Monday, April 02, 2012

Ibu Mengandung Tidak Boleh Angkat Barang Berat

Bismillah,

Ye ke bahaya untuk baby kalau kita angkat barang berat time ngandung? Sebenarnya tak.. insya ALLAH tidak akan terkoyak placenta tu dari rahim kita jika kita angkat barang berat. Cuma, bahagian belakang kita yang akan sakit. Almaklum sahaja, semakin dekat dengan proses kelahiran, bahagian pelvis yang selalunya stabil akan menjadi lebih longgar untuk beri laluan kepada baby semasa proses kelahiran itu nanti. Tambah pula bila perut semakin membesar, apabila kita cuba mengangkat barang berat, kita akan terdorong untuk melengkungkan badan kita ke belakang dan kesannya, otot belakang akan lebih sakit.

Jadi, jika sedang di dalam kehamilan :

  • Jika ada anak kecil, dah bolehlah beli stroller yang sesuai. Haa... yang kat bawah ni adalah dengan harga bajet je :P (dan lagi tu promote)
  • Seebaby Stroller
    4 photos
  • Kalau shopping, tolaklah troli jika beli barang yang banyak.
  • Malam-malam, urut2 sikit suami supaya dia tolong urut kita balik :P
  • Seeloknya, incik2 suami sekelian, silalah prihatin dengan isteri mengandung. Bukan senang tau nak mengandung, beranak, berpantang. Serius..korang tak akan gamak biar bini sorang2 terkontang kanting buat keje sorang2 kalau korang tau sakitnya beranak itu. 
  • Jika terpaksa buat sendiri juga, semasa nak mengangkat barang berat, kangkangkan sedikit kaki dan bengkokkan lutut untuk ambil barang. Jangan bongkok untuk angkat barang berat dari bawah. Cubalah untuk kekal di posisi tegak sehinggakan berat tidak dibebankan pada bahagian belakang badan. 


Sunday, April 01, 2012

Cut The Noise : Tutup TV

Bismillah,

Pagi ini, saya terbaca di wall Irda tuan punya Little Astronaut. Dia share satu link testimoni seorang peserta kursus Mengajar AlQuran Kepada Bayi dan Kanak2. Saya sarankan kepada mereka yang mampu dari segi kewangan, masa dan apa sahaja untuk pergi. Pasti ada manfaat dengan menyertai kursus sebegitu kerana hasilnya boleh jadi begini...



Saya tidak mampu ke sana. Saya hanya sekadar sedut di sana sini ilmu yang ada secara online. Kebanyakan masa, saya rasa sangat teringin untuk hadir ke program seumpamanya cuma terpaksa beralah atas alasan-alasan lain. Pun begitu, saya tidak terkilan kerana ada banyak hikmah juga ketidakhadiran saya ke sana. ALLAH tetapkan segalanya pasti bilhikmah dan tidak sia2 kan??

Apa yang saya nak bincang hari ini adalah berkenaan perkara no 2 yang ditekankan oleh peserta ini iaitu 'cut the noise'. Saya quote sedikit :

2)     Cut the noise. Saya cuba nak kurangkan diorang ni tengok tv, main games, dan menonton vcd. Sebab semua ni banyak mempengaruhi especially Ammar dengan ultraman dia. Tapi tak boleh la buang terus..kena slow2..sesekali nak tengok apa salahnya.. Minda bawah sedar dia yang menyerap apa yang dia tengok dan lihat, cuba bayangkan jika saya dedahkan dengan AlQuran, mesti yang ada dalam fikiran dia adalah AlQuran. Melihat anak-anak Puan Lina walaupun bermain tapi mulutnya sentiasa membaca ayat-ayat AlQuran yang dihafaz nya..Subhanallah..sejuk telinga mendengarnya…

Oh..sungguh tidak mudah untuk tutup TV. Walau kita tutup sekejap, anak ramai seperti saya ini pasti ada yang membukanya semula. Kadangkala saya tutup supaya mereka siapkan kerja yang sepatutnya mereka siapkan tetapi setelah saya terleka, mereka akan membukanya semula. Wahh... minat mereka kepada TV adalah luarbiasa sekali.

Satu hari, ntah bagaimana, suami saya terus potong wayar TV. Tidak hanya anak, uminya pun telan air liur. Manakan tidak, banyak drama yang sedang diikuti. Pelik bukan? Tidak mengaji tidak apa tetapi tidak dapat tengok TV rasa terancam pula? Astaghfirullah.. Saya mula lebih teliti atas iman diri sendiri. Adakah benar TV itu boleh menaikkan iman saya dan anak2 juga?

Rupanya tidak, saya menjadikan TV itu sebagai alat ganti kepada diri saya. Saya mahu buat kerja lain lalu saya suruh TV jagakan anak saya. Saya aman buat kerja sehinggalah tiba2 no mother in their heart. Kalau saya bercakap sekalipun, suara saya telah tenggelam dalam keseronokan mereka menonton TV. Sedih sekali....

Semenjak TV itu dipotong wayarnya, suasana berubah sama sekali. Suara kami sama-sama kedengaran. Pelbagai eksplorasi dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan salah satu yang penting adalah hafazan Al-Quran. Apa yang diperlukan untuk anak-anak meneroka sesuatu adalah fokus dan mereka akan gagal fokus dengan adanya TV.

Jadi, apa kata anda??