Friday, May 20, 2011

Smlm Asmaa' Masuk Hospital, Hari Ini Dah Keluar

Bismillah,

Hari Rabu malam Khamis Asmaa' sebenarnya dah siapkan beg sekolah. Tapi pagi Khamis kul 4 pagi tu dia start kesakitan lagi. So, pagi tu saya bawa dia ke hospital semula dan haritu kiranya buat check up lebih sikit dengan ambil sample urin dengan buat x-ray.

Ambil x-ray bukan sakit pun tapi sbb punya penakutnya anakanda hamba seorang itu maka proses memujuk memakan masa sedikit lama. Lama pun tak de la sampai 10 minit cuma kali ini keadaan lebih mudah sebab saya tak bawa Arwa bersama.

Kata doktor, urin Asmaa' normal cuma slightly dry katanya. Maksudnya, di musim yang panas begini, kena minum banyak air dan hasil x-ray menunjukkan masalah sakit perut sebenar Asmaa' bukanlah gastrik tapi dia sembelit sebab banyak sangat ketulan najis dalam usus dia.

So, masalah utama dia adalah sembelit tapi saya dok rawat masalah sampingan dia iaitu gastrik. Macam mana boleh gastrik? Sebab dia dah sakit perut tak leh nak u'uk makanya tak lalu nak makan some more muntah juga. So, perut kosong jadi gastrik.

Masa rawatan hari tu, doktor pun assume dia gastrik so tiada treatment untuk masalah sembelit dia tu. Masa tu cuma dapat ubat tahan muntah dan ubat demam. Balik rumah sbb dia masih sakit selepas masuk air, saya pun pergi cari ubat gastrik di farmasi. Tapi sakit tak surut2...

Alhamdulillah...hari ini Asmaa' dah sihat, tadi balik je dari hospital saya letak je beg terus capai bantal. Saya memang tak boleh tidur sebab bila kita duduk di Wad Kanak-Kanak kenalah faham, cara kanak2 menyampaikan rasa sakitnya adalah menangis. Banding dengan Wad Bersalin, mereka nangis bila nak susu aje. Campur dengan misi2 yang ramah, memang tak lena saya semalam.

Selepas ni, saya nak masak sedikit dan nak ambil anak2 di Jerteh. Rindu sangat nak gigit pipi Ahmadi!!

*Insya ALLAH esok saya boleh blogging dengan lebih aman....



 

Thursday, May 19, 2011

Kenapa Menyusu Dianggap Cara Terbaik Untuk Memberi Makanan Kepada Anak

Bismillah,

Mak ai..agak panjang berjela tajuknya di situ. Rasanya ramai yang dah tahu especially geng2 blogger dan kawan2 FB. Sampaikan sanggup tu ada kroni2 BF dan yang sebaliknya. Walau apa pun isunya, apa yang anda lakukan, lakukan secara sederhana dan tidak berlebihan. Sebab bila kita berlebihan sangat, mungkin kita akan melukakan beberapa sahabat kita dan kalau kita tidak memperjuangkannya langsung, juga amat tidak kena bukan??

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Ia mengandungi nisbah dan jenis kandungan protein, karbohidrat, lemak serta vitamin dan mineral yang betul yang diperlukan oleh bayi di bawah 6 bulan. Bukan sikit kajian yang dilakukan telah menunjukkan kebaikan menyusu dengan susu badan. Walaupun barangkali kalian dah tahu kelebihannya, saya ingin highlight juga apa yang boleh susu badan beri kepada keluarga kita :

  • Ia membantu memelihara bayi dari cirit-birit, masalah pernafasan dan jangkitan telinga - Ini saya akui, memang kadangkala bayi yang menyusu susu badan akan cirit juga tambah pulak ibunya jenis aci redah semua nak makan. Tapi kalau saya bandingkan 3 anak pertama saya dan 2 anak yang kemudiannya, saya memang tidak akan menolak untuk menyusu badan lagi sekalipun ia menjadikan saya seorang yang kurus melengking tak ada isi. Saya rasa sihat, jadi biarlah saya kurus di mata orang asal saya rasa saya sihat. Kalau dok peduli dengan orang yang asyik kira jumlah tulang saya, memang alamatnya tak hiduplah saya...ehehehe... Erk, ada cara tak nak kasi besar sikit ek?? Berkenaan masalah pernafasan itu, kerana melihat Uwaiys yang berulang alik kena nebulizerlah, saya bertekad untuk menyusu susu badan sebelum kelahiran Arwa.
  • Ia mengurangkan risiko bayi alergi, leukemia dan kemungkinan menjadi obesity - Alhamdulillah, walaupun ada yang tersasar tidak diberi susu badan tapi saya cukup lega kerana kulit anak2 saya tidaklah bermasalah. Cuma kadang2 ada sedikit ruam dan gatal-gatal. Baru2 ni Arwa dengan Uwaiys macam pecah alur bibir tapi saya cepat2 beli Vitamin C dan beri mereka makan dan alhamdulillah semuanya kembali OK. Arwa pun ada sedikit masalah di belakang telinga -ntah2 sbb leher baju dia ketat sangat sampai terkoyak belakang telinga dia...huhu tapi saya guna Gel Gamat ntah jenama apa sehingga lukanya kering sikit, saya sapu Bio Oil pulak. Kuku Arwa pun ada 2 jari yang bermasalah, tapi selepas guna Bio Oil dengan izin ALLAH semua kembali OK. 
  • Ia membantu mengurangkan tekanan dan mengurangkan risiko kanser payudara - Saya ada seorang kawan, yang saya juga nantikan dia cerita tentang sel kanser yang kian mengecut dalam blognya. Sama ada dia dah cerita dan saya dah terlepas kisahnya atau barangkali dia memang tanak cerita pada orang untuk elak orang kesian saya tak tau. Tapi saya sangat gembira dengan perkhabaran itu dan ini menambah lagi alasan saya untuk menyusu dengan susu badan. Berkenaan mengurangkan tekanan, kalau dah kos nak beli susu formula pun kurang kemudian sentiasa bersama dengan anak maka memang akan hilanglah tekanan tu. Betulkan??

Jadi, sebelum kata TIDAK untuk menyusu dengan susu badan, fikir dulu dengan baik... Insya ALLAH segalanya akan berjalan dengan baik juga :)


Facebook sehari RM 1 hanya dengan Digi (klik gambo)

 * Jom join ChurpChurp