Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bismillah,

Saya bukanlah orang yang pandai nak buat kad2 maya macam kawan2 yang lain buat. Kalau saya collect satu2 kad yang saya dapat mll email dan melalui Facebook saya nescaya penuhlah blog saya. Jadi saya memilih untuk menerima dan menampal kad2 mereka yang meninggalkan mesej di blog kesayangan saya ni di blog saya.

Walau apapun, saya ucapkan terima kasih. Apa yang kalian doakan kepada saya, saya akan turut mendoakan kalian. Justeru, di penghujung Ramadhan ini sehinggalah masa saya menaip semula, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Kepada mereka yang tinggal berdekatan Parit Buntar, jemputlah datang ke rumah saya. Anak2 saya dah hias rumah kami dengan mural yang mempersona :P Sebenarnya ramai yang memahami bagaimana keadaannya bila beranak ramai seperti saya.

Jadi, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua ya...... Tengoklah wajah kami tahun lepas di bawah ni. Mmm..ramai yang tanya, tahun ni nk bergambar ke tak? Tengoklah rasanya tidak di studio sebab takde pertambahan ahli baru.....he he...maybe next year...


Kepada yang nak datang rumah saya tu, saya boleh dihubungi di 0199515058.
Insya ALLAH saya akan berada di Jerteh sehingga raya ke2. Daaaaaaa.........

Wednesday, September 16, 2009

Senarai Pemenang Di Sini Kisah Coklatku Bermula

Bismillah,

Hihi...saje je ku peram2 buat keadaan menjadi lebih saspen. Hokeh, Pn Haridah coklathalal tidak berkesempatan untuk melihat semua peserta dan dia dah bagi mandat pada saya untuk memilih pemenang. Demi untuk tidak buat saspen terlalu lama, saya minta 3 orang juri berdekatan saya untuk membuat penilaian untuk gambar. Sebab dalam gambar itu ramainya adalah kawan2 baik saya jadi pastilah saya tertarik hati nak pilih gambar mereka dan ini bias kan. Kalau tanya saya, my febret pic is gambar Aliya...ahahahaha....

So the winners are :
Kategori pertama :

Hadiah pertama :
Gambar ini menang kerana maknye pasrah betul ek dengan kecomotan anak dia tapi really wonder kenapa baju dia tidak chomots?? Adakah maknye membedakkan anak dengan coklat??
Praline Chocolate : Super Premium Chocolate (48pcs) + Panned Chocolate




Hadiah tempat kedua :

    Bagus!! Kicik2 lagi sudah mamam coklat!!! Well prepared, takde baju so that mak dia tak yah susah2 gonyoh baju dia kalau dah chomot nnt ;)
    Praline Chocolate : Premium Chocolate (32pcs) + Kurma Chocolate(24pcs)


    Kategori Kedua :


    Hadiah pertama :
    See,banyak bentuk kan coklat ni????
    Praline Chocolate : Super Premium Chocolate (48pcs) + Panned Chocolate




    Hadiah tempat kedua :
    Bukan susah nak tunjuk kasih sayang kan? Pakai coklat pun okeh...
    Praline Chocolate : Premium Chocolate (32pcs) + Kurma Chocolate(24pcs)



    Haridah, nasihat saya lain kali jgn buat contest ini di bulan puasa....ramai yg meleleh air liur niiii :P

    Kepada para pemenang, sila emailkan alamat anda kepada sitisifir10@yahoo.com. Tapi hadiahnya lepas raya...coklathalal sedang memenuhi tempahan untuk hari raya dahulu ye..

    Monday, August 31, 2009

    Siti Sifir's Supernova Share-Out Space


    Bismillah,

    Setelah sekian lama pertandingan menentukan tagline saya berakhir tempohari, saya masih tidak membuat pengumuman secara rasminya lagi bukan. So, di hari yang kotang dengan idea ini, saya berkira2 mahu mewar2kan kepada kalian akan hal ini. Mungkin ada yang sedar, mungkin ada yang tidak.

    Okeh, mungkin kebanyakan yang telah meletakkan saya di dalam bloggerlist anda masih lagi melihat perkataan 'Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah' di list anda. Anda boleh kekalkannya disitu dan saya tidak ada apa2 kesan ke atasnya tetapi kalau anda baik hati (he he....plis plis...) tolong removekan sekejap, kemudian add semula dan tagline baru saya akan menjelma di sana. Tapi kalau anda mahu removekan terus, apalah pula daya saya....uhuk uhuk...

    OK, sempena dengan perubahan nama itu, saya juga ingin melakukan beberapa perubahan di dalam blog ini.
    • Blog ini akan dimakeover oleh MamaEmma. Saya telah melihat2 hasil kerjanya dan saya rasa saya teringin nak rasa air tangan dia di atas blog ini. Sebab saya adalah sangat lemah dengan mainan HTML code. So, tunggu eks....
    • Saya akan alihkan 'Buah Mindaku' itu di nav bar (atau apekah namanya saya tak tau) so that ia tidak buat semak di sidebar saya. So, sapa yang rasa naktengok saya merapu meraban bolehlah jenguk di sana ya...
    • Saya akan cuba untuk membuat posting satu setiap hari (ahaha...mcm lah ada org yg nk follow apa yg ku rapikkan bukan?)
    Setakat ini saya ingin melakukan perubahan itu sahaja. Oh ya, selama ini, saya jarang pun mendapat tag atau kadangkala saya terperasan ada orang tagkan saya tetapi tidak meninggalkan link mereka di blog ini so saya konpius adakah mereka maksudkan saya atau orang lain. Selalunya saya menjawab tag mereka dengan kadar segera. Ha ni kang mula satu dunia anto tag kat saya eks...

    Lagi satu, kalian maafkanlah entry penyertaan saya masuk ke contest ya sebab ia bagai satu kepuasan baru untuk saya. Dan kepuasan ini selalu menyebabkan suami saya berdebar2 kerana gambar dia dan anak2 akan menjadi mangsa...muahahahahaha.....tak pe abang, dapat hadiah nnt abang pun soookka kans?

    Juga, jika ada sesiapa yang nak buat blog ini sebagai tuan rumah contest juga okeh. Saya tidak kisah dan tidak ada bayaran ek. Tapi, saya tidak akan jadi tuan rumah kepada banyak2 contest serentak. So, sapa yang nak kenalah tunggu satu persatu.

    Untuk tukar link dengan saya, silalah tinggalkan sebarang komen maka saya akan terus masukkan anda ke dalam bloggerlist saya. Tapi sbb lamnakan list itu terlalu ramai maka saya akan mendelete mana2 blog yang tak update selama 4 minggu. Lepas ni kalau makin ramai, maka sapa yang tak update after 3 wk, saya akan delete tapi kalau nak saya linkkan anda semula just tinggal komen semula. Link ini bukan apa, ia untuk mengingatkan saya untuk menyinggah dan menyibuk2 di blog anda...he he....

    Kalian, jika ada cadangan, bgtau sahaja ya...yang mana yang baik akan saya pertimbangkan :)