Bismillah,
Saya pernah hantar anak saya ke Taska Tahfiz Annur di Parit Buntar selama sebulan sepanjang cuti sekolah hujung tahun lepas. Selepas itu, dapatlah dengar anak saya mengaji surah Yasin 5-6 ayat. Saya pun tanya Aisyah ustazah yang mengajar mereka apa kaedah yang dia gunakan. Dia pun kata, setiap ayat akan diulang sebanyak bintang yang ada dalam fail anak2 saya.
Panduan asas menghafaz al-Quran :
Sumber dari sini.
Kaedah2 lain untuk menghafal AlQuran adalah seperti dalam dokumen di bawah :
Sedikit masa lagi, saya akan ceritakan serba sedikit tentang Kaedah Jibril pula. Saya sedang menghalusi kaedah ini sekarang. Kliklah andai anda berminat kerana ada pakej yang hanya dijual RM 45 untuk banyak benda bagus untuk kita.

Lalu saya pun tengoklah bintang2 itu dan inilah rupanya :
Kebetulan, seorang sahabat saya pinjamkan saya buku hafazan juz terakhir (muqaddam) yang menggunakan teknik yang sama dengan yang Aisyah gunakan kepada anak2 saya. Saya rasa teknik ini dinamakan teknik kumulatif. Saya belum mulakan lagi hafazan ini dan insya ALLAH akan minta suami saya tolong handle sama tugas ini demi membangunkan khalifah cemerlang di dalam rumah kami.
- Baca ayat dalam kotak berwarna merah sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
- Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz.
- Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.
- Sekiranya sudah hafaz dan lancar baru berpindah ayat.
- Baca ayat dalam kotak berwarna biru sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
- Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz.
- Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.
- Sekiranya sudah hafaz, ulang pula bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali bermula dari ayat dalam kotak berwarna merah.
- Baca ayat dalam kotak berwarna hijau sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
- Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz.
- Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.
- Sekiranya sudah hafaz, ulang bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali bermula dari ayat dalam kotak berwarna merah sehingga tamat 1 ayat.
Sumber dari sini.
Kaedah2 lain untuk menghafal AlQuran adalah seperti dalam dokumen di bawah :
Sedikit masa lagi, saya akan ceritakan serba sedikit tentang Kaedah Jibril pula. Saya sedang menghalusi kaedah ini sekarang. Kliklah andai anda berminat kerana ada pakej yang hanya dijual RM 45 untuk banyak benda bagus untuk kita.
Salam...bagus info nih. tq
ReplyDelete