Sunday, August 03, 2014

Cirit Birit : Panduan Untuk Penghidap

Bismillah,

Raya adalah musim makan. Sana sini sahabat2 saya di grup whatsapp update jumlah bilangan rumah terbuka yang dikunjungi setiap hari. Seronoknyalah kalau dapat gantung periuk huhuhu..

Part makan memang seronok. Cuba sampai part cirit hehe.. bukan saya seorang yang kena, ramai lagi sahabat2 yang kena. Huhu.. bezanya orang lain selepas raya ke 3. Tapi saya raya pertama lagi dah kena.. duhhh..

Faktor utama berlakunya cirit adalah kerana pengumpulan air dalam usus meningkat sehingga 60-90%. Ada beberapa faktor yang menyebabkan fungsi usus menyerap air dan garam mineral dari najis terganggu.

Penyebab cirit birit ada beberapa kategori :
1. Jangkitan dari makanan dan minuman tercemar
- virus
- bakteria
- parasit

2. Toksik
- keracunan makanan
- alah kepada laktos
- alah kepada susu
- alah kepada jenis makanan

3. Penyakit inflamasi
- penyakit Crohn
- ulcerative colitis

4. Kekurangan imun

5. Pengambilan ubat
- antibiotik
- laxatives (julap)
- kemoterapi

6. Rawatan2 tertentu
- gasteroenterostomy
- terapi radiasi yang terlalu tinggi

7. Lain-lain
- sindrom Zoliinger-Ellison
- sindrom Carcinoid

Selalu yang kita tahu kalau tersalah makan maka akan jadi sakit perut dan cirit-birit. Tapi perlu diingatkan kadang2 ia terjadi adalah akibat kita mengambil ubat dan sedang menjalani rawatan. Jadi kita mesti sangat berhati2 dengan faktor penyebabnya.

Jadi, bagaimana hendak menghentikan cirit-birit?
Menurut Mary dan Eades, M.D. di dalam buku 'The Complete Guide to Vitamin and Minerals', cadangan berikut telah diberikan :
1. Hentikan semua pengambilan makanan dan minuman sekurang2nya sejam semasa mendapat serangan. Baru saya faham kenapa mak saya kata saya makan tak berhenti sebab tu cirit memanjang.
2. Mulakan dengan mencairkan ketulan ais nipis daam mulut selama beberapa jam. Jika saya, saya prefer guna air mineral yang dibekukan dari ais yang kita beli di kedai yang tidak diketahui air apa yang digunakan.
3. Kemudian bolehlah ambil air yang ada glukosa (bukan sukros). Cecair itu juga seeloknya kaya dengan sodium elektroli dan potassium yang mana unsur ini akan hilang selepas cirit birit. Ambil cecair ini dalam 8 aun. Antara air yang dicadangkan adalah air kelapa (kaya elektrolit dan mempunyai unsur yang diperlukan oleh pesakit) dan air buah. Cuka tin juga kaya dengan elektrolit.
4. Hari berikutnya sudah boleh mula makan bubur daging dan ayam (terbaik ayam kampung) dan banyakkan minum air seperti diatas. Roti pun insya Allah membantu (seeloknya home made)
5. Jika perut dah boleh terima bubur dan roti, maka boleh mula makan daging dan ayam dalam kuantiti yang lebih. Jangan lupa minum air juga.
6. Hari berikutnya jika semuanya sudah ok maka boleh kita mulakan dengan nasi dan lauk yang berat.
7. Seterusnya boleh tambah susu atau yogurt dalam pengambilan seharian.
8. Elakkan kafein dan makanan pedas sehingga simptom benar2 hilang.

Hehe.. itu adalah cara dalam buku teks. Tapi time raya penuh dengan jamuan dan rumah terbuka malah perjalanan musafir yang sesak didalam jem, mampukah kita bersabar?

Malam pertama raya itu saya diserang cirit-birit di tengah malam. Peluh meleleh2 sebab perut memulas yang teramat. Saya gagahkan diri bangun ke dapur dan bancuh air madu (air campur madu) sebanyak dua gelas. Alhamdulillah, berjaya tidur nyenyak semula dan bangun sebaik sahaja alarm softnet saya berbunyi.

Tapi selepas subuh, saya dah jamah makanan di dapur mak. Xlama lepas tu perut memulas kembali. Keluar dari tandas, saya bancuh air madu lagi dan telan pil habbatussauda 3 biji terus. Alhamdulillah baik2 sahaja selepas itu. Tiada perut memulas.

Sayangnya kalah dengan godaan makanan, saya makan lagi dan akibatnya round ketiga perut tetap memulas. Waktu ni saya telan 3 biji habbatussauda lagi sekali. Bersama air madu juga.

Hati rasa susah sebab petang itu nak ke rumah paksu saya. Dia buat makan2. Sebelum pergi m.yang saya pesan suruh beli diapers siap2 utk persiapan takut jem dalam perjalanan haha.. terkesima mendengar cadangannya tapi saya akui kalau berlarutan memang kena cari juga agaknya huahua..

Tapi alhamdulillah, selepas keluar dari rumah, saya Usamah dan Uwaiys sempat naik Popular di Pacific untuk cari kamus cina dan tiada lagi perut memulas. Sampai dirumah p.su, kami makan nasi dan saya bagai terlupa saya sakit perut sampai berpeluh2 pada paginya. Huhu...

Punca sakit perut saya ni bukan apa. Semasa ke rumah m.njang saya, m.njang jamu kami mi dan kueyteow sup. Kecur air liur tapi tahan je sebab dah lama xmakan mi (huaaa kena belajar buat mi dah). Jadi kami anak beranak hadap ketupat dan rendang sahaja.

Balik ke rumah, mak cepat2 perangat rendang. Katanya dia risau rendang basi macam kat rumah m.njang. Oh my! Rendang tu basi?? Apsal saya makan menambah2? Huahua.. anak2 semua ok sbb diorang makan ketupat kosong. Suami plak makan rendang satu round aje. Saya yang hentam banyak round haha.. maka dapatlah cirit sebab makan xsedar diri kikiki..

Bagi saya kot mana2 pun seeloknya ada bekal madu san habbatussauda in case ada kejadian2 seperti ini menyerang. Tapi orang jarang bawa, yang selalu ada dalam bag adalah Panadol dan minyak angin.. ya, saya dulu macam tu juga. Barang wajib bawa...

Tapi sekarang tidak lagi. Bukan saya sahaja, geng2 jelitawan organik saya lagi ganas. Diorang siap bawak cuka buah tin, minyak zaitun, minyak kelapa dara, habbatussauda, garam dan gula organik, air mineral spt spritzer dalam 'peti kecemasan'. Jauh beza dengan peti kecemasan orang hospital haha..

Untuk elak makan makanan yang bukan2 juga, kami usung kurma dan mixed fruit serta kuaci madu dan ada antara kami yang bawa biskut dan kek yang dibuat sendiri. Asal dapat ziarah sanak saudara dan sahabat2 pun dah cukup seronok. Alhamdulillah.. 

Memang tiap kali raya kami jadi alien. Datang ziarah rumah orang tapi makan berpilih2. Tak perlu panik terima kedatangan kami. Kami OK2 sahaja. Dan jangan ambil hati juga. Amalan menjaga makan ini mesti istiqamah. Memang tak boleh double standard jika tidak, anak2 kita akan susah faham.

Walaupun kami begini, menjalin silaturrahim tetap menjadi amalan. Malah gembira kerana boleh menyebarkan ilmu bab pemakanan ni kepada saudara mara dan sahabat-sahabat.

Ok, itu je kot utk kali ini. Apa kata kita telek semula peti kecemasan kita jom?

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!