Wednesday, May 26, 2010

How To Handle Orang Yang Susah Mengalah

Bismillah,

Adekah di sekeliling kamu sekelian org yang susah mengalah? Sebenarnya seronok berkawan dengan orang2 yang macam ni. Saya adalah beberapa orang yang saya kenal ada perangai ni (ada x sape2 rasa nak pengsan bila saya buat kenyataan blog mcm ni?? :P).

Semenjak berkahwin dengan Nejad saya, dia suka ajar saya jangan jadik blurr. Bila ada sesuatu kejadian bila mengadap orang yang susah mengalah ni, dia akan ajar dialog macam mana nak jawab orang yang macam ni. Masa awal2 kawin saya tak gamak lagi buat macam tu tapi skang ilmu yang suami saya bg tu dah melampau2 sampai suami saya pun tergigit lidah bila saya jawab dia plak :P

Orang yang susah mengalah ni ada macam2 perangai. Saya cuma nak bg satu contoh kes je arini. Biasanya orang yang susah mengalah ni kalau dia ada idea, dia nak idea je yang digunapakai. Okeh, kalau orang yang mcm ni korang biasanya buat macam mana??

Kalaulah saya, saya akan biar dia buat cadangan atau suruh dia je yang bagi idea. Let say dia bagi idea dan idea tu sama dengan kita maka waaaahhh....itu sudah jadik BONUS. Maka kat situ api2kanlah bahawa idea dia super mantap :P Ia bukan sekadar kita mengambil kesempatan atas idea yang sama tu tapi orang yang payah nak mengalah ni akan rasa kita geng dia.


Bila kita adalah geng dia maka lepas2 tu urusan kita akan jadi semakin mudah dan mudah dan mudah insya ALLAH. Tapi nak cari beberapa titik yang boleh membuatkan idea2 kita diterima tu kadangkala tak mudah. Sebelum terjumpa dengan titik ni, lebih baik kita banyak diam dari membangkang. Bukan tak boleh bangkang tapi biarlah nak bangkang tu berhemah dan tidak melulu.

Sebabnya bila kita tak sudah2 nak bangkang orang yang macam ni maka titik temu antara kita dengan orang itu makin jauh dan jauh. Kalau orang tu dalam setahun kita jumpa 2-3 kali takpelah tapi mcm mana nak buat kalau kita kerja dalam satu jabatan dengan dia atau lebih dasat lagi kalau pasangan kita mcm ni??

Kalau anda punya pasangan macam ni, banyak2kanlah bersabar. Tambah pulak kita org perempuan sebab yang lebih pentingnya kita kena hormat dia. Berdoa banyak2 moga satu hari masa kita akan dihargai akan tiba jua. Tapi kalau yang membaca ni pihak suami, dan isteri anda adalah orang yang susah mengalah, itu sebenarnya dah terbalik.

Kenapa saya cakap terbalik? Let say cadangan dia betul takpe dan takde masalah lah tapi kalau dia dah macam Queen Control maka keadaan amatlah perlunya dibetulkan. Cara nak betulkan tu, kalau nak saya cadangkan mcm mana kenalah bagi satu contoh kes. Lepas tu baru senang ai nak tolong setel ek...

**tak ada manusia sempurna....org yg mcm ni ada kelebihan sendiri, kita susah nak kalah kalau bersama dengan mereka :)

5 comments:

  1. eliss pun jenis susah mengalah! mari kita tegakkan benang yang basah habis-habisan..hahahahaha.macam mana tu?

    ReplyDelete
  2. eheheh sy pun susah mengalah...adehhh ego terlebih..susahnye nak ilang

    ReplyDelete
  3. mengalah tak beerti kalah...

    ReplyDelete
  4. sy susah ngalah..
    sib baik hubby cepat mengalah..
    heheheh

    ReplyDelete
  5. i pun susah ngalah. tapi dgn mrhubby saja gatal buat2 xnak ngalah..dia dah tau taktik tu.
    cuma x tahan sbb ada sorg adik yg pe'el mcm ni.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!