Wednesday, April 22, 2009

Gila CD


Bismillah,

He he...ntah mana datang angin puting beliung telah menyebabkan sitisifir bertekad untuk menjadi rajin membasuh kain. Tahukah ibu2 dan bapak2 yang membaca apakah CD yang saya maksudkan ini? Siap boleh basuh gitu. Saya rasa saya dah cukup ketinggalan, tapi manalah tau ada yang terkena obsesi baru saya ini.

CD itu apakah dia??

CD itu adalah kependekan dari CLOTH DIAPERS. Saya kan malas, jadi saya senang
menyebutkan ia sebagai CD sahaja. Walaupun begitu, malas ini tertakluk kepada
perbuatan menulis sahaja. Saya akan berusaha sedaya upaya utk menjadi ibu yang
rajin membasuh CD anakanda2 saya.

Alhamdulillah Usamah telah berjaya
melepasi satu tahap di mana siang dan malam dia sudah tak perlukan disposable
diapers lagi. Baru ni gi bawak naik bas ke KL pun dia telah lulus semua
perjalanan. Owh, Cuma Asmaa’ aje. Dia masih perlu pakai diapers pada malam hari.
Tapi takpe, Umi tak marah pun. Cuma time Umi terlepas (tak igt) nak pakaikan
diapers utk kakak malam2, then pukul 2 pagi umi tgk kakak dah basahkan tilam,
maka time seperti itulah umimu yang nyanyuk ini akan menjadi Tarzan tiba2 sampai abah rasa nak lari dari rumah .

Kenapa pulak tetiba angin CD datang dan menyeru2 umi untuk membelinya??





  • Umi terliur untuk berjimat cermat. Umi sanggup lah cucikan CD sambil sekali sekala buli abah basuh supaya umi dapat simpankan sedikit duit utk masa depan korang sambil bayar hutang2 umi yang bertepek2 . ;)


  • Dengar2nya, disposable diapers ni adalah antara barang yang disebut2 oleh Persatuan Pengguna yang boleh mendatangkan mudharat kepada pemakainya. Kalau Umi belikan pad anion atau pad herba untuk kegunaan umi sebulan sekali, kenapa tidak umi selamatkan anak2 umi yang bagi umi bagai nyawa umi ni?? Lagipun, abah selalu sound umi kalau belikan makanan yang ada pengawet dll so, umi akan jaga korang dari sisi yang lain. Boleh kan abah??
Bayangkan anak2 ku, DIAPEX yang umi beli untuk dipakaikan kepada anak2 umi adalah berharga sebanyak RM 31.50 dan didalamnya ada 69 pcs dan ini membawa maksud satu pc adalah berharga RM 0.46.

Satu hari Uwaiys akan menggunakan 6 pcs + Arwa 6 pcs + Asmaa' 1 pc = 13 pcs perday. Ini bermakna umi membelanjakan RM RM 5.98 setiap hari untuk ditepekkan di punggung cute anak2 umi. Owh...kenapa arini sitisifir terasa nak pengsan bila mengira sedangkan inilah kegemaranku sejak azali??? Mahal gilak!!! Baru lah haku sedar...jap rase nak pengsan pulak.

*sila ambil perhatian, kiraan ini adalah utk diri saya. Utk kiraan korang kene la amik kertas dan kira sendiri ek. Mungkin figure korang tak sengeri kami. :D

Itu belum susu diorang yang paling murah boleh didapati pada harga RM 20.90 dan ketika mahalnya ia menjangkau RM 22.90. Sekali umi beli susu adalah sebanyak 10 pack dan biasanya ia tahan selama dua minggu. Umi tak berentikan susu ni sbb abah prefer bagi anak2 banyak minum susu dan air. Tapi makan minum diorang masih OK. Dan tolong faham, anakku yang bertiga itu (Asmaa' Usamah Uwaiys) tidak mampu saya susukan dengan susu badan lagi. Sadiskan?? (Ini adalah kekesalan saya sehingga sekarang, menyusu diorang bertiga sehingga 6 bulan sahaja... :( )

Juga yang menguatkan umi ini adalah kerana K.Nieza telah dengan baek hati nya telah menawarkan saya dengan bayaran ansuran tanpa bunga. :D Korang boleh terjah blog dia tapi sorry lah sbb saya telah menggunakan bajet beli DIAPEX utk bayar separuh dulu CD dari blog dia. Masih ada lagi yang tinggal sblm stok baru masuk tapi ia adalah dari jenis Velour Style. Yang mana Velour Style ni harganya sedikit mahal dan umi rasa umi boleh bersabar sebelum menambahkan lagi stok ini.

So, kengkawan, saya rasa bolehlah anda booking daripada k.Nieza. Kerana dia sangat baek hati dan ramah tamah melayan soklan saya yang malas nak baca penerangan lanjut tentang CD neh. Macam org yang benak bertanya soklan lagaknya. Tapi K.Nieza balas juga tau. Jadi, dgn tolak ansur yang dia bagi itu, saya terbuka hati untuk membelinya. Sila juga berkunjung ke blog peribadi k.Nieza untuk mengetahui tentang BF dan mengenali keluarganya di sana ek.

Tapi untuk berlaku jujur sebenarnya saya suka membaca tentang CD dari Lunatot. Saya dapat penyakit CD itu dari dialah. Cuma orang kata rezeki masing2 kan? Kan? Kan?

1 comment:

  1. YEAYYY.. dgn bangganya sy mengumumkan yg sy pulak gler CD.. join the group.. hahahhahhaa (uishh.. besarnya gelak)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!