Thursday, February 17, 2011

Ahmadi : Suka Buli Abah

Bismillah,

Buat masa ni Ahmadi dah cuba2 menapak 1-2 langkah. Seronok betul tengok dia. Tapi ada yang lebih menyeronokkan kami. Dia suka ketuk2 jari telunjuk dia atas hidung kami. Huhuhu.....kalau tgh tidur pun hilang ngantuk. Itu abah la...uminya kalau dia buat tak sedar apa pun :p



Dengan saiz sekarang tak apa lah nak buli kami ye Ahmadi. Dah besar sikit dah tak boleh buli abah dah sebab jasa abah banyak tau pada Ahmadi dan yang paling abah usahakan adalah penyusuan susu ibu secara penuh dan penjagaan makanan Ahmadi.

Selain dari bentuk2 lawak comel diatas, semalam semasa Ahmadi sedang menyusu selepas abang dan kakaknya ke sekolah, umi terlena. Ntah macam mana, Ahmadi ambil skru dari mainan abangnya yang bersaiz jari kelingking orang dewasa lebih kurang. Dan kemudian dia skrukan lubang hidung umi...ayyyoooo.... Tapi umi sedar tau masa Ahmadi bubuh skru ni...huhuhu...

Malam tadi abah diorang kata saya ngigau. Saya hentak2 kaki marah bila Ahmadi mintak nak minum susu. Waaaaa.....kroniknya... Saya jarang tau ngigau tapi bila suami kata mcm tu terasa mcm saya tengah mimpi watak mak tiri Cinderella lah pulak! Ahmadi, umi tak sengaja tau...jangan amik hati ekk. Sbb nak breastfeeding Ahmadi, mana saja umi pergi mesti umi heret Ahmadi sama.


Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

Majlis Ihtifal PASTI

Bismillah,

Kahkahkah...cerita sesi sekolah yang lepas baru nak sensasikan sekarang...ayyoyyo... Sebenarnya saya dah hampir malas nak ceritakan benda ni. Tapi saya cuma nak bgtau sesuatu. Sekarang kan Usamah dan Uwaiys dah ke sekolah Cina. Saya sebenarnya bersyukur sangat kerana sebelum tu dah sekolahkan mereka di PASTI.

Banyak benda yang susah sekali dapat kita sebagai ibubapa cover di rumah apatah lagi oleh cikgu non Muslim mereka di sekolah telah ditanam dalam diri mereka. Tidak hairanlah orang kata budak PASTI selalunya terkehadapan dari segi akhlak dan sahsiah. Tapi..saya tak ada niat nak banding2kan sekolah yang anda pilih...

Kadangkala, cawangan PASTI di tempat masing2 gagal mendidik dan saya bersyukur ALLAH mudahkan kami dengan tempat yang kami hantar. Insya ALLAH di masa depan, walaupun saya nak hantar Ahmadi ke sekolah Cina juga, pada usia 4 tahunnya saya akan hantarkannya ke PASTI bersama k.Arwa :)









Perjuangan Asmaa' telah berakhir di sini dan kini dia dah mula dalam perjuangan yang lain pula.

Doakan Asmaa' dan adik2nya


Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)