Friday, May 08, 2009

Cadangkan Title Baru Untuk Blog Sitisifir

Bismillah,

Mmm..ini ala2 contest jugak lah. Saya ingin sekali menukar title 'Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah' saya itu kepada yang lebih global dan optimis. Sila cadangkan title yang sesuai dengan saya dan pembaca di blog ini.

Apa yang mungkin anda dapati?
Sepasang kain Thai Silk berwarna hijau muda untuk anda.

Apa syaratnya?
1. Tulis title itu di ruangan komen entry ini.
2. Tidak perlu menjadi follower namun adalah amat baik hati jika anda sudi meletakkan blog ini di bloglist anda :)
3. Jika anda rajin, komen sepatah dua kata tentang blog ini di blog anda dan letakkan link nya beserta cadangan title dalam kotak komen di entry ini.
4. Tarikh tutup memberi cadangan adalah pada 5 Ogos 2008 (kot lah sempat tempah baju raya Thai silk untuk pakai di Hari Raya Kedua :P) pss...saya tidak tanggung kos upah ya. Cuma satu saya nak tambah, saya buat baju raya untuk anak2 saya dua tahun lepas guna kain ini tapi warnanya berlainan :) Keputusan akan diumumkan selepas saya ketemu dengan title yang memuaskan hati saya.

So, apa lagi... semoga saya makin ramai kawan selepas mini contest ini ek...
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!