Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Wednesday, November 17, 2010

Uwaiys : Aksi Tidur Dalam Kete

Bismillah, 

Ini hanyalah sekadar penghibur tangkap muat blog ini untuk hari raya ni. Our moving toy Uwaiys kalau nak lena dalam kete, kat mana2 celah pun dia bantai tidoq!

Di celah kerusi dia bertinggung dan bila angin aircond melalukan kedinginannya....
Uwaiys pun lena sampai terdongak
huhuhu

OKlah..mau wish ini...
Gambar bulan pakai Blueberry ai aje :P

Korang, tolong klik 'like/suka' kat gambar Ahmadi yg ni....tekan je gambar :P Layanlah saya :P Kuikui

Saturday, January 16, 2010

Kasihan Suami Ku

Bismillah,

Ini adalah entry permohonan maaf secara rasmi. Tidak hanya buat suami ku malah buat ibuku jua. Huhuhuhuhuhu.................

13 Januari lalu...berlalu tanpa saya sedar sehinggalah saya rasa sakit perut pada malam 14 Januari. Kerana saya mahu tengok kemungkinan berapa hb kah anak ini akan lahir. Ketika itulah baru terperasan, 13 Januari sudah berlalu malah 14 hb juga sudah mahu habis. Bukan sekadar saya, tadi, saya katakan kepada suami, "Abang, sorilah lupa nak wish Selamat Hari Tua!!" dan dia kata, "Hah?? Dah lepas ke??"

Nampak gaya suami saya pun sibuk amat untuk ingat tarikh itu. Memang dia sibuk sekarang. Tapi dia paksakan diri membawa anak2 sama2 untuk beri burung merpati makan sebelum ke sekolah. Malah kami sempat menunggu keretapi melintas setiap hari jam 8.00 di tepi jalan keretapi. Sambil itu, anak2 akan makan kuih sambil tengok burung merpati makan dan keretapi lalu.

Selepas itu, dia akan pergi bagi ternakannya makan. Sambil itu dia akan repair sangkar atau reban ayamnya. Jika masih ada kelapangan dia akan cari rumput untuk beri kuda makan malah kadang2 ada makcik yang suruh dia potong rumput depan rumah mereka...uhuhuhu... Tak ke kesian?? Sehabis semua itu, dia akan ke beberapa tempat untuk mencari telur ayam untuk dibeli dan di ram kan dalam mesin yang dia buat sendiri tu. Selepas masukkan telur2 ayam tu, dia mula bersihkan najis2 di dalam kedai dia pulak. Huhu...saya tak daya nak tolong ini.

Tengaharinya, dia akan balik dan akan bantu saya mandikan Arwa cantek. Kalau Arwa tidak poo poo saya akan mandikan dia tapi ia akan jadi susah kalau Arwa poo poo. Time dia mandi dia akan bersihkan CD Arwa. Kemudian terpaksa pula pergi cari makanan untuk anak2 time balik sekolah. Pukul 3 dia kene ambil anak2. Kalau ada masa dia akan tidur sekejap tapi kebanyakan hari dia tidak dapat tidur siang.

Kalau tengaharinya dia tak sempat ambil makanan lebih di sekolah, maka sebelah petang baru dia akan ambil. Kami bela ayam kampung juga selain ayam piru, ayam mutiara dan ntah apa2 ayam lagi. Kalau harapkan dedak mau kopak jugakla... Tapi suami saya tebalkan jugak muka pergi ambil lebihan makanan di sekolah.

Petangnya selalu dia berurusan dengan orang nak beli anak ayam. Kalau ada cermin nak kene potong, ketika inilah dia akan potolong potong. Selepas Asar terpaksa pergi semula ke tempat ayam dan kuda untuk beri makan sekali lagi. Maghrib dia balik, dia akan tunggu sementara staff saya solat atau jika mereka ada orang yang tunggu, dia akan naik dan berguling dengan anak2 sekejap. Selepas Isya bersama, dia akan turun semula untuk beri anak ayam makan dan minum di kedai bawah.

Melihat aktiviti dia ni, saya tidak hairan jika suami saya pasti tidur bila masuk ke dalam rumah kami, di rumah mak saya atau di rumah ibunya. Memang saya marah kalau anak2 ganggu atau bising masa abahnya tidur kerana dia memang letih. Malah malam2 kalau in case anak nak susu, nak ke toilet, nak muntah...bukan saya yang akan bangun.

Sungguh lah.....saya sangat sayangkan suami saya ini. Semoga jodoh kami membawa ke syurga...walaupun tadi dia ketawa bila saya kata, "Abah kene bersyukur sbb dapat isteri mcm umi yang tak ukur muka mcm dalam iklan Fair & Lovely itu." Susah nak cari suami yang mcm ini okeh....

SELAMAT HARI JADI SUAMI KU


HAPPY BIRTHDAY MAK!!!

Friday, November 27, 2009

Salam Aidiladha Buat Semua

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bismillah,

Saya bukanlah orang yang pandai nak buat kad2 maya macam kawan2 yang lain buat. Kalau saya collect satu2 kad yang saya dapat mll email dan melalui Facebook saya nescaya penuhlah blog saya. Jadi saya memilih untuk menerima dan menampal kad2 mereka yang meninggalkan mesej di blog kesayangan saya ni di blog saya.

Walau apapun, saya ucapkan terima kasih. Apa yang kalian doakan kepada saya, saya akan turut mendoakan kalian. Justeru, di penghujung Ramadhan ini sehinggalah masa saya menaip semula, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Kepada mereka yang tinggal berdekatan Parit Buntar, jemputlah datang ke rumah saya. Anak2 saya dah hias rumah kami dengan mural yang mempersona :P Sebenarnya ramai yang memahami bagaimana keadaannya bila beranak ramai seperti saya.

Jadi, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua ya...... Tengoklah wajah kami tahun lepas di bawah ni. Mmm..ramai yang tanya, tahun ni nk bergambar ke tak? Tengoklah rasanya tidak di studio sebab takde pertambahan ahli baru.....he he...maybe next year...


Kepada yang nak datang rumah saya tu, saya boleh dihubungi di 0199515058.
Insya ALLAH saya akan berada di Jerteh sehingga raya ke2. Daaaaaaa.........

Sunday, December 07, 2008