Monday, May 16, 2011

Asmaa' Gastrik (Kot??)

Bismillah,

Hari ni hari Guru.. Saya doa mudah2an sekolah Asmaa' tak belajar apa2 hari ni. Kalau tak dia rugi satu hari lagi sbb harini dia tak ke sekolah.

Anak dara saya yang seorang ni memang kena paksa kalau makan. Sebelum ni pernah dah kena sekali. Rupanya dia belum cukup insaf lagi. Kali ni, Asmaa' kena masuk air. Alhamdulillah duduk di P.Pth ni saya cukup bersyukur sbb hospital di sini sangat mesra.

Masa nak masukkan air tu jangan tanyalah betapa dahsyatnya Asmaa' menangis. Rasa macam dia tiba2 ada tenaga nak lawan orang. Sedangkan nak jalan naik kereta di depan rumah pun tak larat. Jadi, 4 orang jugalah tadi yang kejung dia soran utk masukkan jarum. Yang seronoknya boleh pulak Arwa nangis lagi kuat dari Asmaa' tadi. Rasa seinci jugak tebal kulit muka umi.

Selalunya, kalau saya masuk air, lepas dari tu perut pun rasa lega sikit. Tapi Asmaa' lain pulak, nak habiskan pisang pun nampak macam makan batu. Mungkin dia budak lagi jadi mmg sy kena atur satu2 suap dia. Nak dibiarkan lapar mmg tak gamak.

Walaupun saya garang, kalau anak sakit sampai terlantar memang saya susah hati yang tidak sedikit. Tambahan pula saya tau macam mana sakitnya gastrik tu.

So sekarang, saya dalam mode susah hati.. Tak fikir dah pasal komputer ke apa ke.. Ni sambil menunggu dia habiskan pisang dia. Umi buat karangan 3-4 kajang, dia satu ulas pisang pun tak habis lagi. Tadi masa tunggu masukkan air dia tu, saya ngantuk. Jadi sempat buat cross stitch lagi.. Ada juga org tegur, tp dr tersengguk ada baik saya hadap mende tu. Mcm sekarang ni, dr t'lena sblh anak yg tgh sakit, baik saya menaip sambil dengar dia mengeluh..

*Menambah lagi mode runsing saya, td ada seorang patient yg dibawa ambulan perkhidmatan awam bersama anaknya. Sampai2 di dalam wad kecemasan, rupanya makcik tu dah 'tiada'. Begitulah kehidupan, setiap orang ada masanya dan saya bimbang saya dijemput sblm menjalankan tugas saya dgn baik.. Semoga Allah pelihara kita semua dgn m'beri husnul khatimah.. Amin

 

Sunday, May 15, 2011

Motherboard Komputer Pulak Rosak

Bismillah,

Sebenarnya cerita komputer saya adalah cerita yang panjang. Kadangkala, kita teringin nak membantu kaum kita t'utamanya yang 'nampak layu'. Saya tak bermaksud nak menjatuhkan perniagaan sesiapa tapi pelanggan kan selalu nakkan yang terbaik?

Setelah diberitakan komputer saya hanya rosak VGA card atau ntah ape namanya, saya rasa legalah sbb casnya pun hanya RM 60 saja. Kata org tu, sbnrnya komputer saya dah siap 3-4 hari sebelumnya tapi sbb tertukar tuan, maka ter delay juga kesampaian komputer tu kepada saya.

Malangnya bila dah sampai ke tangan saya, komputer tu langsung x hidup. Hangin tak? Dah la makan masa seminggu, dapat2 komputer tak hidup pulak? So, saya call tuan kedai dan bgtau komputer x hidup.. Dia kata dia nk datang rumah so saya bg landmark rumah saya dah.

Malangnya, hari Jumaat mlm Sabtu baru dia call tu pun dah kul 10 nak dtg rumah. Wow! Hebat tu kerja sampai kul 10 mlm. Tp suami saya tak ada di rumah dan sy pun dah sedikit fed up dgn servis mereka jadi hasilnya Sabtu tu saya hantar ke kedai yang sy biasa pergi di Jerteh.

Hari Ahad kedai di Jerteh tu call dan bgtau motherboard rosak dan kos nak repair adalah RM240. Jadi, suami sy decide nak kumpul duit dulu sblm beli komputer sekenhen yg lain aje. Nnt hard disk yg di komputer lama bole dipasang pada komputer yg baru kami beli itu.

Mm.. Saya dah malas nak ngamuk sbb bukan adat saya pun ngamuk2 ni.. Sy terkilan saya tak dapat nak buat keputusan utk giveaway saya yang terbaru ni. Saya mohon maaf sbb komputer pun rosak pada masa yg tak betul tp sy percaya, Allah jadikan sesuatu kejadian tu sentiasa ada hikmahnya.

Itu je lah nak bgtau..kpd para peserta, sabar ye.. Saya tak lupa janji saya dan kepada penaja saya yang comel2 itu, sabaq noooo..hukhuk