Tuesday, February 02, 2010

Mendidik Anak Dari Dalam Kandungan


Bismillah,

Dunia kini sudah semakin menakutkan. Kanak-kanak 3-4 tahun juga sudah mula mahu mencuba-cuba mahu berpasang-pasangan. Kanak-kanak sekolah rendah telah cuba menghisap rokok dan menari menyanyi ke sana ke mari. Remaja belasan tahun telah mula mencuri dan bergaul bebas dengan yang bukan muhrim. Itu kita boleh kita panggil kemanisan dunia tetapi ia bukan nikmat yang sebenar.

Nikmat yang sebenar-benar yang didambakan setiap orang adalah ketenangan di dalam hati. Di kala kita merasa anak-anak menjadi orang yang soleh solehah, di saat kita melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran masing-masing, di saat kita terlihat anak bangun malam dan mendoakan agar dosa umi dan abahnya diampunkan ALLAH, di saat seperti inilah jiwa kita akan dipenuhi dengan rasa tenang. Jadi sekarang, sejauh manakah kita berusaha untuk mendapatkan rasa nikmat itu?

Mendidik anak, hakikatnya tidak bermula dari dalam kandungan sahaja. Malah ia bermula lebih awal dari itu. Walaupun begitu, di level mana sekalipun kita berada, jangan pernah merasa terlewat di dalam mendidik anak. Sekalipun anak kita itu kini lebih tinggi dari ketinggian kita, proses mendidik ini tidak patut terhenti. Kerana mereka adalah amanah yang telah ALLAH berikan kepada kita.

  • Mendendangkan ayat-ayat suci AlQuran & alunan zikir - bukankah itu yang terbaik? Biasakan anak-anak dengan ayat suci Al Quran. Surah Yusuf dan surah-surah lain untuk di baca setiap hari. Saya akui semakin hari semakin liat untuk menyelak AlQuran ini. Kita sentiasa disibukkan dengan urusan dunia yang tidak pernah sudah. Jika saya tidak mula semula untuk membacanya, mungkin saya akan terus-terusan meninggalkannya. Padanlah jiwa kita menjadi kosong, kita tidak isi dengan yang sepatutnya. Plus!! Jangan hanya ibunya sahaja yang baca, ayahnya mestilah turut serta
  • Mengusap-usap perut - boleh diperhatikan ibu yang mengandung suka memegang perut mereka. Saya paling gemar menolak-nolak bucu anggota bayi yang menolak kulit perut saya. Ia bagaikan satu interaksi seperti sedang menggeletek anak-anak lain. Malah jiwa saya rasa gembira bila saya terfikir yang anak itu sedang respon kepada sentuhan saya. Bukan hanya ibu yang patut memberi sentuhan malah ayahnya juga. Jika ayahnya tidak mahu menyentuh pergerakan anak, ibunyalah yang patut menggenggam tangan ayahnya dan beri dia rasa pergerakan anaknya. Lebih baik jika ayahnya memberi salam dan beritahu, "Abah ni...baby buat apa tu??"
  • Bersembang dengan bayi - yang ni lagi satu sesuatu yang best. Sekalipun dalam kesedihan, bercakaplah dengan mereka, apatah lagi bila kita sedang gembira. Dia mungkin akan merasa yang dia adalah sebahagian dari kita.
  • Pelihara emosi ibu -ibu yang mengandung mestilah menjaga emosi dengan baik supaya kandungan di dalamnya juga terbiasa dengan suasana yang menggembirakan. Adalah dipercayai, jika kita sebagai ibu merasa stress atau sedih, maka ia akan melepaskan rasa-rasa itu di dalam darahnya. Darah yang sama juga akan sampai kepada bayi sehingga dia turut merasakannya.
  • Ibu hendaklah memperbanyakkan bertaubat - elakkan dari membuat dosa kerana darah yang mengalir di dalam tubuh kita akan sampai kepada anak.
  • Ibu hendaklah makan makanan yang berkhasiat dan halal - Makanan yang berkhasiat adalah untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh bayi manakala makanan yang halal akan menentukan gelap cerahnya hati kita dan hati anak yang kita kandungi itu.
Semoga ALLAH memudahkan perjalanan kita dalam menjadikan keluarga kita sebagai pendokong agama. Jangan teragak-agak dalam menganjurkan kehidupan Islami dalam keluarga anda. Jangan bimbang kerana kawalan kita terhadap anak-anak tidak hanya menyelamatkan dia di dunia dan akhirat malah doa anak soleh inilah juga yang mungkin akan menyelamatkan kita selepas ketiadaan kita.

3 comments:

  1. salam...bagus info nih...terima kasih...

    ReplyDelete
  2. insyaallah semoga kita sentiasa ingat perkara2 ni..kita ni mudah lupa

    ReplyDelete
  3. Pija...banyakkan buat maths atau apa saja latihan yang menguji IQ macam crossword puzzle...bagus tu...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!