Saturday, July 20, 2013

Persoalan Perlukah Merancang, Anak Lasak, Suami Isteri Tidur Berasingan dan Anak Sering Memegang Kemaluan

Selepas saya update status tentang merancang tempohari, ada beberapa dari kalangan sahabat di fb memberi soalan kepada saya. Sesungguhnya saya bukanlah ahli dalam hal ehwal tetapi jika mahukan pandangan dari seorang sahabat maka saya cuba juga untuk memberi jawapan.

Berikut adalah soalan dari seorang ibu dan isteri yang sangat prihatin. Saya cuba untuk meletakkan diri saya di tempatnya ketika memberikan jawapan. Jika yang membaca ada pandangan lain, bolehlah berkongsi di ruangan komen.

Soalan :

Salam k.pija, sory ganggu. Saya ada baca status k.pija kat fb. Ada beberapa perkara yg saya nak minta pandangan dan nasihat dr k.pija. sebelum ni saya x pernah ceritakan apa yg terbuku dlm hati pd sesiapa terutama dlm soal rumahtangga. Tp mungkin sekarang sudah sampai masanya utk mencari jawapan kpd segala persoalan.

Yg pertama, tentang perancang. Utk pengetahuan k.pija, anak kami 3 org lelaki. Yg sulung 4 thn, yg kedua 2 thn lebih dan yg ketiga 11 bulan. Anak saya yg pertama full vaksin. Bukan saya nak menyalahkan vaksin, tp amat ketara perbezaan sikapnya. Ramai saya dengar komen2 negatif dr org yg tak faham tentangnya. Ada yg kata dia nakal, hyper. Memang betul apa yg mereka kata, tp saya yg jaga dia 24 jam sehari, mereka hanya baru melihat anak saya beberapa minit terus label mcm2. Itulah masalahnya, ramai yg tidak tahan dg kelakuannya termasuk atuk dan neneknya belah saya dan opahnya belah abinya. Mungkin mereka rimas dg keletah anak2 kecil yg berkerimun dg ummi mcm anak kucing.

Tp k.pija, kami balik kampung paling banyak cuma 2 kali setahun. Biasanya kami balik setahun sekali. Sbb k.pija pun tahu kami duk sabah. Jd pointnya di sini, org2 tua yg nak sangat saya ambil perancang. Dg anak rapat2 ni saya rasa kami jadi bahan gurauan dan perlian mereka ja. Buktinya, balik ngundi hari tu opahnya kirim baju utk budak2 ni dia kirim 4 helai padahal anak kami cuma 3. Dan minggu lepas dia tanya pd suami, 'bila nak beranak lg?'...

9 bulan lalu saya tak dtg haid. Tambahan pula dlm tempoh tu saya ebf anak ketiga. Tp bulan lepas masa dtg haid saya tak bersedia dg perancang yg saya nak gunakan sbb kebanyakan pil kena ambil masa haid. Bila tanya pada farmasi, dia syorkan pil hormon tinggi utk kes2 kecemasan namanya postinor. Saya ambil seperti yg disuruh, tp seperti biasa berlaku kesan sampingan sbb dosnya yg tinggi tu. Keluar darah lepas 7 hari suci. Dan sampai sekarang haid saya belum datang pd tempoh yg sepatutnya. Kemungkinan mengandung lg tu ada tp saya blm chek lg.

Jd pada pendapat k.pija mcm mana? Perlu ka saya merancang krn ingin menjaga hati org tua, sedangkan kami hanya jumpa setahun tak lebih 2 kali..? Apa nasihat k.pija sekiranya ditakdirkan saya mengandung lg, dlm keadaan mama ayah dan mak mertua suruh sgt saya merancang? Maksudnya mereka tak setuju klu saya mengandung lg...

Yg kedua, saya nak tanya tentang masalah tpt tidur. Utk pengetahuan k.pija saya dah lama tak tidur dg suami. Saya tidur dg anak2. Suami tidur di bilik asing. Cuma ketika melayannya sahaja kami bering bersama. Itu pun lepas selesai, saya akan tidur dg anak2 semula. Suami takde pulak merungut, cuma saya kasihan dia tidur bersendian tak berteman. Walaupun dia tak cakap. Asalnya jd tidur berasingan tu sebab anak sulung selalu meragam waktu malam. Menangis sampai mengganggu tidur abinya. Jd utk memberikan ruang kepada abi dpt rehat yg cukup, maka saya bawa dia tidur asing. Perkara ni berlarutan sampailah anak kedua dan ketiga lahir. Lama kami tak tidur bersama sampai saya jd tak biasa tidur dg dia. Klu baring sekatil, saya tak boleh tidur. Terkelip2 tengok dia tidur.

Jadi sekarang ni saya nak cuba ambil semula posisi saya di katil tu. Tp saya tak tahu mcm mana nak lakukannya. Sbb anak2 x boleh tidur tanpa saya. Bila dah tidurkan mereka, saya tertidur sekali. Tak ingat dah kat suami. Dan anak kecil yg menyusu badan kerap jaga minta susu.

Tolong bagi pandangan dan nasihat. Selama ini saya hanya berdoa, mengadu dan memendam rasa. Sekarang saya mesti bertanya kpd arg yg ahli sebab saya tak tahu. Tolong k.pija bimbing saya dlm soal rumahtangga.

Semoga Allah memberi ilham kpd k.pija utk jawab soalan saya. Semoga Allah merahmati k.pija sekeluarga. Ameen

Jawapan :

Assalamualaikum dik,

Bila diperhati ada bbrp isu jugak dlm isi cerita adik ni.
1. Isu merancang
2. Isu anak
3. Isu suami isteri

K.pija jawab satu persatu dulu ok :)

1. Isu merancang

Jika ibubapa itu alasan utk merancang, kalau k.pija rasanya alasan tu xcukup kuat. Sbnrnya ibubapa mana yang sanggup melihat kita keletihan sedang mereka membesarkan kita dengan tidak membebankan kita.

Bukan niat mereka barangkali hendak mengusik. Mereka mungkin telah melupakan bagaimana rasanya menjaga anak kecil. Melainkan mereka bersalin lebih kurang kita ;). Cumanya kita saja yang cepat terasa.

Bukan mudah nak puaskan hati org. Seandainya kita xmengandung pun adakah anak kita akan kurang hipernya? Sama jugak kan? Plus dia sedang membesar sekarang. Adalah normal kalau budak bersikap mcm tu.

Tapi ini semua terpulang kepada perbincangan antara suami isteri juga. Sejauh mana kalian bertahan dgn bunyi2an ahli keluarga yg lain. Cuma jika bole k.pija nasihatkan, xperlu rasanya merancang sementelah kita berjumpa dgn parents pun jarang sekali. Seboleh daya, kawal anak kita dengan bersungguh-sungguh bila balik ke rumah ibu bapa kita.

Mintalah pertolongan dgn jalan sabar dan solat. Insya Allah semuanya akan baik. Nanti dlm isu suami isteri k.pija akan bgtau cara merancang yg boleh diusahakan ok :)

2. Isu anak hiper

Vaksin mmg bole memberi kesan kpd prilaku. Ayu tau kan, bbrp hari lps dlm Tanyalah Ustaz (rujuk nota menu kita di blog k.pija) ada bincang ttg hal ni. Ustaz jakim dgn terang menyebut tiada vaksin yang benar2 bebas dr unsur babi. Allahuakbar.

Itu setakat vaksin, belum cerita dalam hal ehwal pemakanan. Pengawet, perisa, pewarna, penstabil dll. Adakah makanan kita bebas dari unsur babi tu tadi? Sekalipun kita makan salad tanpa campuran unsur td pun, masih risau takut sayur yg kita makan mengandungi unsur gmo.

Jadi apa yg awak boleh buat adalah dgn mula menjaga pemakanan. Kurangkanlah memberi gula kpd anak2 sbb gula bole trigger hiper anak td.

Dan tv juga. Kita mesti kena kawal memandangkan pengaruh tv tidak sedikit dik. Biarlah anak kita ketinggalan dlm bab rancangan tv tp akhlaknya dan aqidahnya lebih maju kehadapan.

Cara pendidikan juga. Awak ada rotan di rumah? Sori kalau k.pija xfollow cerita ayu. Nak advice pun diri k.pija banyak yg xkena lagi huhu..

Anak ni kita xbole bg one kind of learning saja. Have to choose variable way in parenting. Bykkan sebut nama Allah, Nabi, dosa, pahala, syurga, neraka, malaikat, akhirat dll.

Yg penting juga adalah doa. Byk nk elaborate bab anak ni dik. Terpulang nanti kalau ada soalan lagi ye. Nnt kita sama2 bincang.

3. Isu suami isteri

Tpt isteri adalah disisi suaminya. K.pija ni mujur jugak la suami k.pija akan dtg menyelit sebelah xkira dkt mana k.pija tido. Kalau dkt tpt tido anak, situlah dia pegi tido jugak hehe. Kalau tak, pun sama dgn awak. Xtertido le jawabnya dengan suami.

Bawaklah anak yg still bf tidur sebilik. Yang lain tu diorg akan belajar juga utk tidur asing one day. Sblm diorg tidur, selesakan diorg. Biar perut kenyang elok (bebudak xpe), diapers ganti baru, bilik jgn sejuk dan jgn panas sgt, cahaya pun bg dim sikit. Kita bole juga temankan diorg sampai lena dan sekiranya terlena, berusahalah utk pergi ke sebelah suami semula.

Kawan k.pija ada yg buat pillow talk dgn anak. K.pija dah xsempat nak buat huhu. Dan kalau bole maksimakan siang dgn xtvt. Kalau diorg nk tido siang pun jgn berlama2 sgt.

Awak kene belajar semula tidur dgn suami. Itu akan menstabilkan suami awak. Minta maaf dgn dia sbb selama ni tinggalkan tpt tidur. Tp kita kena peka, bila anak meragam, pegi la attend sekejap.

Soalan tambahan :
Rumah xde tv... kami dah stop astro. Tp internet ni masalah jg. Dia asyik tengok power rangers dan seumpanya. Ada jg dia tengok mickey moyse clubhouse, super why tp yg jenis robot2 ni lebih dia suka. Saya fikir suatu hari nanti kena stop jg internet.

Ada satu lg kisah sedih ttg anak sulung ni, yg xde pd adik2 dia yg tak divaksin. Satu tabiat pelik. Dia suka gesel2 'anu' dia. Perbuatan ni dia selalu buat awal pagi biasa lepas tidur. Rasanya bermula sejak dia umur dua tahun. Tak tahu sebab apa. Bila tanya, dia kata gatal. Klu gatal kan lebih puas digaru pakai tangan. Kdg2 bila saya sibuk dan x perasan, dia buat benda tu sampai berpeluh2. Mugkin dia rasa syok barangkali. Anak2 k.pija ada tak mcm tu?

Masa mula2 dulu, bila saya tegur dia berhenti buat. Tp sekarang dia dah pandai protes. Dia masuk bilik depan dan kunci pintu. Bila saya tahan pintu bilik dan paksa dia keluar, dia akan mengamuk dan pukul saya. Tp dia marah cepat reda. Kesian dia, mungkin ini takdir hidup dia. Kecil2 dah ada gangguan seksual dlm diri dia. Dia kena banyak mujahadah.

Jawapan :
Bab anak, xbole juga nak kata sbb vaksin dik. Dia dah terbiasa buat dan kita xcegah dr awal. Anak k.pija sll pegang juga loceng diorg tp k.pija sll sound jgn pegang hahaha jd dia stop. K.pija rimas kot tgk diorg pegang loceng sendiri sbb tu terus sound.

Utk level mereka, rasanya kita bole dah kerap2 slow talk dgn dia. Kalau xnak bg dia kunci pintu, letak kain sejemput dkt pintu, so kalau dia tutup jd xbole rapat (ni taktik mertua k.pija).

Awak dah tau trend dia dok main tu slps bangun tidur, jd awak kena peka masa mana dia bangun. Once dia bangun, bimbing dia baca doa tidur dan lps tu layan dia jgn sampai dia sempat buat tabiat dia. Bila anak mengamuk, pegang tangan dia kuat2 dan cakap dgn dia mata ke mata. Buat dgn sabar ye dik.

Lama kelamaan tabiat dia akan hilang tp plis keep repeat the same words selagi tabiat tu msh ada. Oh ye, maaf ye. Bila diperhati ayat awak, seolahnya  mcm dah ada satu label pd anak tu. Ni dr pemerhatian k.pija aje. Kita cuba positif dan baik sangka dia akan membesar sebagai seorang anak yang soleh.

Persoalan vaksin menyebabkan dia mcm tu, sbnrnya ia terjadi atas izin Allah. Sama ada divaksin atau tidak, itu ikhtiar kita dlm menjaga mereka. Mudharat atau manfaat sekalipun datang semuanya adalah atas izin Allah.

Andai awak rasa memberi vaksin sebagai satu kesilapan maka pohonlah perlindungan dari Allah pd perkara yang tidak kita ketahui. Bawa anak berbekam semoga itu membantu.

Dik, dunia tidak dijanjikan mudah dan indah. Allah janji akan beri kita dgn ujian dan syaitan juga berjanji membawa kita menjadi peneman dia di neraka. Jom kita positif dalam kehidupan jom!

***ini jawapan dari saya yang banyak sekali kelemahan. Jika kalian ada cadangan jawapan lain, harap dapat juga dikongsikan.

Ada banyak lagi hutang pm yang tidak saya lunaskan. Sabarkah yang bertanya itu menanti jawapan? Huhuhu

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!