Wednesday, March 02, 2011

Malingering

Bismillah,

Saja nak cerita pasal malingering ni. Kalau kat kedai spek, memang agak ramai jugak la budak2 yang buat2 rabun semata2 nak kelihatan comel memakai spek sedangkan mereka tak tau duit mak bapak mereka bakal kopak jika buat spek :P
Malingering is a medical term that refers to fabricating or exaggerating the symptoms of mental or physical disorders for a variety of "secondary gain" motives, which may include financial compensation (often tied to fraud); avoiding school, work or military service; obtaining drugs; getting lighter criminal sentences; or simply to attract attention or sympathy.
Sebelum saya bertolak ke negara orang aritu, Asmaa' demam. Dia seorang je demam dan dia sebenarnya sangat jarang demam. Disebabkan dia demam tu maka kami manja2kan dia sampai tahap abah dia dukung dialah juga sebab nak pujuk dia minum air. Campur dia ada ngigau2 sikit (altered behaviour) masa dia demam jadi kami bg sepenuh perhatian pada dia.

TApi Uwaiys pulak merengek2 lebih dari orang yang sakit. Padahal dia tak demam dan bila dibawa keluar rumah loncatnya bukan main lagi. Cuma masuk dalam rumah aje dia tiba2 macam ada suiz sakit :P Dah la masa tu kalut2 nak bersiap2 nak ke luar negara jadi bila anak sakit mulalah kami panik. Cuba untuk tukar masa penerbangan tapi dia punya cas humang aih....berganda2 mahalnya.

Sebenarnya Uwaiys itu dia perlukan perhatian. Bila dah dibelek2 dek abah, sihatlah dia. Kalau tak tu mata dia pun saja2 dilayukan. Kalau tengok tu memang nampak sakitlah padahal suhu badan normal. Tapi dah taknak makan, tanak minum maka keesokan harinya tu demamlah jugak dia.

Beza antara Uwaiys betul2 sakit dan sakit main2 adalah kalau dia main2 dia merengek2 dan bila dia demam betul2 dia senyap je tak merengek2... Memang sangat dramatik si Uwaiys ni. Tapi sebab kami mak abah dia kan, maka apa aje dia buat kami tau hehehe.... Masa dia buat2 sakit tu kami pujuk2 dia bgtau dia tak sakit, so dia tak bole merengek2 tapi pada dia dia tetap sakit...hahahaha...

Kalau diingat2 balik, rasa tak sabar diorang ni besar. Nak cerita lawak2 tak hengat ni kat diorang... Bak kata Asmaa' dia pun dah tak sabar2 nak memasak :P


Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

Tuesday, March 01, 2011

Halau Kesedihan Jauh-Jauh

Bismillah,

Kalau ada yang taktau lagi saya sebenarnya baru pulang dari negara orang. Sedang dalam proses pemulihan selera makan, pemulihan emosi sbb tinggal telefon dan dalam proses get back on track.

Banyak ni nak kena kejar. Sebab tepon tu hilang 2 hari bangun pagi lewat dan Asmaa' tak sarapan ke sekolah! Dan saya juga tak memasak sebab memang tak tergagah nak buat apa2 pun. Badan2 sangat letih marathon di negara orang yang bermusim sejuk. Hidung berdarah di sana. Tak masuk lagi kes telinga tak dengar sebelah.

Ahmadi yang saya bawa bersama demam. Kesian hero saya. Rasa ringan dah dukung dia. Semoga Ahmadi cepat sihat. Aritu masa tertinggal tepon, saya tengok Ahmadi betul2....nasib baik saya tinggal tepon bukan tinggal Ahmadi dalam teksi tu! Suami saya pun cukup baik dengan tidak memberi tekanan atas perangai buruk saya. Dia berbunyi sekejap saja tapi tak berlarutan sampai masam muka. Maka apa lagi yang saya perlu sedihkan??

Pagi ni saya bangun terasa seperti ada semangat sedikit. Walaupun rasa malas dah nak pegang tepon tapi mana mungkin pula tak ada telefon. Saya ada banyak urusan di sana sini yang perlu pemantauan dari saya. Jadi, jika ada kesempatan kejap lagi nak ke Kota Bharu utk amik simkad. Saya akan gunakan nombor saya yang lama tapi kepada kawan2, maaflah....saya hanya hafal beberapa nombor saja sebelum ni.

OKlah...takmo sedih2 takmo malas2...ALLAH dah bg sedikit kesihatan pagi ni! Saya tidak mahu lengah mempergunakannya!!

Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)