Sunday, May 22, 2011

Sabar : Bagaimana Seseorang Itu Penyabar & Lainnya Tidak

Bismillah,



Sebenarnya dah lama saya dengar tazkirah tentang SABAR ni. Waktu tu saya terus tulis tajuk tapi tak draft langsung sebarang isi. So skang masa nak menulis tentang tajuk ni ter blurr sekejap. Hehehehe...

OK lah, simple2 sahaja memandangkan saya pun bukanlah ustazah cuma saya suka kepada perkara2 yang membawa kepada kebaikan. Itu fitrah kan? Sejahat mana pun seseorang itu, dia tetap akan mencintai kebaikan.

Lawan kepada SABAR adalah MARAH. Orang yang tidak sabar memang akan selalu marah2. Kalau orang yang marah2 ni, kita dok sebelah dia pun terasa panas sebab apa? Sebab marah itu datangnya dari api (syaitan).

Jadi kenapakah syaitan boleh ada dekat dengan kita?? Sebabnya kita tidak menghalau syaitan itu.. Jadi bagaimanakah mau halau syaitan?? Pastilah pula dengan melakukan perkara yang berlawanan dengan kesukaan syaitan.

Syaitan paling benci kalau kita menjadi hamba yang taat. Oleh itu caranya adalah tidak lain dan tidak bukan kita kena menjadi hamba yang taat untuk mencapai ketenangan jiwa kita sendiri. Jika kita melakukan kemungkaran, kemaksiatan, ingkar dengan suruhan agama dan perkara2 sewaktu dengannya maka, jangan tanya orang kenapa kita cepat nak baling selipar dengan periuk marah.

Jadi sekarang, tahulah kita bahawasanya kenapa seorang itu sabar dan seorang itu tidak kan?? Ia adalah LOGIK sahaja. Cuma kita yang tidak nilaikannya dengan baik. Tapi memang ada yang kita nampak orang yang taat tapi tak juga sabar, jadi itu kenapa?? Itu adalah masalah hati yang urusannya hanya dia dan ALLAH yang tahu. Barangkali dia tidak melakukannya kerana kehambaan tetapi atas sebab2 yang lain.

Sebab tu kalau kita tengok orang yang mukanya tenang tu selalunya adalah orang yang soleh dalam ibadahnya dan dia boleh mencapai tahap sabar yang mengkagumkan. Semoga ALLAH perlihara hati kita semua. Sabar itu indah bukan???

 

Saturday, May 21, 2011

Nanny 911 Sampai Pasir Putih :P

Bismillah,

Nanny 911 bukan fenomena baru lagi kan di kalangan ibu2 dan bapa2 sekelian kan? Saya pernah dua kali dah cerita tentang siri ini dalam dua entry saya iaitu entry ini dan entry ini. Sebenarnya, kalau memang kita ada kesempatan, cubalah duduk dan layan cerita ini walaupun sekejap. Untuk musim ni, siri ini ditayangkan di ntv7 pada setiap malam Rabu jam 830 pm.

Bukan sahaja kami ibu bapa suka tapi anak2 pun tengok sama dan kita akan sama2 baiki kesalahan masing2. Bagi diri saya sendiri, masalah saya adalah GARANG. Taktau la mai mana perangai ni sbb at first saya tengok suami saya yang garang tapi bila anak semakin ramai, saya pulak ambil perangai tu. Kadang2 suami sound juga dengan mulut muncung, "Umi garang sangat".

Padahal selalunya yang kena marah adalah anak2 dan apa yang saya marah adalah perkara yang sama yang saya marah setiap hari. Sehari dua sebelum ni saya ada cuba berubah diam2 tapi bila Asmaa' tak sihat, saya jadi naik marah semula. Apa yang saya perhatikan, mereka lebih nampak saya marah dan tak tegur pun hari yang saya tidak marah *sigh*.

Walaupun saya garang, alhamdulillah, anak2 tidaklah macam anak2 yang dalam siri tu. Hohoho..kalau dapat anak macam dalam TV tu mmg boleh pitam. Selalunya saya akan rasa syukur sbb at least suami saya tak duduk saja blkg surat khabar sambil dengar saya bising sorang2 tapi dia akan melibatkan diri. Satu yang saya suka adalah, apa yang saya marah, dia akan marah juga dan begitulah sebaliknya.

Walaupun baru beberapa kali tengok cerita ni, tapi impak dia memang besar. Saya ada juga cari di Youtube dan kalau ada masa memang saya hadap tengok juga. Banyak lagi yang perlu saya betulkan dalam diri saya dan keluarga. Harapannya Nanny 911 jadi rujukan tapi yang utamanya adalah berpegang pada ajaran Islam dari AlQuran & Assunnah :))