Thursday, June 02, 2011

Abah Rindukan Ahmadi

Bismillah,

Sian abah rindukan anak-anak. Mana taknya, kalau tak bunyi bising anak2 keliling pinggang. Ni kami semua balik Parit Buntar dah takde sapa nak teman abah di sana. Erk...jgn sampai bawak masuk itik buat kawan dalam rumah dah lah ye abah...hehehehe

Masa baru sampai ke P.Buntar, saya call suami saya. Sambil sembang tu ada la dengar bunyi mcm budak nangis.
Umi : Bunyi apa tu belakang abah?
Abah : Bunyi anak tiri umi la....
Umi : Cakap betul2 abah....(hahaha..dah panas dah....)
Abah : Oloh..bunyi yg sll dengar boleh tak ingat..
Umi : Baik cakap betul2 bunyi apa? Jangan main2...
Abah : Hahahaha...bunyi kipas la umi weiiii...

Hahahaha..punya la risau, bunyi kipas pun dengar mcm bunyi budak nangis. Memang agak tak khusyuklah duduk jauh2 dari suami ni. Kalau dia tak makan, susah hati dia lapar. Kalau dia makan ada orang jamu pun risau jugak hehehe...risau takut dia dan cari binik lain :P Kalau dia tak makan tu saya tanya kenapa tak makan, dia kata tak lalu bini dok jauh. Macam tak percaya je ek?? Tapi bila saya kata dia tipu, dia kata : "Kenapa laa susah2 abang nak tipu".

Kami ada ber mesej2 tru FB. Kata abah...

  • selalu sambil mkn ada budak comel tu pnggil abbahhhh... abbaaah..
  • dgn suara halus

pastu dok tak lama arwa pulak dtg ngan air mata semata2 nak abah ckp dah lahh.. jgn nangis ek.. terus senyap
seksanya nk hbskn 2 mggu..

Cuti ni tak sampai separuh pun lagi. Tapi dah sakit merindu...jadi untuk abah, tengoklah gambar abah dengan Ahmadi ni. You'll surely miss this moment kan?



Wednesday, June 01, 2011

Ternakan Lebah madu

Bismillah,
Pertamanya buat encik suami ini adalah madu lebah ek!! bukan madu 3 atau madu 4 yer harap maklom..  :D


Umum telah mengetahui tentang khasiat lebah sebagaimana yg termaktub dalam Al-Quran dalam surah An-nahlu Firman Allah Ta’ala “Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.”(Surah An-NAhl: 69).


Dan sebagaimana yang pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah S.a.w. “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” Riwayat Ibnu Majah.
Khasiat besar lebah dan madunya mmg tak boleh disanggah lagi. Alhamdulillah kami sekeluarga memang berpeluang meminum madu ini. Baru2 ni Asmaa', Usamah, Uwaiys dan saya sendiri encik abah sengatkan lebah sebagai ubat. Nasib baik sy dapat lebah muda dan sengat dia tak sakit sgt.. hehe.
Encik abeng bila agaknya kita boleh ambil hasil lebah yg kita bela sebelah rumah tu ek?.. Sebenarnya kami sekarang ada dua koloni lebah yang sudah sebulan lebih kami pelihara. jenis lebah yang kami pelihara tu namanya mellifera. Mudah-mudahan suatu hari nanti tak perlu lagi beli madu utk makanan ganti gula rumah kami..
Sekian dulu InsyaAllah lain kali kami cerita lagi tentang lebah peliharaan kami ini.. Dan dibawah ini dilampirkan gambar bagaimana gambaran peliharaan lebah ini.. Bila yer Abam lebah kita nak jadi banyak mcm tu.. huhu mau modalnya 100k..
sumber kompas



sumber imamtriha