Wednesday, June 01, 2011

Ternakan Lebah madu

Bismillah,
Pertamanya buat encik suami ini adalah madu lebah ek!! bukan madu 3 atau madu 4 yer harap maklom..  :D


Umum telah mengetahui tentang khasiat lebah sebagaimana yg termaktub dalam Al-Quran dalam surah An-nahlu Firman Allah Ta’ala “Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.”(Surah An-NAhl: 69).


Dan sebagaimana yang pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah S.a.w. “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” Riwayat Ibnu Majah.
Khasiat besar lebah dan madunya mmg tak boleh disanggah lagi. Alhamdulillah kami sekeluarga memang berpeluang meminum madu ini. Baru2 ni Asmaa', Usamah, Uwaiys dan saya sendiri encik abah sengatkan lebah sebagai ubat. Nasib baik sy dapat lebah muda dan sengat dia tak sakit sgt.. hehe.
Encik abeng bila agaknya kita boleh ambil hasil lebah yg kita bela sebelah rumah tu ek?.. Sebenarnya kami sekarang ada dua koloni lebah yang sudah sebulan lebih kami pelihara. jenis lebah yang kami pelihara tu namanya mellifera. Mudah-mudahan suatu hari nanti tak perlu lagi beli madu utk makanan ganti gula rumah kami..
Sekian dulu InsyaAllah lain kali kami cerita lagi tentang lebah peliharaan kami ini.. Dan dibawah ini dilampirkan gambar bagaimana gambaran peliharaan lebah ini.. Bila yer Abam lebah kita nak jadi banyak mcm tu.. huhu mau modalnya 100k..
sumber kompas



sumber imamtriha

1 comment:

  1. bagusla ado mace2 jenis perniagaan Pijah & suami ni.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!