Dari Abu Hurairah r.a katanya; ”Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya : “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.
(Hadis Riwayat Muttafaqun ‘alaih).
Esok adalah Isnin. Ada satu keadaan yg dinamakan Monday Blues. Sebenarnya kita yg mengalami blues ni, bukanlah hanya mengalaminya pada permulaan hari dlm minggu tetapi sepanjang minggu. Kenapa?
Hadis berkenaan qiamullail tidak hanya dalam hadis yg saya paste diatas. Ada baaaanyak hadis sahih dan ayat alQuran yang mengaitkan kebaikan berqiamullail. Atrnya ada pd ayat al Israa : 79.
Nabi junjungan kita sendiri tidak pernah membiarkan malamnya berlalu tanpa solat malam sehingga pecah kakinya. Maka tidak hairanlah jika baginda kekal dengan motivasi diri dan optimis dalam setiap tindakan Baginda.
Tapi kita hamba yang penuh dosa, masih membesarkan NAFSU TIDUR. Sedihkan? Kita rela telinga kita dikencing dek syaitan dan ini tlh dinyatakan di dalam hadis. Tidak ckp dgn itu, kita relakan pula syaitan mengikat kita dgn tiga ikatan. Aduh! Gelinya!!!!!
Jadi apa yg perlu kita lakukan?
- Sebelum tidur niat dulu utk bangun malam. Rugi xniat, xdpt pahala niat wooo
- Hilangkan mengantuk dengan membuang 3 ikatan tadi iaitu dgn baca doa bangun tidur, mencuci gigi serta mengambil wudhu dan solat. Kalau bangun lps tu pejam mata blk sampai nk sebut nama Allah pun xsempat, maka belalah air kencing syaitan dlm telinga tu.
- Ada hadis juga utk kejutkan pasangan dan kalau dia xnak bangkit percikkan air di mukanya. Ini hadis ni mmg mcm srh kita kejutkan juga pasangan, dan kalau fia xnak bangun percikkan air. Tp jgn panggil bomba sembur dia, itu tidak soleh.
- Sunnah Nabi adalah tahajjud di rumah saja.
- baca surah panjang atau panjangkan bacaan supaya solat jd lebih lama.
- Terbaik jika dpt amalkan doa yg ada dlm hadis slps bersolat tahajjud
Keutamaan tahajjud
1. Kedudukan terpuji di akhirat Az Dzariyat : 15-18
2. Mudah masuk syurga (hadis)
3. Dpt blk khas di syurga (hadis)
4. Membentuk peribadi mulia iaitu tawadhu', bertaqwa, jauh dari sifat sombong dan pemurah (Al Furqan : 63-64 & As Sajdah : 15-17)
5. Ditinggikan darjat (Az Zumar :9)
6. Termasuk dlm golongan yg dicintai Allah (hadis)
7. Mudah untuk khusyuk (Al Muzammil : 6)
8. Dekatkan diri kepada Allah.