Sunday, April 29, 2012

Cerita Panjang Kereta Polis Rempuh Orang Ramai : Satu Pemerhatian

Bismillah,

Saya tak pasti apa yang saya nak tulis ini. Ada satu persoalan yang tak terjawab iaitu, kenapa polis berkenaan menyerah diri dengan membawa kereta polis itu ke kawasan berkenaan. Jika persoalan ini terjawab, rasa macam syok la sikit. Tak pasai2 pagi ni jadi penyiasat :P muehehehe... Eh, ketawa plak.

Update : Punca kenapa kereta polis ni tersesat masuk ke sini :

 Kereta polis tu dipandu oleh polis dari terengganu. Dia diarahkan bertugas di kl. Dia dah salh masuk jln, yela bkn warga kl kan. Tak dan nk cari jln kuar, terjadinya insiden tsbt. Tu menjawab soklan kenapa kereta itu melalui jln tersebut.

OK, tadi terbaca di Harakahdaily. OK...korang kena baca link ini dulu :

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9936-bagaimana-kereta-peronda-polis-diterbalik

Jangan percaya cepat sangat. Tengok video ni :



Ini adalah video secara slow motion. Sapa ntah kata yang drive tu yang pakai helmet. Sebenarnya yang pakai helmet itu adalah seseorang yang tidak mahu polis itu dibelasah. Lantak la dia SB pun. Kat Malaysia ni asal eksiden je kita belasah orang yang melanggar. Dah jadi budaya dah bukan kat BERSIH ni je. OK, saya nak habaq, pegang sudah la yang nak kasi bantai pasaipa????

Serius, setelah tgk video di atas, saya rasa polis ni dah cedera tau barangkali kaca cermin depan dah masuk mata dia. Ini salah siapa?? Abaikan niat dia pi rempuh orang ramai tu tapi rasanya kalau pakat elak ke tepi memasing saya rasa takkan sampai terlanggar orang lah kot. OK skang tengok yang bawah ni :



Memang ada seorang yang pakai helmet tu kan? Yes dia dibelasah but still yang selamatkan dia adalah yang pakai baju kuning jugakkan?? Yang polis pun ada keluar dari situ dan diselamatkan juga oleh orang berbaju kuning kan??? OK, maka ada orang yang masih waras di tengah2 yang ramai2 ini. Tahukah pula kalian siapa yang berhelmet itu?

Dia adalah wartawan yang juga berhati mulia yang tidak mahu sesiapa teraniaya di sana. Malangnya tidak diberi kesempatan berbicara sehingga keluarlah entry ini. WAjib baca juga okeh untuk tahu cerita panjang..

http://mynewshub.my/2012/04/28/apa-dosa-azri/

Apa Dosa Azri?

Sekarang ni, tahulah kita bahawa kereta itu diterbalikkan saja-saja. Ada mereka yang terperosok di bawahnya. Saya tidak kata polis itu salah tetapi andai saja dia tidak memandu di kawasan 'lawan' berseorangan begitu pasti keadaan lebih aman. Kesian saya kepada semua yang terlibat tapi alhamdulillah juga tiada kemalangan jiwa berlaku.

Nah, sekarang... saya nak bgtau saya PRO BERSIH but I'm against all this nonsense... Tiada provokasi, tiadalah serangan balas. Sekalipun di provoke, tolonglah letakkan iman di depan kalau dah takleh guna akal sangat... *sigh*

*entry ini tidak refer kepada lain-lain video kekejaman polis, ianya eksklusif dalam hal perlanggaran kereta polis ini sahaja*

~kalau saya ada banyak masa dan anak2 boleh berkompromi, saya akan selidik hal lain yang turut menjadi isu~

3 comments:

  1. isu ni macam takkan selesai shga pru13 nanti kan kak..entahla..masing2 nak bagitau yang mana betul jer..taknak mengaku salah dah..yana pun PRO bersih jugak..tapi tak expect semua tu berlaku kan..kesian demonstrans yang jadi mangsa macamtu jugak polis yang jadi mangsa..tak semua polis yang bertugas tu jahat..tapi memang sakit hati tengok polis belasah pendemo2 tu..apa hak diorang pun?huhu..kalo ada bersih 4.0 buat jerla kat putrajaya kan jangan ganggu KL..kesian orang ramai..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sekalipun di provoke, tolonglah letakkan iman di depan kalau dah takleh guna akal sangat... *sigh* - ayat ni tak sume org Bersih bule guna sbb ada jgk bukan MUSLIM....

    dari - anak polis

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!