Thursday, July 26, 2007

Jenis-Jenis Air Mata


Pernah kah kita terasa nak menangis? Perlukah kita menangis? Adakah kita seorang yang mudah menangis...Perkara yang saya senaraikan di bawah telah saya dapati dari satu presentasi tapi saya tak dapat sumber yang jelas daripadanya (maksud saya dari mana presentasi ni dibuat). Anyway, kepada penulis asal, saya sedang menyampaikan kepada orang lain apa yang ingin anda sampaikan.

Secara peribadi, saya bukan lagi budak yang senang menangis mcm sekolah rendah dulu. Dulu masa sekolah rendah, saya ni punyala senang menangis. Sampai budak kelas saya buat bising saya boleh melalak2 menangis sbb takut bila diorg kene marah, sure punya saya kene marah sekali. Ntah ape2 la masa tu..Padan la diorg panggil saya mak enon. Sape SRK Methodist Parit Buntar esp Kelas kuning dari 1987 darjah satu sampai 1992 darjah 6 musti ingat saye sape...Kiki...

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
Ahaks, saya tak pernah tahu pun ada sampai 10 jenis tangisan.
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Nota 2 - menangis kerana rasa takut. Saya ada seorang sahabat yang saya kenali masa mula2 masuk UKM. Teman sebilik saya. Apa yg saya dapat perhatikan, hampir 5 kali sehari dia menangis. Setiap kali dia menadah tangan berdoa seusai solat, pasti airmatanya mengalir dan keadaan bilik kami akan menjadi beku. Kenapakah jiwa saya tak seperti dia sedang saya juga takut pada Pencipta kita? Mungkin saya bel;um cukup penghayatan.

Nota 8 - menangis untuk mendapat belas kasihan org. Cuma yang mahu saya kisahkan bukanlah minta belas kasihan orang tapi ALLAH SWT. Sewaktu pertama kali menghayati erti bangun malam (qiamullail) juga di UKM. Seorg sahabat yang mengetuai solat hajat kami. Doa yang dia bacakan, menyebabkan airmata saya mendahului dia tika itu.
Ayat yang dia baca datang dari hati dan masuk ke hati saya. Selepas itu saya terikut2 teknik ini untuk membaca doa. Saya merasakan ALLAH betul2 berada di hadapan saya. Dan saya merasakan saya meminta tu pada tempat yang betul.

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti….kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??

- Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. - Kalau kita tgk gambar gempa bumi tu mmg boleh tgk ada sesetgh kaum yg mcm adat dia suka melebih2 masa meratapi mayat. Sedangkan inilah hakikatnya kehidupan kita.

- Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Betapa ya airmata menunjukkan kelembutan hati kita ??

Air mata taubat Nabi Adam a.s

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,”Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Itu Nabi ADAM...Dia seorang Nabi. Kita? Hamba biasa...Tapi berapa kali pulak kita menangisi dosa kita?

Air mata yang tiada di tuntut

- Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
- Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
- Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
- Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
- Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
- Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu……..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda

“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”……seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Berkata Salman Al Faarisi r.a

Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :

1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
….kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
…..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”


……….sampaikanlah walau satu ayat” al hadis
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!