Friday, August 08, 2014

Bajet Untuk Kawin Baru

Bismillah,

Suami : Mi, mana dah kurma beli smlm?
Isteri : Dah habis la abg..
Suami : Hoho.. sekotak tu habis sehari.. haru.. haru..
Isteri : Apa yang harunye?
Suami : Huhu.. dalam sehari agak2 rm 10 untuk susu, madu rm 10, kurma rm 10.. huhuhu jenuh abg..
Istei : Adeii.. berkira terr..
Suami : Tak berkira la.. saja kira je belanja sehari huhuhuhuhu...

Hihihi.. anak 7 la katakan memang koman2 belanja sehari utk susu, madu dan kurma memang macam tu. Itu belum lagi belanja nak dapatkan ayam kampung, ikan baru naik bot, sayur free pesticide. Mana tak keluar peluh jantan kan? Hehehe..

Untung kami ada abah yang tak berkira. Dia tahu belanjanya besar tapi dia redha aje. Ade sesetengan peniaga susu di kejiranan kami jual susu tapi anak mereka tak minum susu segar tu pun.. aduiiila.. sayang..

Ada setengah orang kata, "Habis lah ngko mad sabri, nak tambah cawangan lagi macam mana kalau macam tu besar punya belanja setiap hari??" Hehehe... rilek bro.

Di sesetengah perbualan dengan sahabat2 memang ramai dikalangan kami yang pantang bau duit suami, akan keluarlah senarai berjela untuk membantu membelanjakan wang suami kekeke... habis kalau kita tak korek poket suami, nanyi orang lain korek kita marah pulak..

Dua2 keadaan tu seolah2 macam nak block suami takleh berkahwin lagi.. hehe.. saya senyum aje dengar respon baik lelaki ke perempuan. Bagi saya, respon begini adalah sebab tak khatam buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Rule no 1 :
Wajib suami memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuannya dan juga dengan meraikan keperluan isteri. Firman Allah (bermaksud); "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan" (Surah at-Thalaq, ayat 7).

-- wajib ke atas suami beri nafkah kepada isteri mengikut kemampuan. Dihujung ayat sila lihat Allah akan beri kesenangan sesudah kesusahan. Bermakna ya mungkin suami akan rasa susah terpaksa menanggung fasa kesusahan tu tapi jika sisuami ni masuk dalam level sabar dan redha maka insya Allah dia akan dapat kesenangan juga akhirnya. Tapi berapa ramai suami yang redha dalam memberi nafkah kepada anak dan isteri?

Banyak suami yang berkeluh kesah bini kaki belanja hehe.. sebab ang bini guna duit dia so dia rasa macam kena buli dek bini sendiri. Kenapa ye suami isteri ni tak bawa berbincang?

Duduk baik2 dan suami bgtau :
- "Sayang, abang akan tanggung baju sayang tapi sebulan sekali je beli baru, kalau sayang nak lebih pakai duit gaji sayang sendiri ye?"
- "Sayang, abang akan beli barang dapur dan saya kena tolong masak ye. Abang taknak kita makan luar tak elok untuk anak2 dan kia juga. Dalam rumah kita bagi ahli makan yang fresh2 semua. Bolehkan?"
- "Sayang, bil telefon sayang abang bayar RM 50 aje sebulan utk kegunaan sayang hubungi abang bila kecemasan. Yang lebihnya tu, untuk line internet dan untuk gayut dengan sahabat2 sayang, sayang bayar guna gaji sayang sendiri ye? Abang janji nnt abang akan kerap2 call dan sms sayang.."

Banyak lagi benda boleh kompromi dengan isteri. Sebagai isteri yang solehah tak boleh la demand tinggi sangat sampai tiap minggu mesti dapat baju baru. Tu untuk diri sendiri bukan untuk anak2 lagi. Pitam la laki kita weiii..

Berpada2 lah dalam minta nafkah dari suami, jangan sampai apa permintaan kita tu akan membebankan suami kita. Kalau kita minta itu ini begitu begini nanti ada pulak kes meroyan bengang laki manjang aje overtime atau buat part time.. dah tension pulak.. hadoilah..

Dan kepada suami pula, isteri faham aje kalian ada banyak komitmen perbelanjaan. Sila telek keutamaan dalam memberi nafkah berikut :

************

Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.

Sumber : Waalaikumussalam.

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/02/nafkah-isteri-dan-ibu-bapa-mana-yang.html?m=1
***********

Ok lihat keutamaan2 diatas dah kan? Err.. ada tak masuk dalam list tu 'bajet kawin baru'? Hakhakhak.. macam mana nak bagi ayat biar mudah faham ni ek??

Ok ekceli memang wujud tau orang yang buat satu tabung 'bajet pernikahan kedua'. Tak kisah la kalau nak buat pun, itu hak anda orang lelaki. Ya, anda boleh melakukannya. Tapi... tapi! Janganlah sehingga membelakangkan keperluan isteri sedia ada dan anak2 tu.

Ini tidak, baju untuk bini tak beli, dah belikan baju untuk bakal isteri. Bilik anak2 sedia ada belum siap sepenuhnya lagi, dah mula buat rumah untuk isteri baru. Aduiii lah..bukankah bila isteri dan anak2 ni rasa teraniaya maka si suami tu dah tanggung bebannya?

Betullah nak kawin baru tu harus hukumnya bagi kalian yang lelaki. Tapi ape kes ni beli baju kt bakal bini, padahal kat bini sedia ada tak beli? Tak ke sentap petala ke 8 bini awak tu??

Awak sedang menyediakan satu nafkah buat orang yang belum tentu jadi jodoh awak lagi. Bila isteri dan anak2 rasa keperluan mereka tak dipenuhi maka akan berlakulah salah faham, bengkak hati dan lain2 respon negatif dalam keluarga.

Masalah ni terjadi bila sisuami tak setelkan keperluan isteri dan anak sedia ada. Lainlah kalau rumah untuk anak dan isteri tu dah siap, baju ok dah beli sebagaimana yang dijanjikan, bil utilities semua setel, makan pun alhamdulillah cukup so ok la kalau lebih dari tu menabung untuk tambah cawangan pun.

Ni tak, dalam keadaan sesak ni lah pun awak nak menabung untuk tampung kenduri dengan bini baru. Memang itu boleh mengundang angin isteri sedia ada okeh.

Konsepnya senang aje. Tapi nak apply dalam kehidupan adalah sgt susah. Bila suami tak menabung nak dapatkan bini baru dia rasa 'habis la aku lambat plak la aku boleh kawin'... hadoi...

Suami kena faham kalau dia usaha untuk penuhi keperluan isteri dan anak2 dia dengan baik dan ikhlas kerana allah Taala, tengok2 kang isteri pulak yang tolong carikan calon yang baik untuk suaminya.

Hehe.. ramai yang rasa keadaan ni mustahil. Tapi kes isteri tolong melamar untuk suami bukan baru berlaku. Dah banyak kali berlaku sebenarnya. Cuma xde org yang nak ambil pengajaran dan iktibar.

So, kepada lelaki, muhasabah semula kadar redha dan keikhlasan kalian dalam menafkahi anak dan isteri. Dengan redha dan ikhlas itulah nanti Allah akan memberi kalian kemampuan yang lebih lagi dan kemudian fikirlah untuk tambah cawangan atau macam mana.

Faham kot ye?? Hehe.. pjg berjela dah tulis ni huhu.. sekian saja dari saya..

*apsal asyik cerita poligami je ni eh? Hehe.. sbb tgh hadap dengan kejadian2 poligami la ni.. saya yakin dengan sepenuh2 keyakinan bahawa poligami yang berlandaskan agama secara total takkan merugikan sesiapa. Allah akan bagi kemampuan kepada suami jika dia benar2 baik dan ihsan terhadap isteri. Tapi ingatlah, tetaplah kalian di jalan Allah..

** nak tag encik Mohd Sabri Salleh sikit lah.. sll topik gini dia suka huehue

1 comment:

  1. perkongsian yg bagus
    syukur juga dpt suami yg tak berkira dgn anak bini

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!