Bismillah,
F1 musim ni sangat membosankan. Pusingan lepas iaitu pusingan yang ke-6 di monaco menyaksikan Sebastian Vettel pelumba dari German yang berlumba untuk pasukan RBR RENAULT terus mendominasi perlumbaan. Walaupun baru 6 perlumbaan, Vettel telah mengumpul 143 mata berbanding 85 mata oleh Lewis Hamilton dari pasukan McLaren Mercedes dan 79 mata oleh Mark webber yang juga dari RBR Renault.
Jurang perbezaan mata yang banyak diawal musim perlumbaan menjadikan saingan tidak sengit dan membuatkan keghairahan menonton sangat pudar. Jika dimusim2 lepas, jurang perbezaan mata tidak jauh dan persaingan dilihat sengit sehingga akhir pusingan.
Sistem pungutan mata baru yang diperkenalkan oleh FIA badan yang menguruskan Perlumbaan F1 patut diubah kembali agar perlumbaan dilihat sentiasa sengit dan menggairahkan. Apa pun Tahniah kepada pasukan RBR renault kerana prestasi cemerlang mereka sejak musim lepas. Pungutan mata 222 berbanding 161 bagi pasukan McLaren bagi kategori pengeluar menjadikan satu jurang yg sangat sukar untuk dikejar oleh pasukan lain.
Di Malaysia ini sy yakin ramai dikalangan peminat adalah peminat pasukan ferrari yang mana dahulunya dipelopori oleh pelumba sensasinya Michael Schumacher. Namun sekarang sudah terlalu mustahil bagi Ferrari menjuarai perlumbaan untuk musim ini.
Cuma yang saya pelik kita sebagai sebuah negara yang menganjurkan F1, tv kerajaan yang ada tidak menyiarkan siaran langsung perlumbaan berprestij ini. Yang ada cuma dalam Astro. Macam mana jika peminat F1 yang tak ada astro di rumah? Kalau mcm ni susahlah F1 nak jadi sukan yg diminati oleh rakyat M'sia. Nasib baik ada jugak Live Timing dekat laman web F1.
Saya peminat pasukan Mclaren. Suami pula peminat Sauber sebab hampir2 dengan nama dia Sabri. hehe tapi Sauber pun dah dibeli oleh Ferrari..
Anda bagaimana? :P