Monday, April 26, 2010

Sejam Pertama Selepas Melahirkan

Bismillah,

Saja nak refresh saat2 pertama melahirkan anak saya nan 5 itu. Kata org, makin kita meningkat usia, makin banyak ilmu yang kita ada.. kerana semakin banyak pengalaman telah kita tempuhi. Ada masa, pengetahuan baru yang saya dapati ni membuatkan saya rasa sesal kerana tidak menjaga sejam pertama anak saya di dunia.

Sekalipun dengan kelahiran Ahmadi baru2 ni, saya telah cuba sedaya upayanya untuk menyusukan dia sepanjang sejam pertama itu, ia tetap terganggu dengan kehadiran AN (Assisstant Nurse) yang tak sabar2 nak usung saya ke katil. Saya masih terlepas sesuatu yang saya hanya tahu selepas Ahmadi 2 bulan di dunia.

Jika mungkin diputar masa semula, sejam pertama saya akan digunakan untuk :
  • Azan, iqamah dan tahnik - ia adalah adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam. Ia adalah untuk menjaga anak2 supaya jiwanya terus terdidik dengan Islam.
  • Menyusukan - ia adalah polisi penyusuan susu ibu, namun disebalik itu ia adalah sebagai pengikat antara ibu antara ibu dan anak
  • Memandang mata mereka sepanjang menyusu - dan inilah yang saya sesali kerana saya terlepas pandang tentang hal yang sebesar ini.

Ketika saya sedar hal ni, sesungguhnya saya ingat mata Ahmadi yang mendongak mencari2 sesuatu. Tetapi saya tidak terfikir untuk memberi pandangan saya kepadanya tetapi saya sebok bercakap2 dengan ibu2 lain yang datang melihat Ahmadi.. :(

Ketika itu anak kita sedang menyesuaikan diri dengan dunia barunya. Dia perlukan seseorang untuk membantu dia menyesuaikan diri. Percubaannya yang pertama adalah melalui penglihatan. Andai saja masa itu saya dapat melihat terus ke dalam mata mereka dan memberitahu, 'Umi di sini untuk anak2 umi...'.

Pesanan penaja : Buat mereka yang mengandung, jangan sehingga anda sesal seperti saya...penuhi sejam pertama dengan 3 perkara di atas. Jika mungkin, minta dari nurse jangan bergosip lama sangat time mandikan anak, so kita dapat maksimakan masa bersama bayi untuk perkara yang lebih penting.

**bunyi mcm nk beranak lagi je sbb nak kan sejam pertama tu Pijah... no 6??? Phewwww....

9 comments:

  1. Ahmadi..? sedap nama.. hensem pulak tu :) alhamdulillah....

    ReplyDelete
  2. go kak pija go...go for yang ke6
    *ahmadi baru je lahir dah suruh go for yg ke6 pulok* hik3x

    ReplyDelete
  3. salam k.pija...anak2 sume syomel2 beranak ramai2 pun x pe...hehehe...

    kagum la sy ngan k.pija...dh lima...sy baru sorang tp rase nk tambah lg tu mcm takuuuutttt la...

    ReplyDelete
  4. Hoho..ko ni Pijah, membuatkan Ana pon terasa nak beranak lagi sorang.Tengoklah,ritu ckp cukuplah..cukuplah..tapi rasa best balik kalau melalui saat2 itu...

    ReplyDelete
  5. hehe. alasan baekkk punya utk mengandung lagi.
    tapi kalo boleh, why not?

    ReplyDelete
  6. thx pija,

    rozi akan cuba penuhi ke3-3 itu dalam sejam pertama baby rozy lahir nanti..

    ReplyDelete
  7. cumeynye Ahmadi...

    ReplyDelete
  8. akak.. thanks.. sangat bermakna entri ni.. akan anim cuba praktiskan bile dah bersalin nanti =)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!