Monday, April 16, 2012

Great Cloth Diaper Change Malaysia 2012

Bismillah,


Link : https://www.facebook.com/GreatClothDiaperChangeMalaysia2012

Beruntunglah buat mereka yang duduk di sekitar KL sana. Seronok sangat tengok aktiviti macam ni tapi apakan daya, jarak memisahkan. Bukan mustahil kalau saya yang duduk di Kelantan untuk hadir tetapi dapat peluang untuk balik kampung pun agak sukar inikan pula ke KL :). Tidak mengapalah, mungkin ada hikmahnya.

Walaubagaimanapun, saya ingin juga berkongsi tentang program ini. Aktiviti adalah seperti yang dinyatakan di dalam poster di atas. Untuk keterangan lanjut, boleh juga like page yang telah saya pastekan di bawah poster tersebut. Freebies pun banyak di sponsor oleh mereka yang berikut :



Kalaulah saya boleh bersama dengan rakan-rakan seperjuangan ni. Seronok bila kembali kepada keibubapaan alami seperti breastfeeding, cloth diapering, babywearing, homeschooling dan lain-lain. Jika kalian yang masih baru tentangnya, bolehlah add saya di Facebook (https://www.facebook.com/sitisifir10). Insya ALLAH saya akan sedikit demi sedikit memperkatakan tentangnya setiap hari.


Thursday, April 05, 2012

Keutamaan Berbuat Baik Kepada Keluarga Sendiri

Bismillah,

Beberapa hari lepas, dalam mailing list yang saya terima, ada seseorang yang mengadu dia menjaga anak saudaranya yang yatim piatu. Abang dan kakaknya meninggal dunia akibat kemalangan. Mereka ada adik beradik yang lain dan baru-baru ini dia rasa ralat kerana terdengar adik beradiknya yang lain itu memberi bantuan kewangan kepada rumah anak yatim sedangkan anak saudara sendiri tidak ditolong.

Tiba-tiba saya teringat kepada satu hadis Rasulullah SAW :
Rasulullah SAW berpesan: "Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya". (riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Kenapa kita kena utamakan keluarga dan orang terdekat semasa memberi pertolongan? Cuba bayangkan bila kita di dalam kesusahan, siapa orang terdekat untuk kita minta pertolongan. Ya-ya... saya tidak menafikan ALLAH tempat pergantungan paling utama, paling class! Tapi bukankah terdetik kenapa orang sekian-sekian yang ada banyak kemampuan, tidak menolong kita?

Mengakulah dikala mendapat kesenangan kita selalu lupakan mereka yang kesusahan. Manusia tidak tahu dikala kesenangan juga mereka sedang diuji terutamanya dalam hal ehwal kewangan. Tambah menakutkan, kita tidak pernah merasa bagaimana rasanya susah jadi memang kita tak akan tahu apa yang orang susah itu rasa kecuali kita menghampiri mereka dan bertanya khabar.

Sekalipun kita menghulur duit, saya rasa itu pun belum memadai. Kita patut dengar kisah mereka. Bukan menggalakkan mereka mengeluh tentang keadaan mereka tetapi kita mestilah rasa apa yang mereka rasa barulah kita tahu sebenarnya nilai yang kita beri itu sebenarnya adalah sangat kecil untuk dibangga-banggakan.

Andai pula kita berada di tempat susah, sudah-sudahlah berharap kepada manusia. Mereka tidak ada apa-apa kerana pemilik kekayaan adalah ALLAH SWT. Terasa hendak mengeluh, jangan cari manusia dahulu. Insya ALLAH, ALLAH akan menghantar bantuan dengan cara yang kita tidak sangkakan malah mungkin dari orang yang tidak kita kenali.