Saya kopipes dulu ya diskasi sihat dari kawan2 FB saya :)
Norhafizah Madzlan Adakah mengambil maid menjadi satu langkah untuk tidak menjadi ibubapa yang bertanggungjawab??
Fuhh...memang satu diskusi yang agak sihat dan panas. Kebanyakan dari rakan2 ini tidak menggalakkan saya mengambil maid. Sebenarnya, jika saya benar2 ingin mengambil maid, saya telah mencarinya tapi ini masih lagi sekadar sebut2an di mulut saja. Belum ada kekuatan untuk melaksanakannya walaupun serasanya saya telah hampir nekad untuk memilikinya.
Saya amat tertarik dengan jawapan k.Hazlina :
Mengambil maid bukan bermakna anda mengabaikan tangggungjawab sebagai ibu dan isteri malah anda dapat menumpukan lebih masa kepada mereka.Kalau nak diikutkan; tugas utama isteri adalah melayan suami dan mendidik anak. Tugas2 lain boleh dibantu oleh pembantu jika suami mampu menyadiakan pembantu.
Juga jawapan dari En Ahmad Faiez :
tanggungjawab tetap ada pada isteri n suami untuk menjamin kebahagian umah tangga.. tapi ambik maid itu satu cara untuk memudahkan lagi tanggungjawab anti n suami mengurus dan membahagiakan umah tangga..
Bukan kerana mereka hampir menyebelahi keputusan saya tetapi ia lebih mengarah kepada persoalan saya itu, adakah boleh hilang tanggungjawab jika memilikinya. Sebenarnya, ada banyak komen2 menarik yang saya terima dari rakan2 blogger dan FB. Saya sangat berterima kasih kerana anda semua memberi pendapat dari sisi yang tidak terlihat oleh mata saya.
Setakat entry ini ditulis, saya masih belum mula proses mencari pun lagi. Ini hanyalah satu kemungkinan yang bakal berlaku dan saya anggap pengambilan itu adalah satu keputusan terbesar yang akan ditentukan oleh keluarga kecil kami. Andai Ainul, ibunya seorang doktor yang tinggal di atas klinik (hampir dengan kes saya) boleh memelihara 8 anak tanpa bantuan maid, saya mungkin jauh lebih mampu. Cumanya, adakah jarak usia antara adik beradik Ainul serapat anak2 saya.
Owh tidak, saya tidak akan persoalkan pula jarak usia antara anak2 saya. Setiap kali anak2 ini membenih dalam rahim saya, jiwa saya sangat bimbang dan saya ambil masa berminggu2 juga untuk menguatkan diri saya bahawa ALLAH tidak memberikan amanah ini dengan sia2. Pasti ada sebabnya dan pasti pula ada rezekinya nanti insya ALLAH. Ini bukan persoalan, 'hah sapa suruh tak plan beranak' tapi ini adalah persoalan 'bagaimana saya menguruskan takdir yang telah tersurat dalam hidup saya'.
Saya anggap konflik ini datang bagi menguji sejauhmanakah saya akan bersabar atau betapa ALLAH telah menetapkan saya sebagi saluran untuk memberi pendapatan kepada seorang yang lain. Saya akan maklumkan kalian bagaimanakah keadaannya selepas kelahiran permata hati kami yang ke 5.
*Ya ALLAH, andai kata jika aku mengambil pembantu rumah akan menyebabkan aku menjadi orang yang hilang tanggungjawab maka kuatkanlah aku dalam menjalani tugas sebagai seorang ibu dan isteri kepada keluarga ku. Hanya kepada Mu tempat ku mengadu.