Monday, May 18, 2009

Asmaa' & Usamah Exam


Bismillah,


Minggu ini adalah minggu Asmaa' dan Usamah exam. Yang bestnya, malam tadi saya mimpi diorang punya pemadam ada kat belakang pintu. So, bangun pepagi tu terus saya cari belakanng pintu, kekonon mimpi tu sumber ilham lagaknya. Memang dalam rumah saya tadi saya tak jumpa pemadam pensil diorang. Tapi pemadam tu ada belakang pintu salah satu bilik dalam kedai.


So, kami pergi awal ke sekolah hari ni untuk beli beberapa peralatan menulis diorang. Sangat terkocoh kacah dan diorang hanya sarapan buah mempelam dan susu. Sesuaikah itu menjadi sarapan?? Hihi...Selalunya anak2 saya pergi kelas pukul 9 pg sedangkan kelas mula jam 8 ke 8.30 ntah. Kami buat sekolah tu macam sekolah kakak kami aje. Mmm...korang jgn bimbang sbb kami sedang buat 'alignment' dah..kiki..akan beransur baik mudah2an.


Bagi yang tertunggu2 siri HS (Homeschool) saya, saya tidak akan menyambungnya dengan bilangan2 1,2,3 kerana adalah mustahil bukan untuk tulis setiap hari. Lagipun saya rasa adalah lebih baik saya tulis tajuk yang lebih spesifik supaya entry saya lebih mudah dicari dan dibaca (macamlah ada yang nak cari kan?).


Saya tengah tengok buku ini, 80 Eksperimen Sains Belakang Rumah. Tajuk nya saja sudah mengujakan saya walaupun ia seswai utk umur 9 tahun tapi saya takut masa Asmaa' dah berumur tu saya dah tak ingat untuk nak beli buku ni. Akaun Maybank2u saya memang dah takleh bukak sbb saya dah lama tak bukak dan itu sudah jelas2 menunjukkan saya tidak guna langsung Maybank untuk sebarang transaksi online lagi.


Puan Rosnita, saya sedang promote Adikbijak nih..keh keh...


p/s : Tolong jangan jadi mak mcm saya yang tak prepare sarapan untuk anak2 anda. Yang terbaiknya bangun dan siapkan sarapan untuk mereka.


Jika anak saya akan ambil exam lagi, insya ALLAH saya akan :


  • Menyediakan sarapan untuk mereka

  • Ambil tahu jadual mereka dan sehari sebelum itu saya akan bersama mereka menelaah yang mana patut

  • Bersembang dengan cikgu mereka manalah tahu ada soklan bocor. Takdelah...cuma nk tau juga soalannya mcm mana supaya saya boleh bantu anak saya menjawab soalan nya.

  • Kemudian, yang penting doa. Pagi tadi saya tak tenteram sebab saya asyik teringat je diorang jawab exam macam mana. Lagipun Sabtu & Ahad lepas kami terlampau melepak sangat sampai saya tak peduli hal anak saya nak exam. Bolehkah saya buat alasan ramai customer dan suami saya pulak ada orang borong semua ayam belanda nya sebagai alasan? TIDAK!!! Sepatutnya saya ada back up untuk hal istimewa seperti hari ini. Maafkan umi ye Asmaa' Usamah

  • Sediakan alatulis mereka. Jangan terkocoh kacah macam saya pagi2 kene keluar cari kedai runcit untuk beli alatulis tu.

  • Beritahu mereka betapa pentingnya untuk melalui exam dan kemudian mendapat keputusan yang cemerlang. Nanti umi dan abah pun akan tumpang sengih sampai nampak gigi bongsu lagi!!!

Mesti ada yang pening kejap2 homeschool, kejap2 hantar sekolah. Asmaa' dan Usamah telah kami PASTI kan mereka. Nanti saya ceritakan lebih lanjut tapi yang pentingnya adalah saya buat fulltime homeschool, cikgu mereka hanya buat part time untuk school kan mereka. Get it?? Takleh nak ckp panjang, mesti ada yang kelaparan di atas!! He he...daaaaa.......


Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!