Saturday, October 01, 2011

Jangan Runsing Puting Kosong Selepas Melahirkan

Bismillah,

Dulu, 5 kali mengandung, beberapa minggu sebelum melahirkan, telah ada sedikit susu yang keluar tapi tidak untuk kelahiran kali ini. Puting saya kosong sekalipun selepas melahirkan. Saya tidak bersusah hati kerana saya dah belajar bahawa suusu akan keluar melalui ransangan dan ransangan yang diperlukan untuk menghasilkan susu adalah hisapan sejam pertama bayi.

Seusai Iman diazan, dimandikan, ditahnikkan tibalah masa untuk umi menyusukan Iman. Mungkin hikmah dari sunnah Nabi agar mmentahnikkan anak akan menyebabkan bayi mudah menghisap susu. Iman menyusu seakan dia pernah menyusu sebelumnya. Ini adalah fitrah, kita hanya perlu bantu sedikit dan insya ALLAH bayi kita akan dapat melakukannya.

Iman dilahirkan pada 8.30 pagi dan sehingga ke malam itu, susu saya masih tidak keluar. Saya cuba picit pun tidak ada yang keluar. Pun saya tidak panik lagi. Ada beberapa makcik yang datang bertanya, sama ada saya dah ada susu atau belum. Saya jawab dengan jujur memang tidak ada. Lalu mereka bertanya kembali, "Dah tu buat apa dok nyusu lagi?"

Iman tidak menangis dan kerjanya hanya menghisap. Kalaupun saya tinggalkan dia untuk ke tandas, dia akan tidur. Mereka semua hairan kenapa Iman tidak menangis sedangkan pada katil yang sama beberapa hari sebelum itu, anaknya menangis tiada henti. Syukurlah juga sebab kali ini adah kali kedua saya melahirkan anak  tanpa ditemani sesiapa di hospital.

Sebenarnya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Petang itu saya call Farah Sarakids untuk clarify yang keadaan saya itu adalah normal dan bayi saya  insya ALLAH tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kata Farah, baby yang dibuang boleh bertahan 3 hari tanpa makan dan minum tapi kebanyakan yang mati itu adalah kerana digigit serangga dan sebagainya sahaja.

Seperti anak ayam dan anak itik jugalah...hehehe.. sebab bila anak ayam dan itik kami menetas, memang 3 hari mereka tidak dikeluarkan dari inkubator dan tidak perlu diberi makan dan minum. Lagipula Iman tidak menangis. Itu menandakan kondisi dia tidak perlu dibimbangi. Rupa-rupanya makcik2 di situ ingat saya mengandung anak sulung so diorang hairan macam mana saya boleh manage diri dan Iman juga tanpa bantuan sesiapa.

Pagi keesokannya barulah ada susu dan itupun sedikit saja. Mak saya pun ada call dan pesan selagi tak ada susu itu, saya patut sejam sekali menyusu. Alhamdulillah, semuanya OK. Apa yang penting adalah menyusu dan menyusu dan menyusu. Di bawah ini adalah beberapa tips yang saya amalkan :


  • Saya tidak sekadar menyusu sejam sekali tetapi sepanjang masa kecuali semasa nak makan dan ke toilet dan sedikit masa untuk merehatkan diri.
  • Jika Iman tidur tanpa menyusu, saya akan buka bedung tangannya. Itu akan mengelakkan dia terlampau lena. 
  • Saya minum Radix, susu segar dan kurma dan selebihnya adalah menu hospital.
  • Saya elakkan runsing dengan tak habis2 picit puting sendiri untuk cek sama ada susu dah ada atau tidak.  

Kini dah hari ke 9, alhamdulillah susu dah banyak (saya rasa dan saya yakin begitu). Belum memulakan sesi perahan sebab di rumah mertua saya tak ada tempat nak simpan susu. Entry ni adalah sekadar berkongsi pengalaman sendiri tentang penyusuan.

5 comments:

  1. wahhh cool! boleh contoh!

    ReplyDelete
  2. dulu mula2 nak menyusukan Fathini pun susu tak berapa nak ada. Tapi lps cuba beberapa kali, baru nampak keluar sikit2. PIjah lg byk pengalamanla dr Knur yg baru 2 org anak ni.

    ReplyDelete
  3. bagusnya dapat manage problem tu dgn baik, tahniah pija :)

    makcik kat situ mesti terkejut bila pija bagi tau dah anak ke 6 kan? hehehe, ni best kalau jadi org yg awet muda :)

    ReplyDelete
  4. huhuuh..
    bab susu tu..
    ekeke..
    aku mmg 3 bulan tu dah free susukan setot..
    tpinya..
    itulah
    ahaha..
    malas citer la klu pemberi benih buaang tebiat menguli lebih...
    jadi..
    time susukan dak ara lepas c esct tu..
    rilek jer..
    sbb puting tu dah moncrot susunya kot?!

    ReplyDelete
  5. kak pija izin share ye pengalaman yg sgt bernilai ni ;)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!