Tuesday, May 12, 2009

HS Day 1


Bismillah,


Alkisah, saya ada buat jadual untuk perjalanan licin homeschool saya. Mamamencah, walaupun dikau tidak minat sama jadual2 ni, tapi saya tetap suukka dengan jadual. Tau bila saya minat dengan jadual dan checklist? Sejak saya F3, selepas saya pergi kursus BAKA PREP anjuran tatau sape tapi rasanya saya pernah 'google' saya jumpa nama Dato' Noor Laily pengasas Nuri tu. Kalaulah saya cikgu sekolah, saya akan panggil BAKA PREP ni tiap tahun utk ajar student saya manage masa dengan berkesan.


Saya pun ada janji dengan Haridah coklat halal untuk kongsi jadual saya dengan dia. Insya ALLAH saya akan share jugak cuma skang tgh dalam proses penambah baik lagi. Dengan jadual ni, saya akan ada masa utk blogging & layan email dari 10 pg ke 1 ptg. Masa lain adalah masa utk jadik cikgu memasak, cikgu mengemas, cikgu menyapu dan lain2. He he...


Kan macam cikgu2 kat sekolah dorang ada laporan mengajar. Panggil hape aa? Lantak la ek panggil apa pun. Saya pun nak share lah report saya semalam.


Petangnya, saya ngaja anak2 dengan Bacalah Anakku. Disebabkan aritu buku diorang yang no 1 dah missing in action, maka saya terpaksa menggagau mencari dari senarai YM list saya. Alhamdulillah izan_sdpc dah menolong saya fotostat. Terima kasih banyak Izan atas bantuan ni. Semoga ALLAH balas dengan yang lebih baik.


Utk pengetahuan Izan, saya dah mulakan mengajar dari mula sebab last saya belek buku ni dengan anak2 adalah setahun lepas. Masa tu kat Jerteh lagi. Hampeh kan saya korang2? Buku ada beli saja. Gunanya tak. (Mengambil ayat abah diorang bila tgk umi beli buku). Dan nyatanya Asmaa' dan Usamah sudah berkarat marat dicampur pula bercanggah dengan yang cikgu diorang ajar di sekolah.


Di sekolah, diorang rasanya tak guna kaedah fonetik ni. Alih2 kat umah umi ajar lak guna fonetik. Maka ternampaklah kerut di dahi Asmaa'. Time tu Usamah dah lena. Dan bila nampak Asmaa' susah nak tangkap a, i, u tu saya mula menunjukkan ciri2 Tarzan saya. Tapi bila Asmaa' bgtau kakak baru nak belajar, saya rasa nak tertelan lidah balik dan sambil tersiput2 saya bgtau Asmaa' tak apa lah, nanti bila2 kita sambung semula.


Sesi malam adalah sesi Hafazan. Disebabkan ari semalam saya letih plus belum bincang mintak abah diorang handle time menghafaz ni, saya cuma baca al Fatihah aje. Insya ALLAH utk bahagian ni saya akan guna Muqaddam yang kita guna time kecik2 dulu. Cuma, sape yang ada kaedah untuk bagi diorang yang kecik2 cumil ni cepat menghafaz, boleh lah share ek.


Saya akan fotostat dan binding kemas kertas yang Izan bagi tu insya ALLAH. Nampak gaya semua siri saya kene fotostat dua set mulai sekarang utk mengelakkan buku itu lunyai macam buku 1 AlFurqan budak2 ni. Tiap2 ari umi jadi misi bubuh plaster kat buku diorang sbb koyak. Almaklumlah, bila time mengajar Asmaa' & Usamah, Arwa & Uwaiys pun amik port jugak.


Jadi, selalu lah ada perebutan kuasa antara diorang. Utk Arwa & Uwaiys, saya ajar mcm2. Kalau memasak ke apa, diorang ada je keliling pinggang saya yang ramping . Jadi tak hairan la kalau lepas je memasak, cium pipi Uwaiys hanyir bau ikan. Dia dah buat sapu kat pipi ikan yang saya nak masak. Sabar tak? Jenuh kene basuh la ikan tu dengan Uwaiys sekali.


Ada masa terluang, saya layan Arwa & Uwaiys tgk Kamus Bergambar. Diorang akan tunjuk pada gambar sambil tanya, "Ni apa?" sampai umi terlena . Kalau buku yang digunakan tu nipis mcm flash card, sah2 lebih seploh kalilah saya jawab soklan utk gambar yang sama. He he...mcm iklan Petronas pulak.


OKlah korang, inilah saja laporan saya utk hari ni. Wish Me Luck. Petang ni akan belajar benda lain pula.


psss......tolong visit blog Izan ek di tudung mudah pakai. Kalau ada yang berkenaan belilah ek.


*Korunk, kalau tetiba saya punya report ni tertangguh atau terhenti, don't ask why. Sbb biasalah manusia kalau ada ciri2 hangat2 tahi ayam. ekekekke...
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!