Friday, June 03, 2011

Minuman Febret Korang??

Bismillah,

Kering sangat kot idea ni sampai pasal minuman febret pun nak ajak sembang :P Sekarang ni minuman ruji (istilah yang pandai2 sitisifir guna) kami air teh. Pagi2 lagi saya kena bancuh sejag besar air teh untuk sarapan dan bekal ke sekolah untuk 3 orang kanak2 tu. Kalau dibekalkan air masak jadi sikit je dia minum so, pagi2 kira bagi canlah diorang minum air manis.

Teringat masa zaman saya kecil, saya bawak bekal air masak saje lah kot. Air manis saya beli dari kantin tapi untuk anak2 saya ni saya tak galakkan minum air kantin sbb bimbang dia tak masak airnya. Kemudian kalau mak abah ajak makan kat kedai, selalu order air gas. Kalau dulu air kegemaran saya adelah air jenama Mirinda kaler hijau dan kalau tak pusing2 dengan air gas Honey Dew.

Tapi anak2 saya ni diorang tak minat air gas sebab kata diorang air gas tu air pedas. Lagipun abah diorang memang kawal anak2 dari minum air yang mcm tu. Jadi pusing2 pun air teh je lah. Milo (air koko) ni tak minum sbb boikot sepasal, pasal kedua diorang ni mcm suka nak muntah kalau minum air koko ni. Tapi kat rumah saya ada beli air Radix Koko atau E-man Coco utk ganti Milo tu sbb kadang2 pagi2 saya tak sempat nak makan, saya bancuh yang tu se mug. Jadilah buat lapik perut sbb selalunya dah hantar Usamah dengan Uwaiys kul 830 a.m baru sempat nak sarapan.

Ingat tak saya cerita pasal air jambu batu aritu?? Sekarang ni air jambu tu dah berwarna hijau pucuk pisang dah. Bermana diorang dah letak pewarna padanya. Jadi, setakat aritu jelah kami beli air jambu. Nak buat sendiri rasa macam malas nak blender. Aritu beli jambu 4 biji RM 5 pun tak termakan sampai last2 sedekah kat itik je. Lebih baik beli mempelam, lagi sedap makan.

Alamak...topik dah ke laut dah... dari minuman pi masuk cerita buah pulak. Jadi, sampai takat tu je lah... Niyang Sitisifir Merapik untuk arini :P


 

Tak seronok tengok F1

Bismillah,
   F1 musim ni sangat membosankan. Pusingan lepas iaitu pusingan yang ke-6 di monaco menyaksikan Sebastian Vettel pelumba dari German yang berlumba untuk pasukan RBR RENAULT terus mendominasi perlumbaan. Walaupun baru 6 perlumbaan, Vettel telah mengumpul 143 mata berbanding 85 mata oleh Lewis Hamilton dari pasukan McLaren Mercedes dan 79 mata oleh Mark webber yang juga dari RBR Renault.

  Jurang perbezaan mata yang banyak diawal musim perlumbaan menjadikan saingan tidak sengit dan membuatkan keghairahan menonton sangat pudar. Jika dimusim2 lepas, jurang perbezaan mata tidak jauh dan persaingan dilihat sengit sehingga akhir pusingan.

   Sistem pungutan mata baru yang diperkenalkan oleh FIA badan yang menguruskan Perlumbaan F1 patut diubah kembali agar perlumbaan dilihat sentiasa sengit dan menggairahkan. Apa pun Tahniah kepada pasukan RBR renault kerana prestasi cemerlang mereka sejak musim lepas. Pungutan mata 222 berbanding 161 bagi pasukan McLaren bagi kategori pengeluar menjadikan satu jurang yg sangat sukar untuk dikejar oleh pasukan lain.

  Di Malaysia ini sy yakin ramai dikalangan peminat adalah peminat pasukan ferrari yang mana dahulunya dipelopori oleh pelumba sensasinya Michael Schumacher. Namun sekarang sudah terlalu mustahil bagi Ferrari menjuarai perlumbaan untuk musim ini.

   Cuma yang saya pelik kita sebagai sebuah negara yang menganjurkan F1, tv kerajaan yang ada tidak menyiarkan siaran langsung perlumbaan berprestij ini. Yang ada cuma dalam Astro. Macam mana jika peminat F1 yang tak ada astro di rumah? Kalau mcm ni susahlah F1 nak jadi sukan yg diminati oleh rakyat M'sia. Nasib baik ada jugak Live Timing dekat laman web F1.

   Saya peminat pasukan Mclaren. Suami pula peminat Sauber sebab hampir2 dengan nama dia Sabri. hehe tapi Sauber pun dah dibeli oleh Ferrari..
    Anda bagaimana? :P