah, geografi, jawi, bahasa Inggeris dan alam sekitar. Terdapat juga komik, cerita nasihat, fabel dan permainan yang menyeronokkan. Majalah CELIK sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan bagi murid-murid tahap dua di sekolah rendah.

Contoh Kandungan Majalah
Maklumat Tambahan:
  • Sehelai T-Shirt diberikan PERCUMA dengan langganan 12 bulan ini
  • Harga jualan yang ditunjukkan adalah termasuk kos pengeposan
  • Tempahan majalah CELIK hanya diterima bagi kiriman ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak sahaja
  • Bagi tempahan yang diterima pada atau sebelum 20 haribulan, kiriman pertama majalah akan bermula pada bulan berikutnya


Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

1 comment:

  1. menarik semua majalah tu. nak kena langgan utk anak2 ni.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!