Showing posts with label Pengurusan Anak. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan Anak. Show all posts

Monday, December 20, 2010

Bantu Anak Susun Jadual Harian Mereka Dengan Ini

Bismillah,


Saya suka jadual dan saya suka kalau anak2 saya ikut jadual. Mereka bebas susun jadual mereka sendiri tapi yang pentingnya mereka ikut jadual itu. Mungkin buku ini boleh membantu kita menyusun jadual anak2 kita. Sesuai untuk anak yang berumur 3 tahun ke atas. Klik pada buku untuk info lanjut dan untuk membeli :)




Buku ini memberikan panduan kepada anak-anak perihal tatacara untuk menjadi insan yang mulia dan anak yang soleh. Panduan disampaikan dengan pendekatan mudah dan santai (easy reading) dan dihiasi ilustrasi yang comel dan menarik.

Ibu bapa boleh menggunakan buku ini sebagai panduan dalam merangka aktiviti harian anak-anak kerana ianya dilengkapi dengan jadual harian untuk anak-anak dari terbit Subuh hinggalah ke waktu tidur.

Keistimewaan buku:
- Mengandungi doa harian untuk diamalkan oleh anak-anak
- Setiap aktiviti, adab dan perbuatan disertai dengan penerangan agar anak faham kenapa sesuatu itu perlu dilakukan
- Merangkumi pelbagai aspek kehidupan seharian di rumah, sekolah dan sosial


Antara Topik Menarik:
- Keluarga Saya (pengenalan kepada konsep salasilah, pangkat dan mahram)
- Jadual Hidup Saya (dari Awal Pagi hingga Waktu Tidur)

"PERCUMA... Poster Doa-Doa Harian"



Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Sunday, May 31, 2009

Marathon : Mengajar Anak Membaca

DISCLAIMER : Entry ini tidak berhasrat utk minta voucher diskaun dari mana-mana penjual (melainkan dia rasa nak bagi..he he) atau menjatuhkan pula buku-buku cepat membaca lain dipasaran. Ia adalah hanya kena mengena dengan kehidupan saya sahaja.

Bismillah,

Mula-mula tengok gambar dulu ye mak-mak sekelian, especially untuk mereka yang ada anak berusia 3 tahun.


Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku
Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
Melatih anak-anak untuk cepat membaca di dalam Bahasa Melayu menggunakan pendekatan fonetik yang mudah dan berkesan..
Harga Pasaran : RM36.90
Untuk Usia : 3+

Early Reading Series ReadEasy Phonics (Edisi Kemaskini)
Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
Melatih anak-anak untuk cepat membaca di dalam Bahasa Inggeris menggunakan pendekatan fonetik yang mudah dan berkesan..
Harga Pasaran : RM39.90
Untuk Usia : 3+


Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan (Edisi Kemaskini)
Kamal Mahyuddin Harun & Zakiah Yob
Sistem Al-Furqan telah disusun supaya anak anda dapat membaca Al-Quran dengan cara yang paling mudah, seawal mungkin, cepat dan efektif..
Harga Pasaran : RM36.90
Untuk Usia : 3+
OK, skang kita mula merapu pulak. Saya adalah seorang mak yang dah beli 3 buku diatas dan buku-buku itu tidak dibeli serentak. Masa ada duit lebih, saya belilah. Tapi saya terlambat menggunakannya dan ini adalah satu penyesalan saya. So, korunk...sebelum korunk menjadi seperti saya ada baiknya cepat2lah bermula.
Actually benda ni never too late lah. Saya tulis marathon ni sebab dalam dua minggu cuti sekolah ini, saya nak minta sepupu saya Nas Adilah. Dia punya motto adalah 'Nothing Is Impossible' so saya kira ini mungkin cabaran besar buat bakal cekgu ni mengasah skill mengajar anak saya makcik Asmaa' dan pakcik Usamah. Sape2 yang berangan nak booking Dilah, saya mintak mahap banyak sbb saya dah booking dia already.
Seeloknya pendedahan ini bermula sebelum anak anda mengenal alam kinder mereka. Sebabnya kalau mereka dah mula masuk tadika, ada kemungkinan gurunya akan mengajar menggunakan sistem yang berlainan dengan sistem yang anda kenalkan kepada anak-anak. Mereka tidak akan keliru seandainya mereka sudah tahu membaca. Ini terjadi kepada Asmaa' saya.
Menjaga ketahanan buku
OK, itu cerita lain. Sekarang saya mahu cadangkan pula cara untuk membuat supaya buku itu tahan lama. Sebelum digunakan, adalah lebih baik jika anda membeli selotep yang saiz lebih kurang satu ruas ibu jari anda dan selotep di setiap sisi mukasurat buku dan bahagian tengahnya juga. Jadi, sekurang-kurangnya buku yang anda bajet untuk empat orang anak itu benar-benar tahan lasak.
Kaedah lain pula, anda boleh fotostat dan simpan mastercopy (buku asal) dia baik-baik. Memang ia ada copyright, tapi pengsanlah saya kalau nak beli sorang satu untuk anak-anak saya. Tapi menurut pengalaman saya, mereka mempunyai mood yang lebih tinggi jika menggunakan buku asal walaupun lunyai untuk membaca.
Setakat ini, buku Alfurqan Asmaa' & Usamah dah banyak dapat. Cuma Bacalah Anakku masih teraba-raba dan saya rasa ini adalah akibat dari berlaku pertembungan dengan sistem yang saya gunakan dengan yang diajar di PASTI. Saya berkeyakinan buku yang disediakan PASTI pun ada kekuatannya tetapi saya prefer kaedah fonetik yang lebih pantas ini.
Untuk waktu pula, actually saya ada jadual. Mesti Haridah nak mintak lagi jadual saya ni. Saya masih ragu-ragu untuk bagi kerana masih ada banyak lagi yang saya alter dalam HS saya ini. Saya telah aturkan satu sesi HS selama 14 hari, 12 hari belajar, 2 hari berjinggo-jinggo. Untuk latihan membaca, satu buku diatas saya ajarkan selama tiga malam berturut-turut.
Kenapa 3 malam berturut-turut?
Kanak-kanak mudah lupa. Jadi ulangan adalah penting untuk mereka.
Kenapa pula memilih malam?
Sebab masa ni mereka kenyang, mood main sudah menurun. Menurut banyak kajian pula, jika sesuatu dibaca sebelum tidur, itu akan lebih mudah untuk membuatkan dia ingat. Jangan tanya saya siapa punya kajian sbb saya tak ingat tapi kalau untuk diri saya kajian orang ini boleh digunapakai.
Last but not least, bagi mereka yang mempunyai lebihan wang dan sanggup pula berbelanja lebih untuk mendapatkan anak yang cepat membaca (saya tidak sebut pandai kerana cepat membaca masih tidak menunjukkan seorang kanak-kanak itu pandai melainkan selepas dia pandai membaca, dia akan rajin membaca), bolehlah klik di link Adikbijak ini.