Wednesday, June 29, 2011

Cerita Ulat Di Celah Permaidani

Bismillah,



Cerita ni saya dengar dari Prof Muhaya di IKIM.fm. Eh...rasanya dah laaama sangat tak dengar radio. Sibuk situ, sibuk sini jadi takde rasa nak isi telinga dengan hiburan yang sebegini. Sebab saya selalu dengar radio time memasak tapi sekarang sambil memasak pun saya berfikir maka tak sempatlah nak fikir untuk mencari hiburan.

Kisah ulat ni begini, alkisah encik ulat yang seekor itu terbaulah sekeping biskut tapi dia tahu biskut itu adalah berada di hujung permaidani. Permaidani ni pula bagi encik ulat itu adalah sangat besar sebab diri dia itu adalah kecil dan comel. Lalu dia pun melintasilah di celah2 bulu-bulu permaidani itu dan adakala dia panjat naik bulu tu semata-mata hendak sampai ke biskut impiannya tadi.

Bagi encik ulat, bulu2 itu bagaikan tiada makna dan tiada warna maklum saja, satu bulu hanya ada satu kaler sahaja. Tiba2 ada orang perasan encik bulu di atas permaidani. Ini mesti maid tuan rumah yang kadang2 rajin sbb tiba2 jumpa dengan ulat tu dan kadang2 malas sbb tinggalkan biskut tak bersapu. Lalu orang itu angkat ulat itu tadi dan dapatlah ulat tu lihat rupanya dia sedang cuba melalui satu permaidani yang sangat indah coraknya.

Begitulah sebenarnya dunia. Ia akan terasa indah hanya selepas kita tahu bahawa kita telah berjaya melepasi segala dugaan yang sebelum ini terjadi. Sehingga akan sampai ke tahap kita sudah tahu di mana lopak berada dan kita berjaya mengelak dari terjatuh ke dalam lopak yang sama. ALLAH SWT tak akan jadikan kehidupan kita ini sia2.

Jadi, dalam melalui pelbagai dugaan hidup itu, janganlah mudah menyerah kalah kerana kalah di awal perjuangan akan menyebabkan kita tidak kenal dunia yang sebenarnya indah ini. Apatah pula di syurga sana.... Semoga setiap dari kita berjaya melalui 'bulu2 permaidani' dengan ilmu dan amal...

3 comments:

  1. cerita yang sungguh berkesan siti....terima kasih....

    ReplyDelete
  2. yg penting jgn mudah putus asa..kene usaha..

    ReplyDelete
  3. Zaidah, mmm... Prof Muhaya cerita best, saya pandai2 tonggang langgang kan lagi kisahnya :P

    Sarah.. betul... kalau putus asa alamat tak ke mana lah jawabnya :)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!