Wednesday, April 27, 2011

Usamah : Sifat Ingin Tahu

Bismillah,

Hari ini saya menyibukkan diri saya dengan macam2 tugasan keibuan. Ni nak menaip pun saya bajet 10 minit saja sebab nak gi pasar sebab hajatnya nak masak tempoyak sikit :P. Bilik air saya dah letak sabun Cif dan mintak2 kejap lagi nak mandi senang le nak menggonyohnya. Dapur saya dah bersihkan tapi part lantai saya cakap kat suami tunggu tangan dia sihat. Alamatnya tak berbasuh la dua tiga bulan ni...hukhuk...

Meh la hari ni nak cerita pasal Usamah. Dia dah jadi big boy already. Kalau malam2 saya suruh dia bentangkan tilam. Kalau dia mengeluh-ngeluh saya cakap kat dia hero takleh mengeluh macam tu. Kalau dulu dia seorang anak yang suka membentak-bentak tapi sekarang sikap tu dah tinggal lebih kurang 10% je kot. Kira kalau dia membentak pun saya masih boleh manage dan pujuk dia lagi.

Pagi tadi saya buka VCD yang menceritakan seorang pemuda yang bernama Zidan yang dilantik raja menjadi seorang ahli sihir tapi sebab dia jumpa Mustafa di dalam hutan maka dia menjadi seorang pengabdi kepada Pencipta dan seterusnya seluruh rakyat jelata. Ini adalah gambaran hero Islami yang mantap. Semoga Usamah menjadi hero yang sebegitu hendaknya.

Link untuk tengok cerita itu ada di bawah ini :

The Boy and The King



Tapi yang kami lihat pagi tadi dah dialih suara ke Bahasa Indonesia. Mungkin kalau kalian rajin cari dalam Youtube, makanya boleh jumpa kot.

Sebenarnya nak cerita pasal sifat ingin tahu Usamah yang menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Satu hari kami dalam perjalanan ke JErteh, ada satu kereta polis melintas. Saya bagitau ntah2 ada penjahat dalam tu dan nak bawak masuk penjara. Dia punya lah beria nak tengok penjara tu macam mana sampai dia suruh kejar kereta polis tu.

Tapi sebab hadlaju kawasan tu dalam 60-90 maka saya bagi alasan tak boleh bawak laju. Sekarang diorang pun dah tau hadlaju yang tertulis di tepi jalan. Kalau area 60 saya bawak lebih sikit diorang akan mula tanya dah. Itu satu hal, kemudian di Jerteh ada sebuah Masjid baru bina sebelah Balai Polis. Usamah tanya macam mana orang buat kayu tu.

Kebetulan sekali kat Jerteh tu memang senang nampak lori balak. Saya bagitau, asal kayu adalah dari kayu2 balak tu lah. Dia beria suruh saya kejar lori balak tu sampai tempat dia sebab dia nak tengok macam mana dari kayu yang besar2 tu jadi papan. Huhuhu...kalau la umi ni boleh bawak Usamah dengan adik2 kakak ke tempat yang macam tu memang umi bawak nak wei...

Anak2 ni penuh dengan sifat ingin tahu dan kadangkala saya terlalu melengahkan sifat itu. Harapannya semoga mereka dapat ilmu plus dengan pengalaman sekali dalam perjalanan hidup mereka walaupun bukan dengan umi ajar. Dan semoga juga kami sebagai ibubapa boleh menjadi gudang ilmu buat mereka pula. Ades...lama dah ni, nak menggonyoh bilik air dulu dehs...babai!!

 

Tuesday, April 26, 2011

Air Jambu Batu

Bismillah,

Kalau dalam perjalanan ke mana2 pun saya yakin senang sangat nak jumpa gerai jual air jambu batu siap dengan banner sekali. Kalau mula2 masa air jambu batu ni keluar, warna airnya ala2 tak menyelerakan gitu tapi lately kaler hijau semacam pulak. So, kalau air yang begitu, memang wajiblah direject oleh suami saya.

Tapi di jalan nak masuk ke sekolah Asmaa' ada satu gerai jual jambu batu yang kalernya yang seperti saya kata tadi. Mula2 saya berenti dulu, saya beli jambu saja dan tak bubuh asam nya. Hahaa...padahal lagi untung kan beli pastu balik belah sendiri. Tapi biasalah zaman serba ringkas ni beli je lah yang dah siap potong.

Lama2 saya terlintas nak tanya budak yang jual tu, sama ada dia ada guna jus atau pewarna ke untuk buat air tu. Dia senyum dan kata, "Hehe...selalu yang bertanya tu orang Cina. Takde lagi orang Melayu yang tanya macam tu."

Saya ingat saya dah melukakan hati dia lah dengan soalan macam tu. Tapi lepas tu dia pun kata yang dia hanya blend jambu dan gula pastu campur dengan air saja. Tapi tu lah, takde lah laku mana sangat banding dengan gerai2 yang area situ yang jual ice blended bermacam warna dan perasa.

Saya cakap pada budak tu, ni kira banyak dah tu pahala dia dapat sbb dia tolong orang jaga kesihatan tapi jangan banyak gulanyalah so sebagai mukadimah saya beli jugala air dia sekali untuk rasa. Biasalah kalau kata air blend memang berabuk abis sampai 1st time hirup je dah terus tersedak. Tapi anak-anak saya sangat sukakannya dan diorang hirup habis tak sempat sampai rumah.

Susah nak pilih air apatah lagi di tepi jalan macam tu sekarang. Kalau tak ada pewarna dan perasa payah orang nak minat. Walau apapun saya tabik lah adik tu selagi dia tak enhance kaler air dia dengan pewarna. Itu lebih baik dari laku tapi menyebarkan mudharat kepada budak2 sekolah. Kiranya menyahut seruan kerajaan lah ni yang nak pantau makanan kanak2 kat sekolah.

Untuk membaca khasiat buah jambu batu ni, sila rujuk link ni.

 

Ahmadi Makan Sendiri

Bismillah,

Sekarang dah pukul 1 pagi lebih..tadinya saya dah tidur bersama anak-anak. Alih2 terjaga sbb gatal agaknya nyamuk gigit dan kepanasan pulak tu. Wah rupanya selama ni saya tutup kipas tu silap la kot ye.. Kesian anak2 saya!

Kemudian abah diorang ajak saya letak Ahmadi tidur dgn kami. Memang sll mcm tu.. Rupanya Encik Ahmadi kembung dan sbb xde minyak panas (tu la ada minyak Yuyi tinggal kt Johor!) Saya sapukan Vicks kt perut dia.

Tak lama lepas tu mula lah sesi muntah dan memang ada muntah yang terbabas sebab Ahmadi tak biasa muntah apatah lagi ditadah macam tu. Maka hilanglah mengantuk saya tadi. Kalau suami saya sihat, selalunya kerja begini dia yang buat.

Gambar di bawah ni adelah gambar Ahmadi berdikari makan sendiri dengan kakak dan abangnya. Hehe..ada setengah orang geli makan dalam talam tapi saya rasa ini adalah yang terbaik untuk anak-anak terutamanya anak ramai ni. Kalau tak tu, kiralah berapa pinggan saya kena basuh setiap hari.

Sekali makan ada 7 orang nak makan, pinggan lauk ada dua sekurang-kurangnya dan pastilah sekurang-kurangnya 3 periuk digunakan untuk memasak. Itu sekali makan dan sehari ada lebih kurang 3 kali menghidang dan itu tidak termasuk cawan-cawan yang digunakan untuk minum lagi. Jadi kira sendirilah betapa hebat penjimatan kami kalau gunakan talam.

Dannnn.............lagi jimat penjimatan tenaga umi kalau Ahmadi betul2 makan sendiri ehehehe...





*Sekarang, kami hampar tikar dulu supaya yang tumpah tu senang nak kibas kat luar rumah aje. Ini sifir yang saya guna untuk bagi anak2 makan. Sifir anda bagaimana?? :))

 

Monday, April 25, 2011

Mereka Tidak Faham Lagi

Bismillah,

Semalam pagi semasa hantar makanan rehat untuk Usamah & Uwaiys, ada satu kelas sedang Pendidikan Jasmani. Beberapa budak yang tak bawa baju senaman kena denda dan mereka duduk semeja dengan saya ketika menulis perkataan dalam tulisan Cina yang tidak saya fahami. Mula-mula cikgunya suruh buat 50 tapi kemudiannya dia datang semula dan kata, "Kalau dapat siapkan 20 sebelum rehat boleh bagi kertas tu, kalau tidak, kamu kena buat 50"

Semeja dengan saya itu adalah budak perempuan Muslim yang bertudung dan beberapa non Muslim juga. Sambil buat ayat itu, yang non Muslim bertanya kepada budak yang bertudung itu, "Di rumah awak tidur pun pakai tudung ke?" dan budak tu pun jawab, "Ade ke pakai tudung masa tidur. Tudung ni pakai kalau keluar rumah aje. Tanak bagi orang lelaki tengok aje."

Saya dan seorang lagi ibu nonMuslim yang sedang bawa bekal anaknya senyum-senyum saja. Sebenarnya bilangan pelajar Cina dan Melayu di sekolah ni tahun lepas adalah sama je. 88 orang pelajar Melayu dan 87 orang pelajar Cina. Terus terang saya katakan saya risau tentang pendidikan agama di sekolah itu. Kelas pendidikan Islam mereka kadangkala cikgunya tak bunyi langsung suaranya.

Jarang sangat saya dapat dengar suara gurunya cuma kadang2 ada dengar suara budak2 tu baca ayat beramai2. Sedangkan kedudukan saya dari pintu kelas agama mereka tak sampai 3meter pun. Melainkan telinga saya tak cukup peka dengan suara cikgu agama mereka. Jadi, adalah menjadi satu tugas yang amat berat untuk saya dan suami dalam menjadikan anak2 lelaki kami yang bersekolah Cina mendapat didikan agama dari kami sendiri di rumah.

Doakan kami ya!!

 

Mandi Kolam

Bismillah,

Bukan kolam baru tapi kolam lama. Sudahlah kolam lama dibeli sekenhen pula..hehehe. Nilah seronoknya duduk di sini, dpt menenggek bila lori Simgapore / KL sampai ke kedai bundle. Kalau menenggek ni, harapan nk dpt barang terpakai yg elok lbh cerah.

Tak panjang hayat kolam ni..lps pasang kolam ni, anak2 nk mandi dlm tu tiap hari.. Asal balik sekolah je diorg terus terjun kolam dan berendam sampai sejam lebih.. Maka Uwaiys pun semput.. Jadi, utk kurangkan risiko Uwaiys sakit lagi maka yang lain pun kena berkorban sama.

Rasanya last dia kene nebu masa bln sepuluh aritu. Ini bermakna dah setengah tahun dia tak ke klinik utk masalah pernafasan. Alhamdulillah.. :) so, gambar ni hanyalah tinggal kenangan. Kolam tu pun dah dimakan serangga dan dah jadi bahan bakar..hukhuk








 

Sunday, April 24, 2011

Blog Saya Sudah Direview Oleh Kakyong

Bismillah,

Sapa yang berani serah diri untuk dikritik? Kalau berkenaan blog memanglah berani kalau dikritik kan? Tapi ada juga setengah orang yang hot kalau belog dia ditegur itu ini :). Saya tak kisah pun kalau ditegur even orang tu tegur peribadi saya. Yang mana yang baik, saya amik lah juga... yang mana yang tidak saya buat2 tak nampak je..ehehehe...



Apa yang kakyong komen tentang belog saya ini boleh tekan atas gambar di atas. Sebenarnya saya start mem belog terlebih dulu dari kakyong tapi saya tabik springlah dengan kakyong atas ilmu bloggingnya itu. Terima kasih Kakyong atas ilmu itu :) Semoga ALLAH memberkati :))

*Kepada sesiapa yang nak turut sama direview oleh sahabat saya ini, sila jengah link ini. Mana tahu peluang anda masih ada

 

Perhatikan Setiap Kesusahan, Sebenarnya Ia Tidaklah Seteruk Itu

Bismillah,

Hari ini (saat entry ini keluar ia sebenarnya semalam) saya buka Maybank2u saya hampir setiap jam. Ini adalah kerana duit dalam tangan saya hanya ada beberapa RM yang tak sampai pun RM 30. Saya melepaskan ruang atas kedai saya supaya dapat meringankan beban tapi lain pula yang terpaksa saya tanggung.

Walaupun bebanan hutang saya bukan sedikit tetapi tetap cuba membayar sewa rumah tepat pada masanya memandangkan tuan rumah datang mengambil cek di kedai. Bayangkan bagaimana perasaannya jika saya kata, "Bulan ni saya tak dapat bayar" atau apa-apa sahaja. Jadi untuk hal sewa ni saya memang membayar hampir on time jugalah. Tapi saya beruntung sebab tuan rumah kami datang tengah bulan so ada banyak masa untuk cukupkannya.

Hari ini, suami saya sepatutnya berjumpa dengan bomoh patah (tak syok betul nak sebut bomoh kan?) yang dia pergi tempohari tapi atas sekatan yang saya nyatakan di atas maka memang keberatan sangat kami nak pergi dengan tangan kosong. Tapi alhamdulillah, rupanya duit Nuffnang saya dah clear. Saya masukkan cek hari Khamis dan pagi Sabtu cek dah ada dah. Cepat pula ye...

Memandangkan cash dalam tangan saya pun tidak banyak maka untuk masak pun saya gunakan apa yang ada di dapur. Mujurlah bekalan makanan kami tidak pernah putus melainkan saya malas memasak :P tapi selalunya malas-malas pun ada makanan tau. Sehari dua lepas, kawan suami saya mengail ikan dan hasilnya dia bawa ikan tatau nama seplastik ke rumah.

Beberapa hari lepas juga biras saya bawakan ikan juga dan dia datang malam dan saya pegang ikan tu beku lagi so saya direct masukkan ke dalam peti beku. Tadi saya tengok ikan tu dah siap pesiang lagi...haa...kan keriangan berganda jadinya?? Kemudian ada jantung pisang yang ada di belakang rumah. Semalam pula ipar duai saya datang ke rumah dan bawa macam-macam makanan yang sehingga ke hari ini kami tidak kelaparan.

Sekarang suami saya sedang dalam perjalanan untuk ambil seekor dua angsa di rumah sahabatnya yang lain untuk dijadikan ubat patah tangannya. Itupun tak payah nak dibeli dan bila saya menunduk merenung semua nikmat ini maka hati saya tidak berasa susah. Kerana sebagai Muslim Mukmin, kita masih ada senjata kita iaitu DOA. Alhamdulillah, saya bersyukur dilahirkan dalam Islam :))

Sila baca link ini untuk perincian tentang HIKMAH DOA.

 

Saturday, April 23, 2011

Pucuk Jenerih Penuh Satu Kereta

Bismillah,

Saya start makan pucuk jenerih selepas kawin dengan suami saya. Memandangkan orang di sebelah Pantai Timur adalah sangat kaya dengan makanan, maka saya rasa sangat seronok. Kalau tak kawin dengan suami saya ni, memang saya tak kenal nasi ulam budu dan ntah macam-macam jenis masakan lagi.

Duduk di Pasir Putih dikelilingi kawan-kawan suami saya dan saudara maranya, rezeki kami boleh tahan murah. Ada je yang senang-senang bagi ikanlah, itu lah ini lah... Alhamdulillah. Dan di bawah adalah gambar pucuk jenerih penuh satu kereta. Makanlah sampai lebam :))





Suami saya bawa dari rumah sahabatnya ke Masjid Pasir Putih. Sekejap saja pucuk jenerih tu habis. Saya cukup suka makan pucuk jenerih ni cicah budu yang diletakkan durian. Maka rasa kelat-kelatnya sungguh sedap sekali untuk dinikmati.

**Kelisa ku itu banyak sekali jasanya. Bawa kambing 3-4 ekor pernah apatah lagi serba mak neka ayam itik yang lain. Walaupun dah berpuluh-puluh surat lawyer sampai kerana nak memilikinya tapi kira puas hatilah. Sabarlah Pija sehingga bayarannya dapat dihabiskan. Selepas dapat bayar penuh Kelisa dan AD Resort itu, saya takde nak risau apa2 lagi melainkan kedai saya saja ;)

 

Nite @ 7

Bismillah,

Sekarang cuaca sangat panas di Kelantan ni. Saya tatau lah di tempat lain tapi bunyi khabarnya di KL dan Johor hujan. Panasnya cuaca kat sini bagaimanapun tak mengganggu apa2 pun jadual saya melainkan saya lebih rajin mandi. Kalau dulu saya tak suka peluh-peluh, sekarang saya suka tutup kipas dan biarkan diri berpeluh sebab kalau tak buat cara ni memang peluh saya tak keluar.

Kalau beberapa bulan lepas, pukul 7 dah gelap sangat time Maghrib macam gambar di bawah ni tapi sekarang dah 730 barulah gelap sikit. Sama jugak macam Subuh, cepat je cerahnya sampai tiap2 ari rasa lewat hantar Asmaa' ke sekolah sbb selalu hantar dia gelap lagi tapi skang kalau hantar dah cerah dah.


Dua gambar ni adalah ketika pukul 7 mlm bbrp bulan lepas..

Seronok gantung baju sekarang, tak sampai 2 jam jemur pun semua baju dah kering dan dah boleh diangkat. Jadi, tidak ada baju yang terperam sebelum dapat disidai. Alhamdulillah walau dengan apa jua cuaca sekalipun kalau kita pandai memanfaatkannya maka kita akan jadi hamba yang bersyukur :)

*Saya bahagia, anda bagaimana??

 

Friday, April 22, 2011

Arwa Anak Abah

Bismillah,

Actually tengah kalut ni. Few jobs dalam my to do list tak buat lagi. Ini adalah gara-gara membeli rak baru dan merombak rak lama. Makanya penuhlah to do list saya. Ini sebab dah tak tahan ketagihan sebab dalam kepala saya, rasa kalau kita boleh menulis blog tanpa menaik, mesti satu hari sepuluh entry saya boleh buat..keh keh keh...

Gambar di bawah adalah gambar yang dah lama. Biasalah saya...hehehe




Arwa adalah saaaangat manja dengan kitorang. Mungkin kesan dari susu ibu dan tak pernah juga tinggalkan dia pada orang lain (mengasuh sendiri). Tapi dia lebih rapat dengan abahnya kalau nak dibandingkan dengan umi mungkin sebab umi dah ada Ahmadi.

Sekarang tangan abah dah patah makanya dia dapat manja-manja kadang2 saje la.. sape gak nak dukung budak yang banyak kilo ni :)

*Lepas anak-anak siapkan homework ni, saya akan bagi diorang tengok Cinderella 1, 2, 3 yang saya beli dari CD 6 In 1, satu CD harga dalam RM 10 dan saya beli time saya terjumpa saja. Kalau sesiapa yang duduk di P.Buntar bolehlah cari di Econsave untuk movie kanak-kanak dan untuk CD Islamik & educative, boleh tgk di Econsave juga dan di sebelah Bank Islam (Muaz Lima). Malah sekarang kalau saya terdesak ke Econjaya Pasir Putih, saya akan ke bahagian CD untuk beli satu CD sekali datang.

**CD yang saya maksudkan merujuk kepada VCD (maleh nak tulih pepanjang :) )

 

Thursday, April 21, 2011

Ompecak!!

Bismillah,

Dah lama ye saya tak update blog :) Bermula pergi ke Johor kemudian selepas itu tangan suami saya pula patah. Tidak banyak yang berubah sebenarnya kecuali saya mengambil alih sedikit sebanyak tugas suami saya yang tidak dapat dia lakukan dengan sebelah tangan.

Arnab telah suami saya beri kepada sahabatnya memandangkan kawasan rumah kami bukan lagi tempat yang selamat untuk mereka. Pada awalnya saya sangka arnab saya diracuni sebab lepas seekor demi seekor mati. Sedih jangan tanyalah. Sampai satu hari jiran saya datang bagi tahu ada anjing datang setiap malam. Yang saya hairan adalah saya tak dengar langsung bunyi salakan anjing. Barangkali anjing tu ada dua kaki kot.

Jadi, daripada arnab tu jatuh di tangan orang yang salah, ada baiknya kami bagi kepada orang yang baik budi.  Semoga budak2 sekolah di mana ustaz tu berada suka dengan arnab tu. Ia adalah satu terapi yang menyeronokkan sebenarnya. Jadi sekarang yang tinggal hanyalah 2 ekor kuda yang barangkali esok tinggal seekor sebab dah ada buyer, itik di belakang rumah, 3 burung merpati dengan ayam piru bawah TV.

Nanti saya sambung cerita pula, nak kopek roselle. Buat masa ni kalau nak blogging saya perlu ada idea atau kalau termenung2 begini maka banyak lah masa yang dibuang :) Jangan bimbang kalian, saya OK2 saja :))


 

Monday, April 11, 2011

Pancake Roselle

Bismillah,

Disebabkan sekarang saya berada jauh dari rumah sendiri maka ilham nak menulis lebih-lebih pun tak ada. Walaupun begitu, mujurlah saya dah upload gambar2 basi saya siap2 dalam setiap entry so saya boleh gunakan ini untuk lepaskan gian membelog.

Korang selalu sediakan apa untuk anak-anak ke sekolah pagi2? Saya buat macam-macam benda jugak tapi kadang2 ada yang terpaksa beli juga. Tambah pula semenjak banyak berjalan jauh ni, saya jadi takde mood nak pergi pasar.

Anak2 saya kalau saya buat bubur, Usamah suka makan tapi yang lain tak berapa. So, kalau buat bubur Usamah sorang saja yang sudi bawa ke sekolah. Tapi lain pula kalau buat pancake. Buat pancake aka lempeng ni  memang senang tapi yang tak senangnya adalah intinya atau penambah seleranya. Yang paling mudah sekali adalah susu pekat.

Tapi bila datang mood saya, saya buat inti roselle, buat inti nanas (ala2 jem tat nanas), buat sri kaya dan kadang2 sapu madu juga. Disebabkan di rumah ni, kami tak digalakkan makan makanan yang ada pengawet so semuanya kena handmade lah.



Di lain kali saya akan share tentang tepung. Kepala rasa berdenyut nak menulis panjang-panjang. Sesiapa yang berada di Johor, datanglah di tempat di mana saya berada...

 

Sunday, April 10, 2011

Anak Arnab & Johor Drift

Bismillah,

Hari ni saya berada di Johor. Sedang membantu ipar saya buka kedai cermin mata di Taman Larkin Idaman. Petang ni akan ada acara drift di sekitar taman itu (area jalan idaman 3) so kepada sesiapa yang duduk di area sini jemputlah datang. Kalau ada rezeki boleh makan nasi dagang free juga! Kalau datang bagitau tau!!

Dan, arini nak tayang anak arnab kami...comel kan???




 

Saturday, April 09, 2011

Kenapa Mesti Sayang Kucing?

Bismillah,

Satu hari, majalah lama ini kami belek. Ia mengisahkan Ayub yang mendera Comot kerana makan ikan goreng Ayub. Lalu Luqman datang dan sound direct Ayub supaya tidak baik memukul kucing. Untuk pengetahuan semua, kucing adalah binatang yang sangat disayangi Nabi sehingga Nabi memotong jubah baginda kerana ada seekor kucing tidur di atas jubahnya ketika Baginda hendak menunaikan solat.

Kucing juga ternyata sangat bersih setelah banyak kajian dijalankan ke atas mereka. Untuk baca lanjutan tentang kucing, kliklah gambar di bawah, anda akan sampai kepada facebook saya. Fakta itu sangat menarik untuk dibaca tau :)



Saya sebenarnya hendak melatih Usamah mahir membaca. Dia sudah menguasai bunyi ejaan menurut sukukata namun hendak menjadikannya perkataan agak lambat sedikit. Jadi saya minta dia membaca satu kotak dialog sahaja dan selebihnya saya bacakan. 

Selesai membacakan cerita ini, saya tanyakan dia :
Umi : Boleh ke pukul kucing dengan binatang lain?
Usamah : Tak boleh
Umi : Kenapa tak boleh?
Usamah : Berdosa
Umi : Mmm...pukul adik boleh tak
Usamah : Erk.....

Hehehe...sambil menyelam sambil minum airlah. Sebenarnya Zohor tadi Usamah buli Uwaiys dan Arwa dan abah dah selesaikan mereka. Sekarang saya cuba kawtim dengan cara yang berlainan. Semoga mereka faham kenapa pukul memukul tidak baik untuk mereka. 

*Giveaway : Bagaimana Menggalakkan Anak Membaca Buku sedang berlangsung, jemput join!! * Jom join ChurpChurp
 

Friday, April 08, 2011

Cacatkah Ibu Tidak Boleh Menyusu??

Bismillah,

*Fanpage berkenaan telah di delete..tahniah kepada pentadbir fanpage itu!! PEACE!!

Isu ni dah banyak hari berlalu, tetapi sukalah saya untuk bagi my point of view. Alkisah ada seorang blogger yang saya yakin sangat suka mempromosikan penyusuan susu ibu ini. Tidak ada salahnya langsung tentang niatnya itu. Dari bacaan saya, dia betul-betul mahu yakinkan bahawasanya setiap ibu mampu menyusu.

Malangnya dia tersalah menggunakan perkataan :
Ibu yg xde susu adalah cacat sebenarnya. Susu ni permainan psikologi, strongly set mind in BF mode, never say never, bertenang ketika menyusu jgn stress. The key is mind set. KALAU BABY NAK SUSU, BREAST PASTI ADA SUSU. Ive been breastpump since the first day, and believe me susu ada tp ia bermula dr minda kita. Caiyuk!!!
Pertama sekali ketika membacanya saya terus terlintaskan bonda Rasulullah SAW. Akibat tekanan kerana kematian suami tercinta, maka Siti Aminah kekeringan susu. Mujurlah amalan ibu susuan telah menjadi lumrah di kalangan bangsa Arab sejak dulu hingga sekarang. Tradisi itu sebagai menjauhkan anak Arab daripada menghidapi penyakit yang biasa merebak dalam keturunan asal. Kesannya, bayi mempunyai tubuh lebih kuat, otot lebih segar dan dapat bertutur bahasa Arab dengan lebih fasih.

OK, kat sini tergamak ke kita kata bonda kesayangan Nabi SAW sebagai cacat? Oh..meremang sekali rasanya bulu roma. Justeru itu, penggunaan perkataan cacat sangatlah tidak bagus digunakan. Sehinggakan ada pihak yang tergamak buat fanpage 'Kami Benci  dotdotdot Kerana Menghina Kaum Ibu'. Oh...kenapa sampai tertubuh fanpage macam ni??

Kalau saya, mmm..memang saya juga pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya, bukan seorang, bukan dua tetapi tiga!! Kalau saya nak marah pun, saya akan tulis di kotak komennya, "Oh..terasanya saya. Bolehkah awak tukar perkataan cacat itu kepada sesuatu yang lain?? Saya rasa ramai ibu dah cuba yang terbaik untuk anaknya tapi tak semua orang sebertuah awak". Atau apa-apa sahaja yang berbentuk teguran positif.

Tapi biasalah, kita manusia kan? Jadi, adat orang yang buat silap adalah memohon kemaafan.

Sekali lagi saya mohon maaf pada semua. Betul. Saya betul-betul minta maaf. Sejujur-jujurnya saya memang tidak bermaksud menghina sesiapa. Memang tiada niat di hati ingin memperlekehkan rezeki setiap ibu. Niat saya hanya satu, hanya ingin berkongsi pengalaman dan cuba sedaya upaya memberi perangsang dan sokongan. Maaf sekali lagi andai tujuan saya menguris hati sesiapa yang membacanya. Tidak ada sedikit pun terlintas ingin menyakiti sesiapa. Maaf!

Sepatutnya perkataan CACAT itu saya gantikan dengan perkataan yang lebih sesuai. Maaf sekali lagi. Saya hanya manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. Benar kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kalaulah boleh diundurkan masa, pasti perkataan yang lebih sesuai akan saya guna. Saya akan jadikan ini semua pengajaran. Jauh di lubuk hati saya amat berharap ini dapat meredakan kemarahan yang di luar sana. Saya hanya insan biasa. Maaf sekali lagi.
Nah! Dia dah minta maaf tapi saya terasa sedih bila mana ada lagi pihak-pihak yang masih menghangatkan fanpage itu. Bayangkan jika anda di tempat blogger ini. Anda telah mengaku kesilapan anda malah anda dah memohon kemaafan. Pastilah anda berharap diri anda tidak dibenci lagi oleh mana-mana pihak. Bertambah sedih rasanya bila saya baca beberapa teguran dari pihak tertentu diremeh-remehkan oleh pihak yang lain dalam fanpage itu.

Saya tidak berniat nak membela sesiapa. Isu susu ibu ini rupanya sangat sensitif bagi sesetengah pihak. Dalam sibuk ibu-ibu yang menyusu badan sepenuhnya yang telah merasakan betapa banyak faedah susu ibu mempromosikan penyusuan susu ibu, rupa-rupanya ramai dari kawan-kawan kita yang akan terasa dengan kempen itu.

Saya tidak mahu memberi contoh orang lain, ketika membaca ibu-ibu menyusu mengambil suplemen tertentu untuk menambah susu badan atau untuk menambah kualiti susu badan itu, saya amat terasa kerana tidak dapat mengambil suplemen itu kerana itu di luar kemampuan saya. Saya rasa bagaikan penyusuan susu ibu ini dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk mencari keuntungan pula.

Saya minta maaf atas apa yang saya katakan ini tapi itulah saya rasa dan bayangkan pula mereka yang gagal mengeluarkan susu, pastilah sakit di hati mereka lebih sakit dari apa yang saya rasa kan? Walaubagaimana sekalipun, pada pendapat saya membuat fanpage untuk benci kepada seseorang adalah sangat tidak patut. Kita hanya perlu menganggap mereka tidak memahami keadaan kita. Jadi terpulanglah kepada kalian yang berada dalam kelompok itu untuk bertindak bagaimana.

Sama juga apa yang terjadi kepada kawan-kawan Full Time Working Mother, pasti ada terasa dengan golongan Working At Home Mother. Golongan WAHM dilihat sanggup melepaskan jawatan demi mejnjaga anak sendiri sedangkan mereka yang FTWM juga mempunyai pengorbanan mereka yang tersendiri.

Kepada ibu-ibu yang berjaya menyusukan bayi anda dengan susu ibu, elakkanlah ayat-ayat provokasi sebegini. Tambahan pula apabila anda menggunakan gajet dan suplemen tidak kiralah mahal atau murah kerana ia sebenarnya menjadikan seseorang itu terasa bahawa menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu adalah susah dan seterusnya merencat penghasilan susu mereka.

Saya memohon maaf kepada semua yang saya sebutkan dalam ni. Saya juga tidak lari dari membuat kesalahan dalam blogging dan saya tahu memang ada pihak yang pernah terasa dengan saya. Tetapi apa yang saya belajar dari semua ini adalah 'bukan semua teknik yang kita gunakan sesuai pula digunakan oleh orang lain' kerana we are not in the same shoes.

*Untuk pengetahuan, saya adalah ibu yang menyusu dengan susu badan bermula dari anak ke empat dan tidak pernah ada bekalan susu stok dan tidak mengambil sebarang suplemen untuk tujuan menambah susu badan. Menyusu susu ibu sepenuhnya adalah penting tapi jangan anda fikir, penyusuan yang berjaya adalah dengan mempunyai semua gajet breastfeeding dan suplemen semata-mata. Banyak cara sebenarnya untuk mencapai tujuan ini. :)

PEACE!!!!


 

Thursday, April 07, 2011

Iron Baju Sekerat

Bismillah,



Zaman saya belajar di UKM dulu, saya mula bertudung labuh.Salah satu keseronokan memakai tudung labuh ini adalah, saya tidak perlu menggosok keseluruhan jubah saya. Saya hanya perlu gosok dari pinggang ke bawah sahaja dan insya ALLAH saya masih kelihatan kemas walaupun selalu mengantuk dalam kelas. Tetapi semenjak breastfeeding ini, saya rasa adalah tidak sesuai lagi untuk iron separuh sahaja dari jubah kerana terkadang saya perlu menyelak lebih sedikit tudung dari paras pinggang itu.

Suami saya pula, jarang mengenakan kemeja jadi saya jarang gosok bajunya. Cuma bila saya menggosok baju, saya akan gosok baju kemeja itu sepenuhnya. Ini adalah kerana suami saya tidak memasukkan baju ke dalam seluar seperti orang yang bekerja di pejabat. Begitu juga dengan abah saya, saya dah biasa menggosokkan keseluruhan bajunya.

Baru-baru ini saya ke rumah ipar saya di Selangor. Sangat kagum melihat mereka berdikari sendiri. Pagi-pagi mereka bangun dan menggosok baju sendiri. Apa yang lucu adalah bila melihat seorang dari anak saudara saya yang lelaki menggosok baju sehingga paras pinggang ke atas sahaja. Comelnya!! Katanya dia berjimat supaya tidak menggunakan tenaga elektrik berlebihan.

Memang dia seorang yang jimat pun. Asal keluar dari bilik, walaupun sekejap, dia akan tutup habis kipas dan lampu semua. Begitu juga kalau melihat bilik kosong yang ditinggalkan orang, dia akan tutup lampu kipasnya. Dia juga sound uminya yang tidak tutup periuk semasa masak nasi atas dapur gas. Katanya cikgunya kata itu pembaziran gas :P.

Sebenarnya, saya tak pernah lagi tengok orang lelaki iron baju separuh macam itu. Balik dari Selangor saya ceritakan kepada mertua saya anak-anak ipar saya yang sangat berdikari itu yang gosok baju separuh dan rupanya seorang lagi biras saya begitu juga. Rupanya, saya seorang yang 'perak' tak pernah tengok orang iron baju separuh.

*Teringat lak zaman UKM dulu, pernah iron jubah belah depan saja, belah belakang kedut sejuta!

 

Wednesday, April 06, 2011

Birthday ke 31 Hamba

Bismillah,

Hari ini adalah hari kelahiran saya. Seperti biasa, kami tak meraikan apa-apa pun. Sekadar mengucapkan Selamat Hari Jadi dan menyatakan kepada anak-anak yang mereka dah berumur sekian-sekian. Alhamdulillah ALLAH telah beri saya kesempatan untuk hidup selama 31 tahun. Jumaat ini saya untuk ke sekian kalinya akan meninggalkan anak-anak untuk ke Johor pulak. Ada ke blogger2 yang saya boleh jumpa di sana??

Semasa tinggalkan Usamah untuk ke KL dan seterusnya PB baru-baru ini, dia ada kata pada adik2 ipar saya, "Umi dah tiga kali tinggal Usamah. Dia tak sayang Usamah kot?" Hukhukhuk... Umi tak ada pilihan anak-anak. Pertama kali Umi tinggal Usamah dengan Uwaiys adalah kerana waktu tu tokki sakit di PB dan umi takut Usamah dan Uwaiys memeningkan tokki.

Kedua kalinya, tambang kapal terbang untuk ke tempat yang umi pergi itu ditanggung sepenuhnya oleh orang, jadi takkanlah umi nak minta lebih plus dengan benda yang umi perlu kerjakan di sana tak memungkinkan umi bawak semua anak umi. Ketiga kalinya adalah baru-baru ini umi dan abah ke KL untuk menguruskan amanah orang dan sekaligus mengambil pemberian orang kepada kita. Yang keempat ini pula adalah untuk menolong seseorang dengan perniagaan barunya.

Umi hanya mampu bawa Ahmadi. Itu pun adalah kerana Ahmadi perlu kepada susu umi. Semoga nanti Ahmadi akan sihat-sihat sahaja dalam perjalanan panjang. Ahmadi sampai kurus dan maksunya kata "Macam tak cukup makan". OK, umi terasa bila orang cakap anak umi tak cukup makan sedangkan umi sendiri tak pernah ada isi pun! Tapi itu kata orang, mereka tak sukat pun banyak mana yang umi makan dan umi supa anak-anak setiap hari.

Eh, apalak ni umi melalut di hari jadi umi ni. Mungkin sebab umi makin tua dan makin nyanyuk :P Buat anda semua, andalah A-Z dalam hidup saya!! Terima kasih!


Oh ye...saya nak selit cerita sikit, pagi tadi MHI up kan isu ini :

Lalu saya beri jawapan di bawah (nama saya Norhafizah Madzlan) :P (boleh dilihat di link ini)


Kemudian Elly bgtau saya di wall saya :

Hukhuk.....walaupun sekadar nama disebut ai rasa seronok tau... Saya tunjuk kat suami saya apa Elly tulis, dia boleh tanya birthday sape?? Ayyoyo...ada yang kene kurung luar rumah ni :P

*Teringin nak request kat orang tu Nasi Arab........buat esok pun takpe :))

*Giveaway : Bagaimana Menggalakkan Anak Membaca Buku sedang berlangsung, jemput join!!
* Jom join ChurpChurp
 

Tuesday, April 05, 2011

Perkara Yang Patut Dihentikan Supaya Anak Berhenti Menjawab

Bismillah,



Suatu hari, saya membentak-bentak mengarahkan Usamah membuang sampah yang bertaburan. Asal saya lintas sahaja ruang tamu, saya rasa jarang sekali saya tidak marah kerana sampah sentiasa ada dan permainan selalu berselerak. Lima orang anak kecil bukan mudah untuk berada dalam keadaan teratur. Mereka semua sihat walafiat jadi mereka sentiasa ada aktiviti. Mereka bukan kanak-kanak zombi yang hanya bersandar di dinding dan melihat lantai sahaja.

Pada fikiran saya, dengan selalu mengingatkan mereka tentang kekemasan, kebersihan dan perkara-perkara yang berkaitan, pastilah mereka akan sentiasa beringat bahawa rumah ini tidak patut bersepah. Ini adalah kerana bersih dan kemas adalah ciri orang mukmin muslim. Tetapi hakikatnya, cara pendidikan saya itu adalah salah.

Saya perasan salah adalah apabila saya mengulang arahan kepada Usamah yang tidak bergerak dengan arahan pertama tadinya. Ketika saya naik suara pada kali kedua itu, rupa-rupanya dia baru bangun untuk mula mengutip sampah. Saya sebagai seorang ibu rupanya tidak bersabar dengan lebih lama. Ego sebagai seorang ibu mahu apabila habis sahaja saya bersuara, anak-anak terus bangun mengikut arahan.

Tidak hairanlah Usamah bersuara, "Usamah nak kutip lah ni!!". Oh...rasa terkejut juga mendengar dia menjawab buat pertama kali. Selepas itu sehingga kini alhamdulillah tiada lagi dia menjawab kerana saya bimbang akan satu lagi masalah yang terpaksa saya tanggung dan terpaksa saya rawat akibat dari salah didikan saya.

Jadi, sebelum perkara ini melarat, saya patut hentikan perkara di bawah supaya anak-anak saya tidak lagi menjawab bila saya bercakap :

  • Tidak memberi mereka kata dua
  • Meninggikan suara dan mengharapkan mereka senyap dan dengar
  • Menunjukkan muka marah dan garang untuk menakutkan mereka
  • Berkata "Ini umi kamu, kamu mesti dengar cakap umi!!"
  • Memukul atau menampar mereka sehingga lebih banyak lagi dendam membara di hati mereka
Mereka adalah anak-anak dan mereka ada hak untuk bersuara, rehat, main dan sebagainya. Jika kita berikan mereka hak mereka, insya ALLAH kita akan diberikan hak sebagai seorang ibu atau bapa. Semoga kami suami isteri diberi kekuatan mendidik anak-anak supaya menjadi insan soleh solehah. Amin