Monday, April 02, 2012

Ibu Mengandung Tidak Boleh Angkat Barang Berat

Bismillah,

Ye ke bahaya untuk baby kalau kita angkat barang berat time ngandung? Sebenarnya tak.. insya ALLAH tidak akan terkoyak placenta tu dari rahim kita jika kita angkat barang berat. Cuma, bahagian belakang kita yang akan sakit. Almaklum sahaja, semakin dekat dengan proses kelahiran, bahagian pelvis yang selalunya stabil akan menjadi lebih longgar untuk beri laluan kepada baby semasa proses kelahiran itu nanti. Tambah pula bila perut semakin membesar, apabila kita cuba mengangkat barang berat, kita akan terdorong untuk melengkungkan badan kita ke belakang dan kesannya, otot belakang akan lebih sakit.

Jadi, jika sedang di dalam kehamilan :

  • Jika ada anak kecil, dah bolehlah beli stroller yang sesuai. Haa... yang kat bawah ni adalah dengan harga bajet je :P (dan lagi tu promote)
  • Seebaby Stroller
    4 photos
  • Kalau shopping, tolaklah troli jika beli barang yang banyak.
  • Malam-malam, urut2 sikit suami supaya dia tolong urut kita balik :P
  • Seeloknya, incik2 suami sekelian, silalah prihatin dengan isteri mengandung. Bukan senang tau nak mengandung, beranak, berpantang. Serius..korang tak akan gamak biar bini sorang2 terkontang kanting buat keje sorang2 kalau korang tau sakitnya beranak itu. 
  • Jika terpaksa buat sendiri juga, semasa nak mengangkat barang berat, kangkangkan sedikit kaki dan bengkokkan lutut untuk ambil barang. Jangan bongkok untuk angkat barang berat dari bawah. Cubalah untuk kekal di posisi tegak sehinggakan berat tidak dibebankan pada bahagian belakang badan. 


4 comments:

  1. aah kan, klu org lelaki tau macamana letihnya mengandung dan sakitnya beranak, konpom diorg mmg lebih kesian kat kita.

    ReplyDelete
  2. tapi jgn main2 klu lps cesarian gi dok angkat berat
    mcm aku ni
    ank 1st angkat beras 5kg
    amik ko kaur darah hitam
    ank no 2 layan dukung...
    sampai skrg sakit rahim daa..
    nak2 rahim ni kena potong sikit.

    ReplyDelete
  3. kalau awal2 kehamilan tu yang tak elok kan.. bila dah kuat sket,perut besar sket dan x der masalah kat kandungan, boleh nak angkat berat2 sket2 :p

    ReplyDelete
  4. skrg ni masa mengajar jelah nak kena angkut radio masuk kelas. berat jugak tapi selalu ada student yg tolong. hehe

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!