Friday, July 26, 2013

Merancang Anak dengan Oksitosin, Kenapa Isteri Perlu Klimaks

Bismillah,

Terasa tebal sikit muka nak menulis tentang bab ni. Sebab ada isi di dalamnya yang perlu kepada ayat yang tidak nampak selekeh untuk sesetengah orang huhu. Rasanya saya nak menulis tentang ni dari sebelum bulan puasa lagi tapi tak jumpa the best words nak guna. Jadi hari ni saya nak open je lah. Fikir panjang-panjang nanti sudahnya tidak terkongsi.

Berkait dengan persoalan merancang yang lalu (kena selak entry sebelum ini), saya berjanji untuk berkongsi tentang merancang yang dibolehkan. Sebenarnya bukan merancang ayat yang sesuai untuk digunakan. Bagi saya ayat Quran di bawah inilah yang hendak dipenuhi tuntutan di dalamnya.

Al-Baqarah:233 - Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama yg dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Baca ayat itu berulang kali ye? Kalau boleh sila ambil nota penting tentangnya. Ada disebutkan dipermulaan ayat tentang menyusukan anak selama dua tahun tetapi tiada paksaan kepada ibubapa. Kalau kalian lebih rajin, sila google pula huraian maksud ayat ini.

Cuma apa yang saya dapat simpulkan tempoh penyusuan paling sempurna adalah dua tahun. Maka tidak salah kalau kita mahu mensasarkan untuk menyusukan anak selama dua tahun itu. Bagi mencapai hasrat ini maka adalah tersangkut rasanya hasrat itu sekiranya termengandung. Jadi bagaimana nak menyempurnakan penyusuan?

Haaaaa.. Inilah point yg saya nak bawa. Cara yang boleh digunakan untuk menyempurnakan penyusuan adalah dengan : 1. Mencari ibu susuan - ia dinyatakan dengan terang dalam ayat yang sama. Ini dibolehkan sekiranya ibu tersebut tidak mampu untuk menyusukan anaknya dengan baik atas alasan tertentu.
2. Berusaha membanyakkan susu sendiri - kita mesti rangsang diri supaya hormon prolaktin dapat dihasilkan dalam diri. Bagaimana nak rangsang penghasilan prolaktin? Adalah dengan membanyakkan oksitosin. Kenapa? Sebab prolaktin lah yang akan merencat penghasilan telur sepanjang proses penyusuan.

Hasilkan oksitosin >> untuk hasilkan prolaktin >> untuk rencat penghasilan telur >> makanya tidak mengandung.

Jadi, fokus penting kita adalah oksitosin! Ada banyak cara untuk menambahkan oksitosin. Tapi keyword yang hendak digunakan adalah 'berakhlak dengan akhlak Muslim berlandaskan alQuran dan hadis'. Saya akan cuba huraikan dengan bahasa mudah dan entry ni akan menjadi sangat panjang. Tapi, insya Allah ia akan ada manfaat buat yang mahu merancang dan mahu memiliki jiwa yang bahagia.

Terdapat tiga situasi fisiologi yang boleh merangsang oksitosin iaitu :
1. Proses bersalin/labour
2. Proses penyusuan/breastfeeding
3. Aktiviti seks antara suami dan isteri

Dalam ketiga-tiga situasi diatas juga oksitosin tidak akan dirembeskan sekiranya aktiviti itu tidak dibuat atas sebab kasih sayang. Sebagai contohnya :
1. Wanita yang menghadapi labour dalam keadaan ketakutan, malu dan tak fokus pada kegembiraan mendapatkan anak, maka labournya akan obstructed. Memang dengan mudah akan menghilangkan fokus jika kita serabut memikirkan untuk membesarkan anak yang selalunya bermula dengan nakal sedangkan itulah fitrah kita semua bermula. Bayangkan bagaimana mahsyurnya kisah cucu Rasulullah memanjat belakang baginda ketika sedang sujud? Sedangkan cucu Rasulullah pun penuh dengan aksi comel mereka, maka kita mentafsirkan anak kita sekarang sebagai nakal? Kemudian kita serabutkan pula minda kita tentang bagaimana mahu mencari nafkah bagi keperluannya pula sedang Allah telah menjanjikan rezeki buat mereka. Betul memang kena ada usaha tapi usaha yang kita lakukan selalunya overshoot dimana anak hanya perlu dilayan dengan baik, diberi makan dengan tangan kita dan lain-lain tugas ibubapa yang fitrah tapi kita berusaha mencari sekolah terbaik untuk melakukan tugas yang fitrahnya kita yang buat sendiri.
2. Penyusuan yang dilakukan dengan tiada kasih sayang kepada bayi akan menghasilkan kesakitan pada buah dada semasa ejection reflex. Contohnya memilih untuk membaca majalah atau menonton tv dan tidak menumpukan pada wajah bayi semasa proses penyusuan. Selalukan kedengaran advice dari kaunselor penyusuan untuk melihat gambar anak ketika mengepam susu di pejabat?
3. Sex yang dilakukan dengan nafsu semata tanpa rasa sayang tidak akan menghasilkan oksitosin. Sex yang dimulai dengan kasih sayang akan menghasilkan kepuasan dan ketenangan yang lebih dan tidak menyakitkan bagi wanita. 

Ok, sekarang kita dah cakap tentang 3 perkara berkaitan penghasilan oksitosin. Berkenaan proses melahirkan dan proses penyusuan rasanya dah ramai yang buat ulasan mengenainya. Tetapi, bab seks uhuhuhuk, malu kot nak cakap. Hehehe.. Tapi saya bersemangat nak bercakap tentang hal ini.

Untuk para suami, anda boleh bantu isteri kalian menambah susu badan dengan memberi nikmat klimaks kepada mereka. Tanpa klimaks, maka tubuh isteri anda tidak dapat menghasilkan oksitosin. Tanpa oksitosin pula, tidak akan wujud kasih sayang diantara suami dan isteri. Tanpa kasih sayang, isteri akan rasa dia tidak perlu suami. Tanpa suami, wanita akan jadi bebas sehingga tercetusnya feminisme yang kononnya memperjuangkan hak. Nampak kan sekarang perkaitannya jika tidak mengikut hadis dan al Quran. Rujuk hadis berikut :

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila seseorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya, maka hendaklah ia menyempurnakan (isterinya). Jikalau ia mendahului isterinya, maka janganlah ia mempercepat (meninggalkan) isterinya itu”.
(Hadis riwayat Abu Yaqla dari Anas)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka hendaklah ia menyempurnakannya. Kemudian bila ia telah selesai telah selesai hajatnya (orgasme) sebelum selesai hajat isterinya maka janganlah ia mempercepatkan (meninggalkan) isterinya itu hingga selesai pula hajat isterinya itu”.
(Hadis riwayat Abdul Razak & Abu Yala dari Anas)

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menyingkir hingga selesai hajatnya selesai hajatnya sebagaimana ia mendapat nikmat dari hajatnya”. (Hadis riwayat Ibnu Adiy dari Ibnu Abas)

Ok, jadi sekarang kenalah kalian berbincang suami isteri bagaimana mahu membantu isteri mencapai klimaks sebenar. Bukan klimaks yang dibuat-buat. Kaji semula kenapa isteri kurang selera dan cari cara untuk mengatasi ketidakselesaan isteri semasa berhubungan itu. (Ini memerlukan perincian fakta lagi tapi tak larat mak nak tulis panjang-panjang kot, karang muntah korang nak hadam. In case berminat nak tau, sila request dan saya akan cari masa utk buat entry berlainan).

Ok tamatlah bab merancang dengan oksitosin. Hehehe.. Bab oksitosin kali ni saya cerita pasal orang perempuan saja. Orang laki takde eh oksitosin? Ade la uols. Tapi uols kene tunggu di lain kali.

Jadi kesimpulannya sekarang bab buat projek bincang laki bini elok-elok. Nanti saya sambung pasal lelaki. Print dua entry ni, baca sama-sama in the dim light *wink wink*.

Pesanan penaja :- sila sedar diri, sekarang bulan Ramadhan. Tima kasih

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!