Tuesday, May 19, 2009

Potty Training & Potty Checklist




Bismillah,

Saya baru sudah menepuk2 Uwaiys, semasa saya minta dia baring tadi, dia terus baring di tempat yang saya tunjukkan. Sangat baik Uwaiys ni. Dia tanya saya, "Napa Umi tak cayang??" hihi...ini ayat biasa anak2 saya selepas saya selesai sesi berleter, atau meninggikan suara atau cubit & pulas punggung comel mereka. Sangat menyayat hati kan soalan itu?

Lalu saya kata dengan penuh kaseh sayang, "Umi bukan marah, kenapa Uwaiys kencing merata2." Bayangkan korang, kalau sekarang pukul 1 ptg, dia punya baldi arini dah separuh saya basuh sbb dia kencing dalam seluar. OK, itu kerja ringan aje..ada lagi. Selepas itu, saya kene lap sebanyak 3 kali tempat dia kencing dan biasanya kencing budak laki punya coverage adalah 0.5m-1m dari sekeliling tempat dia berdiri dan kencing.
Kalau terkucil atas tangga cenggini nak buat mcm mana pulak...? Huhuhuhu...abahnya tolong setelkan la ek...kiki

Adalah penting untuk mencuci 3kali tempat dia kencing supaya keadaan kembali suci dan tak menjadi gangguan kepada orang lalu lalang dan membawa najis itu bersama mereka. OK, itu alhamdulillah Asmaa' & Usamah tak ada. Kalau diorang ada, plus dengan Arwa lagi, saya terpaksa pula menjerit2 kepada mereka supaya jangan lalu di tempat kejadian sementara saya cuci lantai tu sehingga bersih. Pheww...

OK, oleh itu saya nak study dulu lah. Cheehh macamlah Uwaiys anak sulung. Saje je nak share dengan kengkawan yang sudi menjenguk di sini. Anda boleh klik di tulisan yang saya boldkan untuk tgk Youtube nya.

Signs Your Child is Ready for Potty Training

Tanda kanak2 mahu buang air adalah




  • Dia sendiri bgtau


  • Dia cuba2 buka seluar


  • Dia menari2 macam orang tahan kencing


  • Dia tiba2 tengok kaki nya dan berdiri diam...sbb dia nk tgk air tu mengalir ha ha..


  • Dia gelisah


Avoiding Potty Training Accidents

Ini gambar budak yang dah eksiden terkucil...kiki...nak pulas kalau muka mcm ni memang tak sampai ati...

Jika anda takmau anak anda kencing di merata2 tempat, mula2 anda kena alert setiap 15 minit dan kerjakan kejarkan mereka ke toilet dengan kadar segera. Anda akan sakit tulang belakang kerana terpaksa meninggung dan bersiul 'shhh....shhhh...shhh...' sehingga mereka mengeluarkan bahan kumuh mereka tapi ini berbaloi supaya anda tak perlu beli disposable diapers atau basuh cloth diapers mereka lagi.



Selepas dua hari, kurangkan kekerapan 15 minit sekali kepada 30 minit sekali. Ulang selama dua hari juga. Selepas itu, anda boleh jarakkan kepada 1 jam sekali. Semasa dalam tempoh ini, mungkin kita dah boleh beritahu mereka yang mereka boleh beritahu kita bila mereka rasa nak pee pee ke nak poo poo ke.



How to Avoid Potty Training Confusion



Jangan sekali2 selang selikan diapers dengan underwear. Kalau dah nak buat potty training ni, jgn pakaikan langsung diapers. Ini akan menyebabkan kekeliruan kepada mereka. Tau ke macam mana diorang keliru? Diorang takkan tau bila masa kene tahan kencing dengan bila boleh kencing sesuka hati mereka. So, kene ajar diorang supaya diorang faham, mereka takleh secukup rasa gi kencing merata2 melainkan di toilet sahaja.



How to Make Potty Training Fun



Gunakan ayat2 yang positif, jgn guna ayat yang negatif macam saya. Senang cerita tekan link di atas...Saya tak berapa pandai untuk pujuk2 anak mcm ni..he he...



Dealing with Potty Training Accidents



Ini telah menyebabkan saya rasa bersalah kerana saya telah tidak hanya mencubit tetapi memulas punggungnya yang lentik itu tadi...huhu...sepatutnya saya jadi umi yang baik mcm yang dikatakan dalam video dalam link di atas. Sepatutnya saya kata, "It's OK Uwaiys, biasa la tu. Lepas ni kita cuba lagi ye...." (sambil mencuci segala benda yang telah dikotorkan....uwaaaa)



Potty training boleh menjadi isu keibubapaan yang besar sehingga artikel2 dalam link ini telah saya jumpa. Oooo....saya dah seharian di entry ini sahaja...boleh tak anda jenguk2 di situ?



Ini adalah untuk hiburan anda...kiki...jenuh la kalau kene nyanyi mcm ni tiap arii....



Dan ini pula adalah link untuk pergi ke Potty Checklist tapi saya tak berapa faham apa yang dia nak buat...

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!