Monday, July 02, 2012

Kebaikan Yang Sedikit Memberi Kesan Besar Kepada Kanak-Kanak

Bismillah,

Satu hari, Asmaa' bercerita tentang sahabatnya bernama Syuhada di sekolah. Katanya, ibu yang paling baik di dunia adalah umi Asmaa'...kuikui... Saya tanya Asmaa', "Kakak tak bgtau dia ke yang umi ni garang?" dan dia jawab tak. Erk.. pandai pulak tolong cover line umi hehe..

Sebenarnya, saya takde buat apa-apa pun pada Syuhada. Tapi dia memang suka datang dekat2 setiap kali saya jemput Asmaa' di sekolah. Saya akan tegur dia, "Umi Syuhada belum datang lagi?" atau kalau waktu tengahari saya akan tanya sama ada dia dah makan ke belum.

Kadang-kadang, saya tolong pegangkan beg Asmaa; juga sebab bila dia bersekolah dari pagi sampai petang, macam-macamlah isi begnya dengan kasut dan tudung berlapis juga telekung solat lagi. Saya juga masak dan beri mereka bekal dan selalunya saya isi penuh-penuh bekas makanan sebab anak2 saya selalu cerita kawan2 diorang pun tumpang makan.

Sebenarnya, itu hanya tugas biasa seorang ibu. Tapi bagi kanak-kanak kecil, ia bagaikan kasih sayang yang tidak bertepi. Saya garang, memang saya akan bercakap dengan tegas tapi memang selalunya saya tak boleh tahan ketawa bila berhadapan dengan gelagat diorang. Kadang2 tu tengah betul2 hot pun payah nak cover gelak kalau diorang bagi alasan yang 'tak boleh blah'.. haha...

Saya mahu belajar dari arwah abah. Dia akan mengusik kawan-kawan saya sampai kami sama-sama ketawa. Saya juga biasa sebutkan nama kawan-kawan saya kepada abah. Jadi, abah akan tau hampir semua kawan rapat saya. Senang saja pun nak memenangi hati kanak-kanak kan?? Semoga, dengan penghormatan mereka kepada kita, mereka tak akan mempengaruhi anak2 kita dengan anasir yang tidak patut.

2 comments:

  1. kdg2 benda2 kecil mcm tu yg ramai tak nampak. budak2 mmg nampak, kita yg dewasa ni terlepas pandang.

    ReplyDelete
  2. betul kak. setuju. Anak kecil sgt jujur. Mereka lupa ibu mereka cengey sebab ada banyak waktu, ibu sgt baik hati. hehe

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!