Bismillah,
Saya bukan pengguna Dutch Lady sangat pun tapi dulu pernah juga guna susu ni. Sekarang, kalau dalam perjalanan ke mana2 pun ada kala beli jugak la susu Dutch Lady ni. Kami ni tak lekang dengan susu tapi alhamdulillah Pejabat Haiwan Pasir Puteh ni ada supply susu lembu segar so kami beli dari situ aje. Beza amat weih harganya.
1 liter susu segar di Pejabat Haiwan ni hanya RM 2.50 kalau nak banding dengan susu kotak yang 1 liter average RM 4.90 ke atas. Yang bestnya pulak k.Ha yang jual susu di situ baik bebeno hatinya. Kalau saya singgah nak beli susu, sama ada saya park agak2 jauh sikit dari pintu peti ais dia konon2 nak cari tempat teduh padahal nak elak dari k.Ha tu kasi susu banyak sangat. Malu muka weih asyik dapat free je...huhuhu
OK, back to the topic... Saya baca tentang kenaikan harga susu ni dari seorang rakan di FB. Lupa lak sape... dan saya nak quote lah apa yang ada dalam berita Kosmo ni.
Bukan salah Dutch Lady dah kalau dalam hal ni. Siapa yang berniaga tak nak untung?? Jadi sapa yang salah?? Erk...tak yah lah cari sape yang salah kot kan. Ada baiknya mulakan semula penyusuan susu ibu dan pandai2lah cari alternatif untuk mendapatkan satu produk dengan harga terbaik ye... :))

Menurut Pengarah Urusan Dutch Lady, Bas van den Berg, peningkatan itu adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dengan harga bahan mentah dijangka meningkat sebanyak 29 peratus pada tahun ini berbanding 27 peratus pada tahun lalu.
“Peningkatan kos ini dapat dilihat secara signifikan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti susu, gula, minyak dan tenaga buruh.
“Kami di Dutch Lady mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi perkara ini tetapi ia suatu yang tidak dapat dielakkan, oleh itu kami terpaksa meningkatkan harga sebanyak lima hingga enam peratus dalam portfolio produk kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan ke-48 Dutch Lady di sini semalam.