Wow! Ini lagi resepi periuk Noxxa..
Ok.. Saje la nak share ya. Pentingkah gajet dapur?
Jawapannya adalah TAK!
Yang penting adalah kemahuan memasak.. Bukan gajetnya. Sebab kalau sebok sangat nak beli gajet tapi kemahuan memasak tak ada, baiklah kalau korang beli barang kemas... Eh?! Hahahaha..
Serius cakap, beli gajet ni adalah pelaburan yang berbaloi dan akan membahagiakan seisi keluarga berbanding beli emas untuk pakai (beli emas untuk pelaburan dan simpanan lain cerita okeh).
Sebab kalau beli emas untuk pakai, kita je la sengih sana sini tapi suami x rasa pun kebahagiaan yg kita rasa. So rasa-rasa dia nak tumpang melabur tak, kalau cenggitu?
Banding jika kita hargai gajet dengan cara menggunakannya, semua ahli rumah akan dapat rasa hasilnya. Tidakkah keberkatan memiliki gajet itu dirasai? Hehe..
Sungguh saya bermula dari sebawah-bawah level. Once zauji kata no process food di rumah selepas kelahiran Arwa dulu, saya frust tahap tak boleh blah. Tak bagi makan kedai, me still ok. Tapi part tak bagi guna process food rasa macam nak botakkan kepala.
Sampailah, (okeh part ni pokcik tu tak tau sampailah jika dia baca entry ni hari ni) saya buat poster tension nak tampal keliling rumah utk menyumpah diri sendiri yang terasa betapa bodohnya macam mana la aku nk sediakan rumah ni kalau sampai tahap roti, biskut, sos kicap semua xboleh beli. Hahaha..
Ok apa jadi pada poster tu? Bila saya berdiri depan singki rumah, masa nak tampal poster tu.. Tiba2 datang bisikan baik (memang bisikan ni selalu ada... Saya selalu cuba meraikannya). Bisikan tu kata, "Pijah, ko belajar pun belum tapi ko dah give up! Apekes ni??". Maka poster tu jadi saputangan lap air mata.
Dengan genggaman tangan (siku kebawah dan penumbuk ke atas), saya bangkit lagi dan berkata, "Okeh! Aku nak belajaq! Aku mesti boleh buat!!!!". Tapi melalak jugak la sebab kena buang ke sedekah ke apa botol 4-5 kg sos tiram, sos cili tomato bla bla masa tu wuwuwuuuu...
Saya mula masa tu, i dont have any gadgets! Kalau ada mungkinlah blender je la kot. Ya! Blender je bro! Yang kedua barangkali oven yang mak saya bagi selepas mak tebus point cosway hehehe.. I'm a lucky dotter okeh.
Dari situla saya belajar basic. Macam mana nak masak sesuatu resepi yang nak guna sos, so saya cari apa penggantinya yang lebih sihat. Belajar nak buat roti biskut dan sebagainya.
Memang dari kosong ni la (kosong tu tak la kosong sangat sbb saya punya ramai saudara dan sahabat yang menyokong - harta yang x ternilai) saya bangun pun.
Hasil dari cara hidup baru tu la.. Sedikit demi sedikit saya boleh menambah gajet dapur ni. Bukan sekali harung beli semua okeh. Tahap paling bagus saya beli sesuatu adalah main kutu. Memang xsampai tahap beli cash punya.
Jadi, kalau xde gajet bukanlah makna kita tak boleh memasak. Saya dah melaluinya. Dengan tak reti masak.. Gajet plak xde.. Huiiii tanyala pokcik Mohd Sabri Salleh mcm mana agaknya respon wajah dia tiap kali rasa masakan saya.
Bukan tak pernah okeh buat lawak perdana :
- masak roti keras kekung sama keras dengan gigit lutut sendiri
- masak kek pun keras sampai kalau baling kat anjing belakang rumah memang boleh koma seumur hidup anjing tu agaknya huhi
- tertukar nama ikan, pisang, sayur bla2 tu biasa la.. Sampai ada sekali nak buat kerabu selom, mokcik gi guna daun kesum/cenohom!
-eh korang pun pernah baca kot saya share kuih lapis saya yang xde tone warna ritu kan? Bahahaha..
- tu belum cakap part xkenal warna, wajah dan bau rempah hahahaha.. Rempah ni kalau adunannya salah, ngahngah.. Sila la ko fikir sendiri! Malu aku nk cerita hihihi..
Saya try je semua resepi, western, eastern, timur tengah, balada, jazz, pop semualah!!! Dan outcomenya hihihi.. Err banyak juga tu saya share di fb dan blog. Sampai saat ni, bukan semua masakan saya menjadi sebenarnya.
Ekceli ada la keluarga sound, saya kepoh sampai tahap masak hangit letung pun share kt fb. Oh well... Kenapa tidak tanya saya saja apsal saya update? Meh nak habaq sikit. Kalau saya share yang indah2 aje, kang ada yang kata, "Ko takpe la Pijah, masak apa semua jadi? Aku maleh masak sebab banyak yang tak jadi dari jadi!".
So I share lah black side of me dalam hal memasak ni utk tunjuk 'weiii ada time aku masak tak jadi la weiiiiiii... Tapi aku masak je lagi lenkali. Esok masih ada lakiku kata'. So up to yang nak mengata whether i am seriously kepoh ke apa.. I just hope ada dicelah2 pembaca will get inspired dengan apa yg I tulis.
To me... Ikut niat memasing la... Kalau niat nak berlagak, dapatla berlagaknya kan. Kalau tak faham bab ikhlas dan niat ni bawak2 la beli kitab Riadhussolihin bab 1 dlm jilid satu dah ajar pasal niat dan ikhlas.
Ada antara hadis tu cakap kalau hijrah sbb nk cari redha Allah maka itulah yang akan kita dapat. Tapi kalau hijrah sbb nak harta dan perempuan maka itulah juga yang kita dapat. So, xpayah nak sibuk bab niat orang. Itu urusan dia dengan Allah... Eh, melalut la puloknya! Hihi..
Saya nak share lah seorang adik yang dikasihi. Fb page dia : Ovennini. Owner : Ainini Zainal. Harus tabiklah pada Nini sebab disebalik buat petties, nugget, meatball bagai rupanya Nini xde pun food processor (setakat ritu saya dok tanya la...). Xde tapi boleh buat bisnes lagi okeh. Dan untuk mencuci pesticides residue guna ACV dll (kena tanya semula sbb tak ingat huhi) dari menggunakan mesin ozon. Memang terbaiklah usaha ni sbb setiap amal kita adalah terhitung dan ada nilai dikehidupan sana kelak.
Cuma, jika saya nak bertahan dengan tak beli gajet ni.. Sila bayangkan kehidupan saya. Huhu.. Dengan 7 anak syurga. Ditambah dengan student baru masuk ke tahfiz kami ni... Memang saya sangat bergantung kepada penggunaannya untuk mengoptimumkan masa.
Namun, gajet dapur bukanlah segalanya! Ingat ya! Bukan segalanya. Jangan la buat alasan xnak masak sebab xde gajet dapur. Itu alasan yang xmunasabah. Maaf ya...
Oh ya.. Dan satu lagi. Kalau diberi pilihan antara induction cooker dan pressure cooker (saya pilih Noxxa sbb ia multifunction) memang saya akan pilih PC Noxxa.
Ia adalah kerana ia :
- portable - boleh diangkut musafir bersama
- multifunction - macam2 benda boleh masak dengannya
- pantas! - mcm kacang hijau, kacang kuda, beras pulut dah xperlu rendam dulu untuk masak..
- comel! Hihi..
Tengoklah. Kalau dah puas hati dengan jenis gajet dirumah ni memang saya akan pilih untuk ada PC Noxxa kedua dalam rumah ni. Hihi.. Takut bayar bil letrik? Ikut kata diorg Noxxa hanya perlu dalam tigaposen gitu je sejam utk elektrik. Memang boleh hidup la dengan jumlah RM 40++ sebulan yg disebut pemimpin sbg jumlah bulanan utk sara hidup (tetiba ko masuk politik apsal Pijah?)
Haha.. Oklah.. Mokcik mengarut dah ni! Hihi.. Sila rujuk link dibawah untuk resepi ya!?
Dan jika berminat mahu membeli gajet dapur, saya dengan malu2 nak bgtau.. Yang saya ada jual kebanyakan periuk, gajet dan lain-lain yang berkaitan dapur. Hihi.. Habaq mai hangpa nak apa? Boleh adjust cash dan kutu kihkih.. No saya 0199515058. Ok bye! :p
http://siraplimau.com/resepi-periuk-noxxa-mudah-sedap/