Showing posts with label Falsafah. Show all posts
Showing posts with label Falsafah. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Manusia Perlukan Charger??

ismillah,

Sejak akhir2 ni saya 'like' aje facebook artis ke, blogger ke dan apa2lah yang saya rasa nak like. Walaupun kadang2 saya tak kenal pun mereka2 itu tapi seronok tengok banyak2 update dekat wall. Kalau fanpage artis ni memang macam2 ada dan ini yang saya nak kongsikan bersama.

Dato'Ac Mizal
Pernah tak terfikir betapa mudahnya hidup kita tuhan bagi...tak payah caj so tak payah kehulu kehilir bawak charger......hmmmmm!
pada 08hb Mac pukul 6.35 ptg ·  · 

  • 15 orang sukakan ini.

    • Norhafizah Madzlan eh..bukan gitu, kita kene cas jugak...dgn solat :)) cuma tak payah pakai charger
      pada 08hb Mac pukul 6.42 ptg ·  ·  Seorang

Hehehe...buat spoilt Dato' Ac je kan? Pandai2 je aku sound dia balik. Tapi tak kiralah...sy tetap percaya yg kita ni memang kena cas diri dan iman kita sbb iman kita kan turun naik. Seperti yang dinyatakan di dalam hadis ; "Iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka perbaharuilah imanmu dengan LAA ILAA ILLALLAH" (HR. Ibnu Islam).


Itu aje nak cerita petang2 hari ini...time kasih kawan2..


 

Thursday, November 26, 2009

Antara Batu Dan Sabut


Jika diberi pilihan antara batu dan sabut, anda pilih yang mana?

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam... Saya pilih batu, kerana walaupun dia tenggelam dia masih dikatakan untung. Jika dibakar, sabut akan lenyap menjadi abu tetapi batu kekal begitu. Sekalipun dititisi air sehingga berlekuk, batu masih bertahan lama berbanding sabut yang akan mereput menjadi lunyai tidak bermakna. Jika batu dipanas-panas, ia akan panas tapi jika tidak dipanaskan, ia akan sejuk sendiri tetapi jika sabut, menjadi abulah ia.

Jika di dalam air, batu tetap kekal begitu kecuali air yang amat deras melanggarinya, tetapi sabut selalu terumbang-ambing di permukaan tanpa dapat mengemudi diri sendiri.

Itu pilihan saya...pilihan anda bagaimana??

*entry ini adalah khusus untuk menjawab entry Miela yang ini. Dua jawapan paling menarik akan dapat satu Coolababy One Saiz Pocket Diaper Warna Putih dan UK Magic Bio-Tech Herbal Antivirus Formula 5ml