Tuesday, February 16, 2010

Sambut Besday Arwa Di Spital

Bismillah,

Pagi 6 Feb tu, saya asyik teringatkan Arwa aje...smlm masa tinggalkan dia tu, badannya dah mula panas2. Aritu kan besday dia dan saya tak jumpa dia seharian tu. Berkali2 tepon ke rumah dan adik2 ipar bgtau dia dah sihat. Huhu...Arwa demam nak sambut baby di harijadikah??

Pagi tu jugak, adik sebelah katil dah mula tanggalkan ikatan kain katanya sakit sangat perut dia. Saya bgtau suruh masuk ke labour room sbb tadinya pun saya dah dengar misi suruh dia pergi ke labour room. Huhu...tapi dia kata dia sakit sangat sampai takleh nak bangun. Aduss...saya cuba gak bgtau misi dan misi sekali lagi suruh itu adik bangun dan masuk ke labour room.

Teringat semasa beranak sulung aritu, memang sakit bersalin ni tak dijangka begitu sekali sakitnya. Mungkin itulah yang adik tu rasa. Tapi ndak tak ndak budak tu kene bangun juga kalau tak dia terberanak la sorang2 kat situ huhu...saya tak berani nak tunjuk heroin papah dia bangun nanti misi marah saya pulak.

Last2 seorang misi bangun juga bawa kerusi tolak...huhu...tapi dia bg arahan suruh adik ni bangun dan dia pun terpisat2 bangun. Memang nampak susah tapi dia boleh juga bangun sendiri. Sampai misi tu perli2 kata, "Ha kan boleh bangun sendiri....". Setelah di cek, makcik cleaner bgtau yang adik tu bukaannya dah 6 cm.

Mertua saya kata dia dulu, kalau sakit dia pergi siapkan sendiri macam2 benda untuk persiapan bersalin. Siap boleh basuh dapur (orang dulu kan bersalin di rumah aje). Katanya kalau baring aje, memang sah2 lah nak beranak dah. Memang tak sama katanya beranak di hospital, mcm saya aritu tgh tak sakit pun misi bimbang nk lepaskan saya ke bilik air.

Saya setuju juga dengan mertua saya...sekadar bangun duduk sendiri itu memang tidak luak insya ALLAH. Tambah pula bila di hospital, bila misi kata begitu, buatlah begitu...kalau misi kata jangan, maka janganlah....sudah kita duduk di tempat dia, maka kena la juga ikut undang2 dia kan. Kalau tak nnt sempat dia cop kita begitu begini, maka akan lebih payahlah perjalanan kita nnt..

Saya sensitif dengan misi2 ni bukan apa...mak saye adalah misi dan saya rasa saya memahami letih atau tidak bekerja sebagai misi. Besar pahala mereka ini jika mereka bekerja dengan ikhlas. Tak hairanlah kenapa mak saya tak mau pencen awal. Kerjanya memberikan kepuasan kepada dirinya. Lalu untuk apa mau pencen awal kan??

Tapi ada juga misi yang tersalah guna bahasa tubuh dan tutur kata sehingga membuatkan pesakit berasa hati malah ada yang nak melawan pun ada. Huhu...time tu rasa leganya tak sampai gaduh diorang tu. Mana taknye, misi tu sound direct kenapa mak kepada dua org budak tidak handle anak diorang sendiri yang menangis2. Time tu peneman diorang pegangkan.

Yang seorang tu, saya rasa dia dah letih menyusu sebab lepas sebelah, sebelah dia bg susu. Kalau tak disusukan dia mula berbunyi dengan kuat. Yang seorang lagi, tidak tahan dengan sakit dalam perut, biasalah time menyusu kan rahim mengecut tapi kena tahanlah sikitkan... Itu untuk kebaikan kepada ibu jugak kan.

Tapipun ayat yang misi tu gunakan ayat yang salah. Siap dengan muka yang tak mcm bencikan patient walaupun sebenarnya patient itu tak cukup ilmu mak2nya lagi. Jika misi lain boleh berbudi bahasa kenapa tidak misi yang seorang itu. Tak pasal2 patient yang seorang itu nak bayar gaji dia...huhuhu

Walau apapun pendapat orang lain tentang misi2 di sini, saya tetap bg 4.5 bintang dari 5 bintang secara keseluruhan. Tak payah nak cari hospital berbayar kerana bagi saya di sini dah cukup. Hospital yang saya pergi ini adalah hospital rakan suami dan mengamalkan polisi penyusuan susu ibu (apekah nama nya rakan bayikah??)

Mereka pun bangga mane tak nya saya lintas Hospital Besut tu untuk beranak di Hospital P.Putih... Mmm, OK lah, udah panjang bebeno pulak untuk cerita yg boleh dipendekkan ni...hehe...

*Ahmadi dah dicukur hari Ahad, sesiapa yang ada FB saya bolehlah jenguk di sana...

2 comments:

  1. awat kak pijah tak mai bslin di husm..boleh qay jumpa..hihih

    ReplyDelete
  2. Alahai..terkenang2 bersalin kat GH...memang percuma..sbb cik abang keja k'jaan..tp bab2 nak menjaga aurat..langsung tak dijaga..tak mampu nak bayangkan balik...sangat2 kesal

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!