Bismillah,
Alhamdulillah selama 5 kali beranak ni semuanya normal dan tak ada kejadian anak songsang. Seram juga dengar anak lahir songsang ni. Yang mana songsang kemudian terpaksa dibedah itu satu hal. Seorang dari biras saya, masa dok sakit2 tu, kaki anaknya terkeluar sebelah sampai birulah kiranya.
Tapi alhamdulillah dengan kuasa ALLAH, semasa ambulan memanjat bukit di Hospital Tanah Merah, anaknya terkeluar semua di dalam ambulan. Sekarang anak saudara saya itu sihat2 saja. Tapi bentuk kepalanya tak samalah dengan kakak adik abangnya sbb dia keluar kaki dulu. Kot mana2 pun alhamdulillah dia selamat dan sekarang cergas pula.
Lebih kurang dalam 8 bulan mengandung, dah tak ada banyak space dalam rahim lagi. Kebanyakan baby akan berada pada kedudukan kepala di bawah atau dipanggil kedudukan cephalic. Maksudnya kalau dalam tempoh tu, kaki anak kita yang berada di bawah maka memang ada kemungkinan ia akan dilahirkan secara songsang (breech).
Bila sakit nak bersalin bermula 97% dari baby akan dilahirkan dengan kepala keluar dulu. Selebihnya adalah songsang dan beberapa kes baby dilahirkan dengan bahu atau tangan berada di bawah. Pada trimester ketiga, puan misi akan cek sama ada baby kita preech atau cephalic dan itu yang akan ditulis dalam kad merah masing-masing.
Bagaimana kalau pada akhir kehamilan masih songsang?
Selalunya kes ini akan diserahkan kepada yang pakar dimana pakar akan melakukan ECV (external cephalic Version) ke atas perut baby dengan memberi tekanan kepada abdomen dan secara manual mengubah kedudukan baby. Ia seperti dilakukan dalam Youtube di bawah ini.

Ni kalau tengok ni jangan memandai jadi bidan sendiri pulak tau
Tapi tak semua orang akan berjaya dengan teknik ni. Ada yang babynya akan pusing balik ke kedudukan asal lepas dialihkan. Tapi selalunya kalau itu bukan baby pertama, ECV insya ALLAH akan menjadi. Bagi yang mengandungkan bayi kembar, atau pernah bleeding masa kehamilan dan kurang air ketuban pun tak boleh dilakukan ECV. Juga tak boleh dilakukan ECV kalau uri duduk di bawah atau dah pernah bedah untuk kelahiran yang sebelum ini.
Kesan ECV
Selalunya sebelum dilakukan ECV, doktor akan pesan suruh puasa pada malam sebelum dilakukan prosedur ini. Ini adalah kerana macam2 boleh berlaku semasa prosedur itu dijalankan dan jika ia berlaku terpaksalah dibedah dengan kadar segera bagi menyelamatkan kedua2 bayi dan ibu. Jadi saya rasa adalah sangat merisaukan kalau pergi kepada bidan dan minta dia betulkan sebab selalunya lepas prosedur ni, doktor akan buat ultrasound utk pastikan baby dan ibunya OK.
Apakah alternatif lain jika bayi songsang?
- Bantuan graviti - ada dua kaedah untuk alih kedudukan baby.
- Baring atas lantai, angkat punggung 9-12 inci dari lantai dan letakkan bantal di bawahnya dan duduk pada posisi ni 10-15 minit setiap hari.
- Duduk dalam posisi baby merangkak, kekal dalam posisi tu selama 10-15 minit juga. Dengan izin ALLAH satu dari dua cara ni akan berjaya.
- Akupunktur - yang ni kena tanya pada yang pakar. Saya tak pandai tapi rasanya ada yang try buat.
- Homeopathy - ini pun kena tanya pada klinik homeopathy yang bertauliah juga.
saya dulu pun doc yg pusingkan, esoknya bila tengok kepala baby dah maintain kat bawah, trus induce.. doc siap bgtau, kalau dia pusing lagi mmg kena operate la.... alhamdulillah, selamat bersalin normal, tp ada complication skit since baby sangkut ngan tali pusat, terpaksa guna vacum.. bila keluar separuh badan dah biru.. nasib baik lepas tu semua ok.. alhamdulillah...
ReplyDeleteanis aritu,uri kt atas.punyala susah hati..tp baru ni checkup,position dah okey.harap2 stay je la kt situ.jgnla ko nk buat somersault lagi dah nak oii...
ReplyDeletekak..preech tu apa yer?
ReplyDeleteChekna, gulp..seramnya kalau jadi gitu...kalau beranak lagi (ada angin nak beranak tuuuu....) mudah2an normal
ReplyDeleteAnis, kehkeh...tgk lah maknye mcm mana...anak dia mesti ikut amaknya
Wida...breech ke preech...breech itu songsang...sll rekod akak dia tulis ceph menunjukkan kepala baby di bawah
anak kedua Knur pun breech. ALhamdulillah knur masih dpt bersalin normal sbb kaki Hafizah dah keluar sebelah. Doktor cuma pusing2kan bdn masa knur teran dan masa kat bahu tu susah sikit nak keluar. hampir2 nak kena caesarla kat Waikato Hospital, NZ.
ReplyDeleteYati plak dua2 ni zara n aliah,
ReplyDeletemasa mengandungkan dorang 7bulan breech.
Debar gak takut tak pusing.
Sejak dari tu, hari2 yati usap perut tu
sambil ckp ngan dia
Suh pusing hahah
Alhamdulillah bila 8months checkup dah pusing.
Akhirnya dua2 selamat bersalin scr normal.
K.Nur...waaaa...main pulas2 baby yang takut dengar tu...hukhuk...
ReplyDeleteYati, alhamdulillah.. pandai pulak diorang bila kita slow talk ek.. :P
oo dah lima anak ke?? kagum hehe
ReplyDeleteerk..takyah kagumlah...kalau mai sini buleh pingsan :P
ReplyDelete