Monday, June 20, 2011

Jual Sayur Dapat Banyak Pahala

Bismillah,

Nota : Ini bukan fatwa...baca dulu sampai habis.

Saya selalu ke pasar borong Pasir Putih. Di situ, saya akan dapat beli beberapa barang dapur especially sayur dengan harga yang murah. Setelah perasan rajin ke dapur dan kedekut pula, saya mendapati diri saya dah boleh bezakan orang itu jual mahal dan orang ini jual murah.

Di pasar borong itu, ada seorang penjual sayur namanya K.Na. K.Na ni asal saya beli je dia mesti kasi benda2 tambahan macam cabai burung padahal saya tak guna pun. Nak tolak kang apa lak dia kata. Saya pernah cerita yang cabai burung ni busuk saja dan last2 jadi makanan itik sampai terkepak2 itik tu cari air tiap kali makan cili.

Pastu mertua saya kata, blenderlah buat sambal. Eh ye tak ye jugak ek... kalau buat sambal pun sodap. Tahan lama lagi. Tapi cara buatnya saya tak ingat sebab lepas je dia bgtau tu saya tak buat2 lagi sambal tu. Ehehehe....inikan menantu bertuah. Lagipun, kalau saya buat, sape yang nak makan? Kalau cili biasa tu, buat sambal belacan pun saya sorang je nak hadap. Ni yang tak sabar nak train anak2 biar pandai makan sambal ni.

Selain dari cabai burung ni, dia suka juga kasi limau. Limau tu OK la sbb saya selalu basuh udang, ikan, ayam dengan limau ni. Ada masa jugak, dia suka kasi kubis yang saiz kecil, timun dan lain-lain. Itu sebabnya saya kata jual sayur dapat banyak pahala. Actually bukan k.Na sorang je mcm tu. Boleh kata kalau duduk sini, tak payah dah beli cabai burung ni sbb sllnya dapat free aje.

Tapi lain pulak suami saya. Katanya, silap2 boleh dapat dosa sebab sayur kan banyak racun....wawawawa.... Inilah perbezaan pendapat kami. Sebab tu dia prefer saya beli dari makcik2 kampung yang mana dia biasa tanam sendiri sayur2 tu. Tapi sayur diorang tak la sesegar bugar sayur pemborong jual. Faham2 la kalau dah tak gunakan racun kan.

Kat makcik kampung pun saya suka beli jugak especially pisang yang harga RM 1.50 / kg, bunga kantan 3 kuntum RM 1 dan lain-lain. Diorang ni pun pemurah jugak, tapi kalau nak banding dengan k.Na tadi, diorang akan bagi benda yang hampir layu but still boleh makan. Macam baru2 ni saya dapat 3 biji timun. Mula2 dia nak kasi seikat kacang panjang tapi saya tolak sebab takde yang minat makan sayur tu di rumah so dia ganti dengan timun maka dapatlah saya buat kerabu timun.


Walaubagaimanapun, adalah lebih baik kalian mengikut saranan di bawah untuk mengetahui cara2 mencuci sayur :

  • Cuci tangan Anda dengan sabun dan air mengalir sebelum memegang produk makanan, termasuk saat akan mencuci buah dan sayur.
  • Cuci buah dan sayur dengan air bersih dan mengalir untuk membersihkan sisa-sisa tanah dan kotoran yang menempel.
  • Gunakan berus gigi atau sikat yang lembut untuk membersihkan pestisida dari buah dan sayur, serta tetap gunakan air yang mengalir.
  • Buang daun terluar dari sayuran berdaun dan kemudian bilas dengan air bersih dan mengalir.
  • Kupas kulit sayur dan buah yang memiliki kulit tebal, terutama buah dan sayur yang dilapisi lilin.
  • Untuk menghilangkan lilin juga bisa dengan dicuci dengan air hangat yang dicampur garam dan air lemon atau cuka.
  • Jangan gunakan deterjen atau sabun yang dapat meninggalkan sisa bahan kimia lain di buah dan sayur.
  • Memasak membantu mengurangi beberapa sisa pestisida dalam buah dan sayur yang tidak hilang saat dikupas atau dicuci.
  • Sebaiknya belilah buah dan sayur organik bila Anda tetap takut dengan pestisida.
  • Jika memiliki kebun, Anda juga bisa menanam sendiri buah dan sayur sehingga dapat dipastikan tidak mengandung pestisida.

Sumber dari sini

4 comments:

  1. kirakan hampir setiap hari kita nie makan racun kan....

    ReplyDelete
  2. barangkali....huhuhu

    ReplyDelete
  3. lagi satu cara..jgn mkn sayur, x ada lah mkn racun.
    hehe..saya gurau jer kak.
    sy mmg susah nak mkn sayur..tp anak sy ni, sy sumbat2 jugak sayur..ish

    ReplyDelete
  4. :)) sayur kena makan... takleh tinggal... tapi kena taulah cara cuci yg betul :P anak2 ni kena ajar dari kecik sbb sayur sllnya last choice diorang...huhuhu

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!