Showing posts with label Organik. Show all posts
Showing posts with label Organik. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Jual Sayur Dapat Banyak Pahala

Bismillah,

Nota : Ini bukan fatwa...baca dulu sampai habis.

Saya selalu ke pasar borong Pasir Putih. Di situ, saya akan dapat beli beberapa barang dapur especially sayur dengan harga yang murah. Setelah perasan rajin ke dapur dan kedekut pula, saya mendapati diri saya dah boleh bezakan orang itu jual mahal dan orang ini jual murah.

Di pasar borong itu, ada seorang penjual sayur namanya K.Na. K.Na ni asal saya beli je dia mesti kasi benda2 tambahan macam cabai burung padahal saya tak guna pun. Nak tolak kang apa lak dia kata. Saya pernah cerita yang cabai burung ni busuk saja dan last2 jadi makanan itik sampai terkepak2 itik tu cari air tiap kali makan cili.

Pastu mertua saya kata, blenderlah buat sambal. Eh ye tak ye jugak ek... kalau buat sambal pun sodap. Tahan lama lagi. Tapi cara buatnya saya tak ingat sebab lepas je dia bgtau tu saya tak buat2 lagi sambal tu. Ehehehe....inikan menantu bertuah. Lagipun, kalau saya buat, sape yang nak makan? Kalau cili biasa tu, buat sambal belacan pun saya sorang je nak hadap. Ni yang tak sabar nak train anak2 biar pandai makan sambal ni.

Selain dari cabai burung ni, dia suka juga kasi limau. Limau tu OK la sbb saya selalu basuh udang, ikan, ayam dengan limau ni. Ada masa jugak, dia suka kasi kubis yang saiz kecil, timun dan lain-lain. Itu sebabnya saya kata jual sayur dapat banyak pahala. Actually bukan k.Na sorang je mcm tu. Boleh kata kalau duduk sini, tak payah dah beli cabai burung ni sbb sllnya dapat free aje.

Tapi lain pulak suami saya. Katanya, silap2 boleh dapat dosa sebab sayur kan banyak racun....wawawawa.... Inilah perbezaan pendapat kami. Sebab tu dia prefer saya beli dari makcik2 kampung yang mana dia biasa tanam sendiri sayur2 tu. Tapi sayur diorang tak la sesegar bugar sayur pemborong jual. Faham2 la kalau dah tak gunakan racun kan.

Kat makcik kampung pun saya suka beli jugak especially pisang yang harga RM 1.50 / kg, bunga kantan 3 kuntum RM 1 dan lain-lain. Diorang ni pun pemurah jugak, tapi kalau nak banding dengan k.Na tadi, diorang akan bagi benda yang hampir layu but still boleh makan. Macam baru2 ni saya dapat 3 biji timun. Mula2 dia nak kasi seikat kacang panjang tapi saya tolak sebab takde yang minat makan sayur tu di rumah so dia ganti dengan timun maka dapatlah saya buat kerabu timun.


Walaubagaimanapun, adalah lebih baik kalian mengikut saranan di bawah untuk mengetahui cara2 mencuci sayur :

  • Cuci tangan Anda dengan sabun dan air mengalir sebelum memegang produk makanan, termasuk saat akan mencuci buah dan sayur.
  • Cuci buah dan sayur dengan air bersih dan mengalir untuk membersihkan sisa-sisa tanah dan kotoran yang menempel.
  • Gunakan berus gigi atau sikat yang lembut untuk membersihkan pestisida dari buah dan sayur, serta tetap gunakan air yang mengalir.
  • Buang daun terluar dari sayuran berdaun dan kemudian bilas dengan air bersih dan mengalir.
  • Kupas kulit sayur dan buah yang memiliki kulit tebal, terutama buah dan sayur yang dilapisi lilin.
  • Untuk menghilangkan lilin juga bisa dengan dicuci dengan air hangat yang dicampur garam dan air lemon atau cuka.
  • Jangan gunakan deterjen atau sabun yang dapat meninggalkan sisa bahan kimia lain di buah dan sayur.
  • Memasak membantu mengurangi beberapa sisa pestisida dalam buah dan sayur yang tidak hilang saat dikupas atau dicuci.
  • Sebaiknya belilah buah dan sayur organik bila Anda tetap takut dengan pestisida.
  • Jika memiliki kebun, Anda juga bisa menanam sendiri buah dan sayur sehingga dapat dipastikan tidak mengandung pestisida.

Sumber dari sini

Saturday, June 18, 2011

Tanam Kangkung Dengan Batang

Bismillah,

Update 18 Jun :

Kangkung saya alhamdulillah dah menjadi la wei... tak yah pakai benih pun. Main cacak je batang kangkung atas tanah kemudian, kalau tak hujan, rajin2 lah siram. Tempat yang saya tanam itu tidaklah berair pun. Cuma skang kene sembur racun organik lah kot untuk menghalau serangga.

Sedikit petua untuk dikongsikan :
  • Lina kata - sy ada tanam sayur menggunakan bekas hydrophonik tu...klu tanam kangkung...patah jer kangkung cucuk balik yang belah pucuk tu kat cawan2 hydrophonik tu mmg cepat tumbuhnya
  • K.Sha kata - geli kot kalau letak kat laluan air dapur apatah lagik toilet, jadi skang saya rasa memang kangkung tak perlu kawasan berair. Asal ada masa nak siram setiap hari insya ALLAH eloklah tumbuhnya. 
  • K.Sha kata lagik - petua berguna klau nk beli kgkung...beli yg pendek ,btg halus n ade akar skali ngan tnah..insyaallah..yg tu kangkung tanam n cabut...kalau yg kgkung pnjang n xde akar..yg tu kangkung biak..yg stgah2 tu biak kt dlm longkang2 besau..
  • K.Zakiah plak kata - dulu washing mashine rumah kami tepi pintu dapur. So saya salurkan air dari washing mesin ke atas tanah diluar tuh. Masa tuh saya guna sabun pencuci Amway. Kangkung, selum dan daun kesum saya hidup subur sbb sabum Amway tuh ada bahan yang boleh jd baja.. Tak payah jenuh2 siram dah.. 


*************************************************************
Entry terdahulu 28 April

Disebabkan hari ini saya google 'cara tanam kangkung' semua ajar pakai benih, maka saya jatuh konpius. Lalu saya tanya google kedua saya iaitu kawan2 saya nan ramai di Facebook.


So, kesimpulannya buleh...saya bukan nak buat jual pun. Nak makan anak beranak saja...

*Tadi baru tau daun sup kene tanam dalam pasu...padanlah sblm ni tanam tak pernah naik...ekekeke