Monday, July 02, 2012

Kebaikan Yang Sedikit Memberi Kesan Besar Kepada Kanak-Kanak

Bismillah,

Satu hari, Asmaa' bercerita tentang sahabatnya bernama Syuhada di sekolah. Katanya, ibu yang paling baik di dunia adalah umi Asmaa'...kuikui... Saya tanya Asmaa', "Kakak tak bgtau dia ke yang umi ni garang?" dan dia jawab tak. Erk.. pandai pulak tolong cover line umi hehe..

Sebenarnya, saya takde buat apa-apa pun pada Syuhada. Tapi dia memang suka datang dekat2 setiap kali saya jemput Asmaa' di sekolah. Saya akan tegur dia, "Umi Syuhada belum datang lagi?" atau kalau waktu tengahari saya akan tanya sama ada dia dah makan ke belum.

Kadang-kadang, saya tolong pegangkan beg Asmaa; juga sebab bila dia bersekolah dari pagi sampai petang, macam-macamlah isi begnya dengan kasut dan tudung berlapis juga telekung solat lagi. Saya juga masak dan beri mereka bekal dan selalunya saya isi penuh-penuh bekas makanan sebab anak2 saya selalu cerita kawan2 diorang pun tumpang makan.

Sebenarnya, itu hanya tugas biasa seorang ibu. Tapi bagi kanak-kanak kecil, ia bagaikan kasih sayang yang tidak bertepi. Saya garang, memang saya akan bercakap dengan tegas tapi memang selalunya saya tak boleh tahan ketawa bila berhadapan dengan gelagat diorang. Kadang2 tu tengah betul2 hot pun payah nak cover gelak kalau diorang bagi alasan yang 'tak boleh blah'.. haha...

Saya mahu belajar dari arwah abah. Dia akan mengusik kawan-kawan saya sampai kami sama-sama ketawa. Saya juga biasa sebutkan nama kawan-kawan saya kepada abah. Jadi, abah akan tau hampir semua kawan rapat saya. Senang saja pun nak memenangi hati kanak-kanak kan?? Semoga, dengan penghormatan mereka kepada kita, mereka tak akan mempengaruhi anak2 kita dengan anasir yang tidak patut.

Sunday, July 01, 2012

Cara Memperoleh Kecintaan ALLAH dan Kemanisan Iman

Bismillah,


Mengikut Imam Ibnul Qayyim, antara perbuatan untuk memperoleh kecintaan Allah dan kemanisan iman, selepas melakukan ibadat wajib:

l Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya ~ kita? Kalau ada masa baca, tapi takat baca je lah...makna??

l Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat ~ ingat, peluang beribadah tidak hanya di atas tikar solat semata-mata. Banyak cara untuk buat amalan sunat

l Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kehidupan dengan hati, lisan atau perbuatan ~ kpd ibuk2 di rumah itu, cara paling senang untuk membanyakkan zikir adalah ketika masak. Semasa basuh pinggan atau beras atau bahan masakan - berselawatlah. Semasa mengacau kuah, bacalah doa atau zikir Ya Latif. Semasa menghiris barang masakan pula - berzikirlah cthnya sekali hiris bawang, Subhanallah, hirisan kedua - alhamdulillah dan seterusnya allahuakbar

l Mendahulukan apa yang dicintai Allah daripada apa yang dicintai diri sendiri ~ jgn kecewa dengan orang lain, itu tanda kita perlukan mereka lebih dari ALLAH. Bila bermasalah, ingatlah ALLAH selalu ada. Bila ada masalah, beritahu masalah kita ada ALLAH

l Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang soleh ~ bagaimana? Cuba dekati kumpulan usrah. Kalau nak like page, biar yang membawa aura positif. Kalau nak membaca, jgn baca cerita lucah

l Menjauhi segala perkara yang dapat menghalangi pautan hati dengan Allah ~ seperti menghadiri konsert, pergi berfoya2 dan lain2 yg sama waktu dengannya

:) :) :)