Thursday, October 16, 2008

Mengeluh Hanya Lebih Memenatkan Lagi


Bismillah,

Dek masalah yang saya rasakan bertimpa-timpalah lahirnya posting kali ini. Saya tidak merasakan semangat saya semakin lemah, saya perlu bangun dengan apa cara yang saya ada. Kita hanya akan tahu bahawa kita betul2 kreatif setelah semua masalah selesai nanti.

Jenisnya saya ni, bila ada masalah saya malas nak bebankan sangat otak, seorang yang sayangkan saya (dialah kata) runsing saya tidak dapat lena. Sementelah saya pun tidak beraya mana maka dia bimbang saya memejam mata namun tidak lena. Bak kata suami saya, hal itu tak perlu bimbang, belum sentuh lagi kepala dengan bantal, saya sudah pun bermimpi.

Pernahtak kita perasan, kalau jiwa kita susah, maka akan semakin banyak benda yang lebih menyusahkan tiba. Maka timbullah istilah 'masalah yang bertimpa-timpa'. Bagaimanakah itu terjadi? Saya ingin memberi contoh yang sangat mudah untuk dihayati.. Kita ada masalah dengan perniagaan kita atau di pejabat dan masalah ini sangat rumit sekali...

Makanya jiwa kita begitu sesak sekali. Mula dari itu, tiba2 saja ada anjing berak depan kedai sedang elok depan pintu kedai kita. Anjing berak adalah perkara biasa namun ia sangat menyusahkan bila berlaku di kala kita dilanda kesusahan. Balik ke rumah pula, kita perlu memasak. Sambil kita memasak, anak2 melalak2 nangis nakkan susu. Abah dia pulak selamba je tido tak tolong.

Memang hot betul sedangkan hakikatnya suami kita terlena itu perkara biasa dan anak menangis juga adalah satu masalah biasa juga. Tiba2 seorang anak lagi juga mandi dan air terpercik2 keluar bilik air, ia juga keadaan biasa namun sebak kepala kita semak, benda tu nampak macam anak kita buat satu salah besar pulak.

Bila kepala kita serabut, maka macam2lah sebenarnya benda yang menjadikan kita lebih susah lagi. Syukurlah juga saya mempunyai suami yang memahami. Sekurang2nya dia boleh membantu saya meluruskan segala yang kusut dalam otak ni. Memang senang cakap, "Ah, tak payah fikirlah..."

Hakikatnya bahu yang memikul memang lebih sakit dari mata yang melihat. Saya juga bukan insan yang kuat tapi jika kita tunduk pula pada apa masalah yang datang, maka itu menunjukkan pula yang kita bukan jenis yang kuat. Orang dengan senang boleh berkata, "Awak bukan usahawan sebenar," tapi jika dengan ayat ini sahaja kita telah rasa lemah, maka apa yang dikata mungkin benar.

Orang boleh berkata semahunya. Mereka akan kata, "Owh, pompuan ni dia susah nak bawak berunding. Suami dia kongkong dia lah.." Sedangkan perempuan itu sangat taat kepada suaminya dan sewajarnya dia dihormati kerana ketaatan itu malang sekali tidak. Dia seolah-olah dihina kerana mengikut telunjuk suami.

Mulut orang takkan pernah berhenti. Jika kita senang pun akan dikata, jika kita susah juga lebih dikata. Saya selalu sebut 'maleh nak fikir' dan memang saya betul2 malas nak fikir. Jika saya amik port dengan apa yang dikata orang, itu hanyalah kerana saya menyahut cabaran yang dia bagi.

Di dalam kesusahan mengharungi perkara itu, anda akan menemui manakah orang yang boleh menjadi shoulder to cry on atau sebaliknya. Bersyukurlah kerana mempunyai sahabat yang sejati dan bersabarlah dengan mereka yang menikam diri. Apa yang perlu kita ingat, ALLAH itu Maha Melihat. Namun itu bukan alasan untuk mendoakan yang buruk2 kepada orang lain. Mana tahu dengan mendoakan kebaikan, maka di satu hari, orang itu akan benar2 baik kepada kita.

Mmm...di bawah ini adalah satu artikel yang saya hantar kepada seorang sahabat. Artikel yang formal namun ia benar2 lahir dari buah fikiran saya. Semoga adalah manfaat yang terselit di celah2 artikel yang pendek ni. Doakan saya...

Mengeluh Hanya Memenatkan

Lazimnya kita sering mengeluh apabila kita kepenatan, kesedihan, kelelahan, kemiskinan dan pelbagai rasa malang lagi. Lalu mengeluh menjadi satu cara yang kita anggap akan mengurangkan rasa malang seperti ini. Hakikatnya, apabila kita mengeluh kita tidak melakukan sesuatu yang lain melainkan kita hanya memenatkan lagi diri kita.

Pelbagai cara yang tidak kita sedari adalah satu dari bentuk keluhan. Berdengus, menangis, berleter, menghentak barang, menengking-nengking semua itu menggambarkan sifat tidak sabar kita. Dengan melakukan semua itu, kita hanya mengheret jiwa kita untuk berasa lebih malang lagi.

Ketika mengeluh, kita membawa jiwa kita untuk mengimbau kesusahan dulu. Sebagai contoh, setelah dikhianati oleh seseorang, anda akan terkenang-kenang bantuan anda kepadanya dahulu. Ketika isi rumah anda tidak membantu kerja rumah anda, anda mula berleter-leter dan menghempas barang sambil mengungkit hanya anda seorang yang mahu melakukan semua itu.

Tatkala mengeluh, itu hanya menggambarkan bahawa kita ini bukanlah seorang yang penyabar. Orang yang penyabar, sekalipun mahu mengadu hanya kepada ALLAH SWT jualah tempat untuk mengadu. Di masa lainnya, orang yang penyabar adalah orang yang tenang dan menenangkan.

Memang sukar untuk sampai ke tahap ini. Kadangkala kita perlu berjuang berhabis-habisan untuk meredakan perasaan marah dan tidak puas hati. Tidak ada salahnya andai anda cuba untuk meluahkan perasaan tetapi biarlah dalam bentuk yang berhemah dan bertimbang rasa.

Apa yang perlu kita ingat adalah kita dan manusia di sekitar kita hanyalah manusia yang penuh dengan kelemahan. Kita tidak akan sentiasa berpuas hati dengan orang lain sebagaimana orang tidak selalu berpuas hati dengan kita. Oleh itu jangan cuba menimbulkan atau memanjangkan masalah agar diri kita akan lebih dihormati.

Tuesday, October 14, 2008

Usamah Umi


Bismillah,

Dah beberapa hari abah tinggalkan umi, Arwa dgn Usamah. Hari ni dah selasa dan abah pegi ari tu hari Jumaat..huhu..lamanya. Umi sebenarnya tak berapa minat lah kene tinggal ni tapi takpela..sbb umi rasa ada hikmahnya juga. Umi rasa makin rapat jugalah dengan Usamah ni.

Bila pujuk2 abah balik sini dengan cepat, dia kata nak bagi umi can nak berehat. Mmm...bab berehat memang lah. Skang ni menumpang duduk umah opah satu halnya umi tak masak. Opah hanya suap Usamah dan umi makan siap2 kat kedai sebelum balik rumah. Malam2 dah rasa malas nak makan sebab bila letih kat kedai, balik umah opah tinggal tersadai je la.

Kejauhan ni jugak boleh menimbulkan banyak hikmah lain. Satu yang tak ternilai adalah banyak masa untuk Usamah. Usamah adalah anak umi yang protektif. Nampaknya dia marahkan abah sebab tinggalkan umi seorang. Sampaikan tokki ajak pegi Ipoh pun Usamah tanak ikut (sedangkan selalunya org tak ajak pun nak ikut). Dia kata nak jaga umi.

Perkataan nak jaga umi tu sangat menyentuh hati umi. Bila time ajak gi sekolah sebenarnya umi risaulah juga sebab takut Usamah tanak turun sebab sepanjang jalan nak ke sekolah Usamah dah bagitau tanak pegi sekolah. Tapi alhamdulillah, tak sia2 juga umi tukar nurseri.

Sampai je depan sekolah ni, Usamah kata, "Abe takmau sekolah yang satu lagi, sekolah yang ni tak pe kan Umi," Leganya umi dengar. Sebenarnya umi dah sedia juga kot2 Usamah nangis ala2 Kuch Kuch Hota Hai pagi tu. Pagi semalam punya story lagi best. Malamnya kami tertidur awal dari biasa.

Umi bila dah lena sorilah nak terjaga selagi tak subuh. Sedar2 Usamah terkencing dalam seluar. Satu yang umi suka part Usamah adalah dia dah tak perlu pakai diapers tapi kene kencing siap2 sebelum tido. Sedangkan kakak belum lulus bab yang satu ni. Tapi kakak dah nampak malu dah bila tengok dia je kene pakai diapers malam nak tido.

Disebabkan umi jemur bantal yang terkena air kencing kat atas pagar maka time Ayah Ngah buka pagar tu jatuhlah bantalnya. Kata ayah ngah arini air longkang penuh walaupun malam tak hujan. Umi rasa sebab bantal tu la...huhu...Tapi opah, sori la umi tak angkat bantal tu bukan sebab tanak angkat tapi dah kunci pintu baru perasankan bantal tu dalam longkang. So takde penyodok nak angkat bantal tu naik atas. Mmm...nanti kita kene gantila bantal kekabu opah semula Usamah wei..

Usamah cuba nak bermanja2 juga. Duduk atas riba lah..buat2 lena lah..kalau nak sebut memang banyak. Memang dalam diri ni ada rasa nak reject tapi umi terfikir, kalau orang luar pulak yang manjakan anak2 umi kang umi jeles pulak. Lagipun kalau umi tak manjakan karang Usamah makin jauh.

Usamah suka test umi. Dia mcm nak tgk sama ada umi marah ke tak kalau dia buat benda sama macam adik2 dia buat. Jenuh umi bgtau umi tak marah Uwaiys sama Arwa sebab diorg kecik tapi abe dah besar kene faham benda macam ni tak boleh buat. Umi faham Usamah tak berapa nak faham lagi, tak boleh compare dengan kakak pun.

Kalau nak kemana2 selagi umi tak dukung Arwa dan bawa Arwa sama, Usamah mesti buat aksi Kuch Kuch Hota Hai dalam kete. Dialah yang paling runsing umi tinggalkan Arwa sorang dalam rumah. Takkan la pulak umi nak tinggal Arwa umi tu...he he...Mmm..Hai abah, cuba gak balik cepat..Usamah ni kalau dibilang berapa kali tanya pasal abah dengan Uwaiys rasanya kompem lebih 100 kali dah.

Waaaaa...........Balik la abah. Part ni satu lagi, umi bgtau abah "Sehari tak tgk abah, mcm tak tengok matahari," Pastu abah balas, "Padanlah tido lena ek," Huhu...spoil betul aaa....Bila umi ckp ayat jiwang sikit, dah abah kata "Wanita Malaysia skang ni tgh dilamun 'Ayat-Ayat Cinta'" Ha ye la tu...Berlagak takpe la...Takmo kawan karang baru tau...